BERITA mengejutkan semalam telah menyebabkan para pekerja TidH kecoh di sana sini. Rata-rata mereka tertanya-tanya mengapakah Tuan Imran berkata sedemikian. Setiap tingkat berkumpul bagi membincangkan isu ini.
Termasuk juga di lobi. Di situ Nisa dan beberapa orang wanita sibuk membawang dan berkumpul di kaunter. Kayla yang baru hadir di situ mengerutkan kening. Bukan main kecoh mereka membawang.
Walaupun dia baru tiba di pintu masuk, sayup-sayup suara mereka terdengar kuat di telinga Kayla sendiri.
"Atekome tahu ke kenapa Tuan Imran kata macam tu semalam? Tuan kita nak pindah ke? ".
"Isy, kalau dia nak pindah, pindah ke mana Cik Siti oi? Takkanlah kat Luxury Holdings ?Dahlah diorang tu pesaing kita. Habislah kitanye nanti ! " sampuk lagi seorang wanita 40-an.
"Naya kalau Tuan pindah. Jangan-jangan tuan tak pindah. Tapi, dia berhenti".
"Eh, pasaipa nak berhenti pulak? Tuan muda lagi kot. Lagi muda dari kita " celah Nisa pula selaku ketua membawang.
"Entahnya Mek Nor ni. Tapi, antara pindah dan berhenti, korang rasa yang mana satu eh? " sampuk lagi seorang.
"Hisy, dua-dua aku tak tahu. Tapi, harap-haraplah tak pindah. Kalau tak, siapa lagi yang boleh uruskan syarikat ni selain dia? Tuan Imranlah satu-satunya yang terbaik tau ! " celah lagi seorang.
"Kenapa, bos sebelum ni tak terbaik ke? " sampuk seorang wanita berambut ikal mayang.
"Bukan tak terbaik. Terbaik lah juga. Tapi tuan kita sekarang ni yang paling bagus. Sejak dia masuk sini, TidH makin maju ! Aku kagum dengan dia walaupun dia muda lagi time tu".
"Lah, aku pun baru lima tahun kerja sini. Jadi, masa aku baru masuk, dia pun sama lah ni? " soal Nisa.
"Ye lah Nisa oii... " balas Cik Kuntum.
Kayla perlahan-lahan menghampiri mereka semua. Setelah membuat kiraan, terdapat lapan orang wanita termasuk Nisa yang berkumpul di kaunter. Baru pukul 7:10 dah kecoh.
Walaupun Kayla suka bergosip, tetapi bukan untuk hal Imran. Kayla yakin pasti ada yang tidak kena. Jadi, Kayla hanya memasang telinga tanpa pengetahuan mereka.
"Isy, aku risaulah geng ! Macam mana kalau tuan pindah? Agak-agak kome lah, siapa penggantinya ya? ".
"Aku tak tahulah Senah ! Tuan mana sebut pun nama orang tu".
"Entah-entah Faiq. Ya tak, Nisa? ".
Nisa mengerutkan dahi.
"Kenapa pulak Faiq? Dia kan PA je " balas Nisa sambil menelan liur.
"Alah, kan dia yang selalu gantikan tuan bila dia ada hal di luar. Cara Faiq uruskan pun sebiji dengan tuan. Jadi, tak salah lah kalau aku syak Faiq orangnya ".
"Yalah, aku setuju dengan Cik Siti. Lagipun, tuan kan ada trust issue. Faiq lah antara orang kepercayaan tuan. Aku tak hairan kalau Faiq the next CEO tu. Bolehlah Nisa yang jadi PA dia pulak. Kan Nisa? " sampuk Kak Ju.
Eh, Kak Ju pun ada sekali? Baru Kayla perasan.
Kelihatan Nisa mencebik.
"Mengarutlah akak-akak semua ni ! Ingat Faiq suka ke jadi CEO? Malam semalam, dia call saya tau ! Dia mengadu yang dia tak suka jadi CEO. Dia nak jadi PA je. Dengar suara je dah tau yang dia tak terima" balas Nisa.
"Lahh yo ko, Nisa? Isy, kalau ikut logik, patutnya dia suka. Ini terbalik jadinya " balas Mek Nor.
"Faiq tu tak bersedia lagi nak pegang jawatan seberat itu. Dia memang dari dulu selesa jadi PA. Kalau gantikan sekejap dia okey lagi. Tapi ini untuk seumur hidup. Memang tak lah dia nak" terang Nisa.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Tiểu Thuyết ChungIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...