"JADI, penyakit mental apa yang dah jadi kat aku sekarang? " soal Imran kepada seorang doktor psikiatri yang dia kenal. Seorang lelaki yang hampir seusia dengan Pak Afi.
Ketika itu, Imran baru pulang dari bekerja. Dia sengaja pulang awal pada pukul lima petang untuk ke hospital itu. Dengan bersut dia ke situ.
Doktor itu hanya mengeluh dengan pertanyaan Imran. Macam tanya makanan apa yang ada di kedai pula.
"Dah berpuluh tahun kita kenal, baru sekarang kau nak tanya? Kenapa Irfan eh, Imran? ".
"Guna je nama Irfan kalau kau selesa" balas Imran. Irfan adalah antara nama yang dipakai Imran pada sekitar tahun 90-an.
"Irfan, boleh aku tahu kenapa baru sekarang kau nak tahu? " soal doktor itu.
"Sebab.. Dah banyak gejala buruk yang terjadi pada aku. Selama ni tak adalah ketara mana. Tapi masuk tahun ni, semakin jelas. Lagi-lagi semenjak dua menjak ni " balas Imran.
"Gejala yang kau maksudkan tadi tu insomnia sampai lima hari tak boleh tidur, kerap mimpi buruk pasal masa silam kau, rasa bersalah yang teramat dan macam-macam lagi ? ".
Imran hanya mengangguk.
"Lepastu gaya kau macam berlagak tak ada apa-apa yang berlaku? Come on, Irfan! Ini hal serius! " tegas doktor itu berkata.
"Well.. Dah beratus-ratus tahun aku rasa sakit tu. Dan sekarang dia punya gejala macam nak kena kanser. Aku cuma nak tahu je apa yang terjadi pada mental aku. Aku nak tahu mental ni ok atau tak. Itu je " balas Imran selamba.
Doktor itu menggeleng lagi. Dia perhatikan sahaja riak wajah Imran di hadapannya. Kelihatan biasa. Macam kena demam sahaja. Lalu, doktor itu menarik dan menghembus nafas perlahan-lahan.
"Kau dah bersedia nak tahu? " soal doktor itu dengan serius.
"Ye. Boleh cepat sikit? Aku nak isi minyak pula lepas ni ".
"Haihhh... " keluh doktor itu lagi.
"Begini Irfan. Sebenarnya, aku dah lama perhatikan kau. Sejak setahun pertama kita kenal lagi aku dah periksa diri kau. Dan sekarang, pemeriksaan itu dah sempurna. Maksudnya, aku dah boleh tahu kau ada penyakit apa. Tapi, boleh tak kau berjanji dengan aku? ".
"Janji apa? " Imran menyilangkan tangan ke dadanya.
"Tolonglah. Lepaskan masa pahit kau... Penyakit ni boleh jadi parah kalau kau sendiri tak nak rawat. Please? " rayu doktor itu.
Imran hanya menjeling lalu memusingkan bebola mata. Inilah yang dia malas. Ataupun lebih tepat, dia tidak mahu. Kemudian, dengan acuh tak acuh dia mengangguk.
Barulah doktor lelaki itu tersenyum.
"Okey, aku harap kau tolong redha. Kita cari jalan sama-sama untuk rawat mental kau ya? " perlahan doktor itu bertutur.
"Ye, cepatlah sikit ! ".
Doktor itu terdiam sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Imran.
"Kau sebenarnya menghidap Gangguan Depresi Utama ataupun MDD. Major Depression Disorder. Merujuk kepada keadaan kesihatan mental yang serius. Benda ni melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan dan rasa bersalah yang berlebihan. Semua tu berkaitan dengan apa yang dah jadi kepada kau, Irfan " jelas doktor itu dengan lembut. Tidak mahu menambah lagi kesakitan batin Imran.
Terbeliak mata Imran mendengar jawapan itu. Dia sungguh tidak menyangka mendapat penyakit seberat itu. Sangkanya mungkin dia mengalami kemurungan biasa. Imran hanya diam tak berkutik.
"Irfan, sebenarnya kau dah lama ada penyakit ni. Tapi aku nak kau cuba atasinya. Sebab itu dah berkali-kali aku suruh kau lupakan semua tu. Itu je satu-satunya cara untuk kau sembuh. Tapi, kau degil. Sekarang ni penyakit kau makin kritikal".

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Fiksi UmumIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...