Episod 139 (Ending#1)

131 9 7
                                        

KEESOKANNYA, Kayla mengambil kesempatan untuk melawat Imran lagi memandangkan dia cuti. Apabila pintu dibuka, tiada siapa yang datang menjenguknya.

Tatkala itu hari masih pagi. Dalam pukul 10. Sejak pukul lapan Kayla sanggup bertolak dari Kuala Lumpur pergi ke Bandar Hilir. Antara tempat Imran dibesarkan suatu ketika dahulu.

Wajah Imran dipandang sepi. Walaupun kepalanya berbalut menutupi dahi dan belakang kepala yang dihentam teruk, mulutnya disumbat tiub pernafasan, bergantung dengan mesin jangka hayat, Imran masih kelihatan lena diulit mimpi. Harapnya mimpi yang indahlah.

Sepanjang ketiadaan Imran, tipulah kalau dia tidak berasa sunyi. Setiap hari dia rindukan segalanya tentang Imran. Bermula daripada hari pertama mereka bertemu, sehinggalah hari di mana Imran dipijak teruk. Cepatnya masa ini berlalu..

"Bila awak nak bangun, Imran? Hati tak tenang tau sebab saya belum minta maaf lagi " ujar Kayla sendiri.

Sedari tadi dia asyik mendengar bunyi beep dari mesin ventilator.

"Awak nak saya pergi kan? Baiklah, Kayla.. Saya akan pergi.. Tapi, jangan menyesal kalau saya dah betul-betul 'pergi' ".

Ah, jantung Kayla terasa ditusuk jarum. Ayat terakhir Imran sangat menyentap hati dan jiwa. Pantas sahaja Kayla mengurut dada, memujuk hati supaya bersabar dan jangan salahkan diri lagi.

"Bangunlah Imran, semua tengah tunggu awak.. ".

Tiba-tiba, pintu dikuak perlahan. Kayla mengangkat kening apabila Young Woo tiba bersama beg kertas hitam di tangan.

"Kayla? I thought I'm alone ? " mata Young Woo membulat saat melihat seorang gadis di sisi Imran.

"Hari ni cuti. Sajalah nak spend time di sini" balas Kayla sambil berdiri.

Young Woo mengangguk sambil tersenyum.

"Eh, duduklah sini".

Lelaki itu pun menurut lalu melabuhkan duduk. Beg kertas yang dipegangnya itu diletakkan di atas meja.

Kayla hanya memerhatikan Young Woo mengusap tangan kekar Imran. Dia mengusap jari-jemari itu dengan lembut sambil tersenyum pahit.

"Young Woo " sengaja Kayla menegurnya.

Jejaka itu pun berpaling sambil melepaskan pegangan tangannya daripada Imran.

"Awak... rindukan Imran? " entah kenapa dia menyoal soalan itu.

"Takkanlah tak rindu ? Sebenarnya, sebelum saya insaf lagi saya dah rindu dia. Saya rindu nak cari pasal dengan dia, rindu bergaduh dengan dia, dan... rindu nak dijaga lagi.. ".

"Jadi, awak pun sama seperti Pak Afi dan Faiq? Awak.... rindu dengan kasih sayang dia? ".

Young Woo tertunduk lalu tersenyum. Ya, dia rindukan semua itu. Tapi malangnya, dia sia-siakan peluang itu.

"Awak nak tahu tak,Kayla? Sejahat-jahat saya masa kecil dulu, dia selalu belanja saya makan. Dia juga selalu bagi hadiah..... setiap kali saya dapat keputusan baik dalam peperiksaan. Apa je yang dia bagi, semuanya bermanfaat. Tapi tulah, saya bodoh sebab tak nampak jasa dia.

Saya ingat lagi, dia berikan saya jam tangan. Jam tu sebenarnya cantik. Tapi, saya tolak sebab tak suka dia. Saya jatuhkan jam tu, saya pijak jam tu sampai hancur. Sampai sekarang saya ingat lagi muka dia masa tu. Dia, nampak kecewa. Muka itulah yang menghantui diri saya sekarang. Saya rasa bersalah sebab buat air matanya bergenang. Dan sekarang, saya takut pengakhirannya begini.. " wajah Imran dipandang sepi oleh Young Woo.

Mendengar cerita sahaja membuat Kayla berasa sebak. Sekarang dia sudah jelas berapa ribu kekecewaan yang menghentam Imran selama ini. Luluh hatinya dengan hidup Imran yang ada kalanya menyedihkan.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang