Sepanjang perjalanan, Tuan Saleh, pembantunya, dan Dahlan hanya berbual-bual mengenai perancangan mereka di pesta nanti. Rasmina pula akur mendengar segala percakapan memandangkan dia bisu. Dahlan bertindak mewakilinya.Sementara empat orang kanak-kanak itu pula juga rancak bersembang.
" Kalau kalian mahu tahu, sebenarnya pesta itu bermula selepas maghrib ", Udin bersuara.
" Hah, habistu mengapa kita harus datang awal? ", Indra pula menyoal.
" Kerana orang tua kita perlu mempersiapkan segalanya, benarkan Fannani ? ".
Fannani mengangguk.
" Banyak sangatkah persiapan mereka ? Kau tidak rasakah itu terlalu awal ? ", Mawar pula yang bertanya.
" Mestilah banyak ! Banyak ukiran kayu yang ayahku belum siap lagi. Ibu Fannani pula dengan lukisannya yang belum selesai. Inikan pula ayahnya yang perlu berlatih membaca segala puisi. Sudahlah dia perlu berpuisi di hadapan pihak Sultan Melaka ", Udin punya cerita siap membuat gaya tangan lagi.
" Ish ish ish.... Banyak sungguh kerja mereka. Adakah kita perlu menolongnya ? Yalah, pesta itu kan bermula pada malam, takkanlah kita hanya membuta tuli sahaja di siang hari ? ", Indra mengangkat kening.
" Sudah tentulah kita harus menolong mereka. Emmm..... ", Udin berfikir sejenak.
Tiba-tiba Fannani menepuk tangan dengan perlahan. Tanda mahu memanggil mereka tetapi tidak terlalu kuat.
" Hah, ada apa Fannani ? Kau mahu bilang apa ? ", tanya Udin.
Fannani pun membuat isyarat, ' Apa-kata-kita-tolong-mereka-dengan
-ini '.Dia menuding jari kepada Udin dan Indra lalu menunjuk kepada Tuan Saleh.
Kemudian, dia menuding jari pula kepada dirinya dan Mawar lalu menunjuk kepada Rasmina.
Indra dan Mawar menggaru kepala.
Udin pula mengambil sedikit masa untuk mengerti.
" Oh aku tahu. Maksud dia ialah aku dan Indra akan menolong ayahku mengukir, sementara Fannani dan Mawar pula menolong ibunya menyiapkan lukisan. Begitu ya maksud kau ? ", kata Udin memberi penjelasan berkenaan isyarat tangan Fannani.
Fannani menepuk tangan lalu mengangguk laju tanda apa yang dikatakan Udin adalah benar belaka.
" Ohh hhhh.. Baru kita mengerti ", Indra dan Mawar menjawab serentak. Sesekali mereka terpandang sesama sendiri.
" Eh sebentar, kau kata Mawar menolong melukis ? Mawar ni mahir melukis kah ? ", mata Indra terbeliak apabila menyedari hal ini.
" Aik, berminggu-minggu kau kenal dia takkanlah kau tidak tahu ? ", tanya si Udin.
Indra memandang Mawar.
" Maaflah kerana berahsia. Lagipun, di rumahku tiada kertas. Jadi, aku jarang melukis. Dahulu, aku pernah belajar melukis daripada Fannani dan ibunya kerana kami pernah hidup berjiran. Tetapi, setelah dia berpindah rumah, kami sudah jarang bertemu. Kalau bertemu pun di rumah Tok Wan ", Mawar memberi jawapan.
" Dan kalau kau hendak tahu lagi, kami bertiga ni kawan rapat juga ! Kau sahaja yang masih baru ", kata Udin duduk bertentangan dengan Indra. Di sebelah Udin ialah Fannani dan di sebelah Indra pula semestinya Mawar.
Dan sekali lagi hati Indra tergores. Cis, dah lama menjadi kawan rupanya.
Namun, Indra berikhtiar untuk membuang perasaan itu hanya perkara yang kecil.
" Oh begitu. Fannani, mengapa kau sekeluarga berpindah ? Jika tidak, sudah tentu aku dapat mengenali kau dari awal ", Indra beralih pula kepada Fannani.
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...