HARI itu hari minggu. Namun, Kayla lebih memilih untuk bersantai di rumah berbanding berjoging seperti yang selalu dilakukan pada minggu-minggu sebelumnya.
Lagipula, sudah lama tidak melepak bersama kucing kesayangan, Melly. Merangkap soulmate nya sendiri. Laju sahaja kucing putih gebu itu melompat ke atas sofa. Ingin bersama Kayla yang baru menghidupkan televisyen.
"Wahh... Rancangan Hello Police ! Dah lama tak tengok siaran ni ! " ujar Kayla dengan teruja.
Siaran televisyen itu memaparkan berkenaan kerjaya seorang polis dan beberapa isu yang ditangani mereka. Tetapi, baru 10 minit menonton, telefon Opahnya berbunyi 'Ting ! '. Menandakan ada notifikasi baru.
"Eh, daripada Instagram? Ingat ada orang mesej. Isy ! " Kayla mencebik.
Baru sahaja ingin mengabaikan, niatnya jadi terbantut gara-gara terbaca tajuk berita pada notifikasi itu.
OhMatahari.Official CEO TidH didakwa mencabul seorang gadis.
"What ?! " mata Kayla terbuntang. Tidak mungkin boleh tular sebegini !
Lantas Kayla pun membuka aplikasi Instagram lalu melihat gambar yang terpapar siaran itu. Ada tulisan besar berwarna hitam yang merupakan tajuk akhbar tadi. Kemudian gambar Imran ketika menerima anugerah The Best Leader dan gambar hiasan seorang gadis yang sedang memeluk tubuh.
Lantas Kayla membaca pula kapsyen gambar di bawah tajuk besar itu.
OhMatahari.Official CEO TidH didakwa mencabul seorang gadis.
----------------------------
Penerima anugerah Holding Award 2022, dikatakan telah memperkosa seorang gadis yang berusia 16 tahun. Mangsa dipercayai tercedera dan diugut bunuh sekiranya melaporkan kepada pihak berkuasa. Ayah mangsa, 48 tahun itu berkata akan membawa kes ini kepada mahkamah untuk mendapatkan pengadilan. Layari laman web rasmi untuk sambungan lanjut.
#beritaterkini #saynotorope #ceotakguna
Kayla menekup mulut.
"Betul ke apa yang aku baca ni? " Kayla bermonolog sendiri. Separuh hatinya tidak percaya. Separuhnya lagi teringat keadaan remaja perempuan hari itu membuatkan Kayla menjadi tidak keruan.
Lantas Kayla melihat komen pula.
ubat_gemuk 100kg muka je hensem. Tp hati jahat
akak.ponti kesian tengok mangsa tu. Tak pasal² keluarga tanggung malu
nak_tinggi_4meter? Inilah zaman sekarang. Bila buat salah, main lepas tangan je. Kan dah kena !
bibah.pokpek Semoga pelaku tak guna tu dapat balasan !
Crispian_Ronaldo siyess lah mamat hensem tu buat anak perempuan macam tu ? Jahat gile weh. Kalau aku bapak mangsa tu, dah lama dah aku kasi flying kick kat lelaki tu
Selena_Gomez_cookies dengar cerita polis tengah buru CEO bongok tu
Obat_kurus 1kg Harapannya pihak polis ambil tindakan tegaslah kat lelaki tu. Ish, benci pula tengok muka dia senyum. Eloklah pakaian suit tu gantikan dengan baju penjara !
Mairendly dengar cerita ada orang sabotaj CEO tu. Huh, dislike.. dislike...
mokcik_bawang_baweng dahlah rosakkan anak dara orang, ugut bunuh, pakai kabel nak lari. Ko ingat hidop ko sesenang gitu? Heii langkah mayat aku dululah ! Dengan perempuan muda kemain. Cuba dengan perempuan gemuk macam aku ?!
awang_melayang Cicit saya kerja kat TidH tu. Dengar khabarnya CEO tu memang suka perempuan muda.. Nasib baik cicit saya lelaki...
Kenang.kentot Anak sedara kerja situ juga.. Katanya CEO tu tak suka perempuan pulak. Aishh mana satu ni? #tengahconfius
YOU ARE READING
550 Tahun
Fiksi UmumIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...