Akhirnya, Indra dibebaskan. Berkali-kali sultan memohon maaf atas kesilapannya yang tidak menyelidik dahulu sebelum menghumban Indra ke dalam penjara. Sebagai tanda maaf, baginda telah mengurniakan sepersalinan pakaian yang khas untuk tabib diraja.
Indra pun keluar diiringi oleh pengawal istana. Apabila Indra sudah sampai di halaman istana, dirinya disambut baik oleh tiga sahabatnya bertemankan Badrul. Mawar yang terlebih dahulu mendapatkan Indra dengan memeluknya sekuat hati.
"Kanda ! " kata Mawar separa berbisik.
"Eh, dinda ! Tak usahlah berpeluk, kanda malu ni" balas Indra seraya tersenyum malu.
Mawar pun melepaskan pelukan itu seraya ketawa kecil.
"Dinda rindukan kanda, tahu ? Sunyi sepi dinda sepanjang malam semalam" Mawar memuncungkan bibir, mengadukan halnya kepada suami kesayangan.
Udin dan Fannani pun mendekati pasangan itu.
"Betul tu, Indra. Fannani pula sampai menangis malam semalam. Aku juga yang kena berjaga " adu Udin pula.
Fannani pun menepuk belakang badan Udin dengan kuat, seraya menunjukkan jari telunjuknya terhadap Udin.
"Hehe.. Aku berbeka sahaja dengan kau.. " balas Udin seraya tersengih-sengih.
Indra dan Mawar ketawa kecil.
Fannani pula membuat isyarat tangan.
'Aku-bersyukur-kerana-kau-sudah-bebas.
Mujur-ada-saksi-yang-melihat. '"Terima kasih, Fannani. Aku juga senang melihat kalian mengambil berat terhadap diriku" balas Indra dengan hati yang lega.
Mereka bertiga pun mengangguk. Lalu, Badrul pun mendekati mereka.
"Indra, selepas ini kau harus berjaga-jaga. Kerana penceroboh boleh datang lagi pada bila-bila masa. Mungkin ada sesuatu yang direncanakan di sebalik perbuatannya itu. Tapi, tak usah khuatir. Kami akan mengetatkan lagi kawalan di istana".
"Baiklah, Badrul. Terima kasih kerana itu" balas Indra lagi.
Badrul pun menggangguk.
"Oh ya, Badrul" tiba-tiba Udin mencelah.
Segera empat kepala menoleh ke arahnya.
"Jemputlah datang ke rumah Fannani. Malam ini selepas maghrib, selesai selepas isyak. Banyak juadah yang disediakan. Kalau tak ke mari, nanti Fannani merajuk.. " Udin tersengih seraya menjeling rakan karibnya itu.
PAPPP
Sekali lagi badannya dihempuk. Dua kali ganda lebih kuat.
Mereka pun bergelak tawa dek terhibur dengan dua sahabat baik.
"Iya.. iya.. Aku akan datang ke sana.. Kalau menjemput rakan-rakanku tak mengapa, Udin? ".
"Ehhh, amat dialu-alukan ! Makin ramai, makin meriah ! " balas Udin dengan teruja. Kerana semakin ramai orang, semakin banyak doa yang dipanjatkan.
"Baiklah, terima kasih Udin. Semoga kalian dimurahkan rezeki" balas Badrul lalu meminta diri untuk bertugas semula.
Empat sahabat pun pergi meninggalkan perkarangan istana. Mereka pun menaiki kuda masing-masing kecuali Indra dan Mawar sahaja yang berkongsi.
Dalam perjalanan pulang, Indra memulakan perbualan.
"Eh kalian, apa kamu semua mengesyaki apa-apa yang sama denganku? ".
"Apa maksud kau, wahai sahabat? " pintas Udin.
"Maksudku, kau ada rasa apa yang terjadi padaku semalam, adalah niat Hazril yang berdendam dengan kita ".
![](https://img.wattpad.com/cover/315851591-288-k451614.jpg)
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...