Episod 136

17 6 0
                                        

"DALAM banyak-banyak tempat, hutan ni juga yang kau pilih? Seriously, Hazarol? " keluh wanita itu apabila dia terpaksa berperang dengan nyamuk. Padanlah dengan pakaiannya yang ketat.

"Kau nak aku letak kat mana? Depan KLCC? " bidas Hazarol sambil memeriksa beberapa jenis pistol di atas meja.

Wanita itu mencebik. Menyesal pula dia bersetuju untuk berjumpa di tempat markas baharu Black Devil ini. Tidak semena-mena dia perlu memandu ke sini dalam satu jam.

"Kenapa kau tak call macam biasa? Menyusahkan aku lah kau ni ! " rungut wanita itu.

"Sebab aku nak kau datang sinilah ! Kenal tempat ni. Nanti bila kau pergi sendiri, tak adalah kau sesat. Bersyukur sikit aku upah orang tunggu kau kat luar. Kalau tak, sampai ke esok kau cari tempat ni ! ".

Wanita itu memusingkan bebola mata.

"Hmm.. Yerlah bos.. Anyway, makin hebat sihir Jay ni. Sampai rumah besar gedabak ni boleh hilang. Kau tak teringin ke nak belajar dari dia? ".

"Tak minat".

Wanita itu sekadar menjeling.

"Macam mana perkembangan kau kat TidH? Ada apa-apa yang menarik? " soal Hazarol pula sambil meneliti sepucuk pistol berwarna hitam dan emas. Pistol kegemarannya.

"Good ! Semakin kucar-kacir. Tak terkawal. PA lelaki tu jarang datang kerja. Reputasi syarikat makin teruk. Makin ramai staf yang letak jawatan " wanita itu tersenyum suka.

"Tu je? Imran pula apa cerita? ".

"Sampai sekarang tiada siapa yang tahu. Aku ada tanya Kayla tau. Katanya dia pun tak tahu. Senang cerita, memang semua tak tahulah ! Kan semua dah benci dia? Buat apa nak tahu kan? ".

"Kadang tu penting juga nak ambil tahu. Kenapalah kau buat semua benci dia. Takkanlah tak ada sorang dua yang tak benci dia? " Hazarol meletakkan pistolnya dan memandang wanita itu.

Wanita itu hanya mengangkat kedua-dua bahu.

"Well.. Kau yang minta. Alah, bukan ke kita dah singkirkan dia? Entah-entah, dia dah mati? Aku rasa punca PA dia jarang datang ialah mesti dia tengah uruskan pengembumian lelaki tu " balas wanita itu selamba.

"I hope so ! Aku memang nak singkirkan dia. Lepas ni, kita fokus pada Kayla pula... " Hazarol senyum senget.

"Well, what you waiting for? ".

"Take a time, baby.. Kita kena pastikan Imran betul-betul dah mati. Lepas line clear, baru aku bagi isyarat. Ok darling? ".

Wanita itu mengorak senyuman yang menggoda.

"Ok, babe ... "

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

SEKARANG Kayla berada di hadapan sebuah galeri yang dia amat kenali. Fannani & Fabricio Gallery. Mujur sahaja masih beroperasi memandangkan dia ke situ pada pukul tiga.

Tanpa membuang masa, gadis yang berpakaian sopan itu terus masuk ke dalamnya. Anehnya, hanya ada dua tiga orang pengunjung di tingkat bawah. Kayla pun mendekati kaunter bayaran.

"Saya nak satu jam" ujar Kayla sambil tersenyum dan membuat bayaran. Petugas itu turut membalas senyuman lalu membenarkan gadis itu masuk.

Kayla terus berjalan ke tingkat dua. Apabila dia tiba di sana, matanya membulat. Dia terlihat pintu yang berada di hujung itu terbuka. Itulah pintu yang dia nak masuk sebelum perhatiannya dialih oleh potret gadis yang serupa dengannya hari itu.

Kayla menghampiri pintu yang terbuka itu. Apabila dia masuk, ada banyak lagi lukisan yang dibingkaikan lalu digantung. Dia juga ternampak seorang perempuan yang berambut lurus dan diikat.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang