Episod 132

31 7 0
                                        

"AYAH ! Tuan Imran masuk hospital ! " suara Faiq sangat panik semasa menelefon Pak Afi.

Kayla yang berada di tempat duduk belakang hanya menahan diri daripada menangis. Perasaan bersalah sudah menebal di dada. Apa yang dia mampu buat hanyalah bersabar dan berdoa.

"Ya ayah ! Saya tak tipu ! Tadi Edward baru je bagitahu Imran masuk masuk hospital ! Dia cuba bunuh diri.. " mata Faiq sudah berkaca. Namun dia harus kuat kerana dia sedang memandu. Kelajuan pula tinggi mengalahkan pelesit.

Kayla mengetap bibir. Kata-katanya semalam terngiang-ngiang dalam fikiran. Dia sungguh menyesal kerana terus menuduh orang yang sangat baik kepadanya. Baru dirinya mengaku bahawa Imran orang yang mulia, bukan durjana !

"Ya, ayah. Saya cuba bersabar. Sekarang ni Kayla pun ada sekali. Kami baru sampai ke Alor Gajah. Kita jumpa sana tau ayah ! Bye ! " Faiq terus meletak telefon dan fokus memandu.

"Kalau korang tak bertindak bodoh macam semalam, tak adalah tuan nak bunuh diri" sempat Faiq menjeling Kayla di sebalik pantulan cermin.

Kayla terkedu. Ya, dia memang salah kerana tidak bertindak memakai otak.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

SESAMPAINYA mereka di hadapan wad yang menempatkan Imran, jantung mereka semakin berdebar kencang. Di situ sepasang kembar Portugal juga mundar-mandir di hadapan pintu.

"Edward.. Edmond.. Tuan Imran macam mana? Doktor cakap apa-apa tak ? Bila korang sampai? " bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Faiq.

Kembar itu kelihatan semakin resah. Kayla pula lebih khuatir dengan keadaan Imran berbanding hendak mengetahui siapa dua jejaka yang berhidung mancung itu.

Kelihatan dua-dua menggeleng.

"Tak ok. Teruk. Dia hilang banyak darah ! Sekarang ni dalam proses pembedahan. Peluang dia sangat tipis ! " Edward membuka kata. Sesekali matanya berkaca.

"Kitorang memang terkejut sangat, bang. Kami tak sangka tuan sanggup lakukan macam tu ! " celah Edmond pula.

"Macam mana korang tahu pasal ni? " soal Faiq lagi.

"Semalam, saya dan Edmond terpaksa patah balik ke rumah. Kami sebenarnya dalam perjalanan nak ke kolej untuk semester kedua. Tetapi, Edmond ni tertinggal beg seluar dalam dia. Itu yang kami terpaksa patah balik" jelas Edward.

"Lepastu dekat mana korang nampak tuan ? ".

"Betul-betul depan taman bunga. Kami berdua punyalah panik ternampak tuan tertiarap ! Dahlah dengan pakaian sut, banyak darah mengalir dari kepala. Saya tengok pun dah cukup ngeri ! Habis darah dia bertakung sekeliling dia ! " celah Edmond.

Faiq dan Kayla berasa seriau. Sudah bayangkan rasa takut. Bagaimana kalau melihat dari depan?

"Nasib baiklah dia jatuh atas rumput. Kalau atas lantai, memang boleh pecah kepala... " suara Edward menjadi kendur. Tidak sanggup membayangkan tubuh Imran yang berlumuran darah. Sehinggakan dia tidak dapat tidur gara-gara asyik terbayang.

Perasaan bersalah Kayla semakin kuat di kalbu. Perlahan-lahan dia duduk di atas kerusi lalu menekup mukanya. Kepala pula berpinar dengan perkara itu. Wajah Imran yang bersedih menyeksakan lagi keadaan.

Faiq dan kembar itu hanya memerhatikan Kayla. Faiq tahu Kayla sudah menyesal dengan apa yang dilakukan. Melihatkan Kayla yang terketar-ketar, Faiq menghampirinya.

"Kayla, saya tahu awak menyesal hina dia semalam" ujar Faiq perlahan.

Edward dan Edmond pula mendekati mereka.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang