HARI ini merupakan hari ketiga mereka berada di Pahang. Di kala malam yang masih panjang , tatkala Indra memusingkan badan ke kiri seraya tangan meliar sekeliling, dia terasa kosong di sebelahnya. Apabila mata dibuka, ternyata Mawar tiada di sebelah.
' Ke manakah perginya isteriku ini ? '.
Indra pun bangkit dari baringnya. Dijenguknya sekeliling bilik, kelibat Mawar tiada kelihatan. Dengan hati yang resah, segera dia keluar dari kamar.
Firasat Indra kuat menyatakan yang mana isterinya berada di beranda. Kerana Mawar sukakan pandangan malam. Apatah lagi setiap kali dia tidak dapat tidur ataupun fikirannya berkecamuk. Dan itu juga membuatkan Indra tidak senang duduk.
Apabila kakinya sudah tiba di beranda, memang tepat sangkaannya. Mawar sedang berdiri di hadapan kekisi beranda. Dia lagi khusyuk menatap langit malam yang berhiaskan cakerawala. Dia pun pergi mendekatinya.
" Hai dinda, perihal apa yang membuatmu tidak senang ? ", soalnya dengan prihatin.
Terkejut kecil Mawar dibuatnya. Setelah itu, dia menarik nafas lega.
" Tidak ada apa-apa lah, kanda. Dinda cuma tidak dapat tidur sahaja ".
" Lantas, apa yang membuatmu tidak dapat tidur ? Setiap masalah pasti ada puncanya, bukan ? ".
" Tidak dapat tidur itu bukan satu masalah, kanda ".
" Dinda ", Indra merangkul Mawar. Buatnya, Mawar hampir terkejut.
" Beritahulah apa masalah dinda. Tahukah dinda yang mana masalah dinda juga menjadi masalah kanda ? Kanda tak mahu dinda mengharunginya sendiri. Walau sekecil mana pun masalah itu ".
Mawar merenung ke dalam anak mata suaminya sedalam-dalamnya. Dalam tatapan itu, dapat dia melihat ada sebuah sikap peduli Indra terhadapnya.
Indra cuba meraih kepercayaan daripada isterinya. Dia juga sempat menikmati menatap mata Mawar di bawah sinaran purnama. Tersenyum dirinya seketika.
" Kanda ".
Indra lantas mengedipkan mata, kembali ke dunia sebenar.
" Ya, ada apa dinda ? ".
Mawar berikhtiar untuk mengumpulkan sekuat tenaga untuk memberitahu sesuatu kepada suaminya.
"Adakah selama dinda diganggu jin, kanda rasa dinda keterlaluan? Dinda rasa dinda terlalu melampau menengking kanda tempoh hari. Segala amarah menguasai dinda. Sampaikan, perasaan bersalah tiada ketika melihat raut wajah kanda yang kecewa. Tetapi, dinda rasa sangat bersalah. Dinda rasa kasihan apabila mengingatkan wajah kanda yang kelihatan sedih. Wajah itulah yang membuat hati dinda susah. Adakah dinda melampaui batas?".
Seketika, Indra terdiam. Matanya sekali lagi merenung Mawar. Mindanya ligat mencari apa jawapan yang sesuai. Selama beberapa saat, dia pun tersenyum dengan tenang. Tangan kanan Mawar diambil untuk diusap.
"Dinda, kanda tidak mengambil hati tentang apa yang terjadi pada kita sebelum ini. Kanda tahu ini suratan takdir. Kanda mula belajar mengenainya. Dan, sepanjang kanda berdepan masalah itu, kesabaran kanda sentiasa diuji. Walaupun.. ya. Riak wajah kanda menunjukkan kecewa dan sedih. Tetapi, bukan pada dinda. Kanda hanya tidak dapat menerima ujian itu. Namun, semakin hari, kanda mula belajar untuk melawan. Lagipun, mana mungkin kanda akan membiarkan dinda diselubungi kuasa jahat. Kanda sesekali tidak akan tinggalkan".
Mawar membiarkan sahaja tangannya diusap lembut. Dia berasa sungguh tenang dan memahami apa yang dikatakan Indra satu persatu.
"Tetapi, dinda tetap rasa bersalah. Dinda juga bersedih melihat kanda menangis semalam. Dinda tahu kanda yang paling tidak kuat melihat dinda menjerit-jerit. Dinda tahu sudah berhari-hari kanda bersusah hati. Juga bersusah-payah mencari jalan. Dinda rasa, kanda tidak patut ada isteri seperti dinda".

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...