Episod 109

20 5 0
                                    

FAYYAD dan Budin dikerjakan ke hospital dengan segera. Para petugas hospital kelihatan kalut membawa dua troli untuk mereka. Imran dan Kayla pula tidak lelah mengejar mereka.

"KE TEPI ! KE TEPI ! " arah seorang jururawat lelaki yang sedang membawa troli Fayyad. Mendengar sahaja laungan, orang ramai terus beralih ke tepi.

Troli-troli yang dibawa semakin laju ketika di kaki lima. Hampir sahaja seorang jururawat tergelincir ketika membawa troli Budin di belakang. Mujurlah mereka selamat sampai dengan pantas.

Apabila tiba di pintu unit kecemasan, Kayla dan Imran diminta menunggu di luar. Setelah pintu ditutup, kedua-duanya tercungap-cungap selepas berlari.

Masing-masing berdiri di hadapan pintu dengan melepaskan kelelahan. Tetapi Kayla bukan sahaja melepaskan lelahnya itu, tetapi dia ingin melepaskan amarahnya terhadap Imran. Nafasnya yang tercungap-cungap itu bertukar marah.

Buk !

Kayla terus menolak bahu kanan Imran dengan kuat. Imran pula hanya pasrah. Wajahnya kini tidak berperasaan. Namun matanya jelas menunjukkan keletihan.

"Kenapa awak jadi macam ni hah? Apa masalah awak ? Kenapa awak jadi lembik lepas langgar diorang ? Awak memang nak diorang mati ke ? " perlahan Kayla mencemuh.

Suaranya perlu dikawal agar tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Ketika itu, biarlah ketenteraman Imran diganggu.

Imran pula senyap. Langsung tidak bereaksi. Matanya yang menunduk perlahan menatap wajah Kayla yang merah padam. Entah kenapa fikirannya kosong kembali. Rohnya seolah-olah hilang dari jasad.

"Pekak ke, Imran? Asal senyap? Awak bisu ke? Tolong jawab soalan saya, Imran ? Dari tadi lagi saya bersabar ! Jangan sampai suara saya naik satu oktaf ! Kenapa awak diam ? Jawab, Imran !!! " sungguh tajam Kayla menatap wajah Imran.

Imran masih senyap tanpa balasan. Masih kekal menatap Kayla yang membara-bara api kemarahan. Boleh meletus sekiranya hilangnya kesabaran.

"Apa masalah awak eh? Jawablah, Imran !!! Takkanlah diam ??? Kenapa awak buat macam ni? Awak tahu tak kitorang baru je nak berjumpa ! Disebabkan awak, semuanya tak jadi !!! Awak bawa kereta macam mana? Awak pejam mata ke, Imran ? " bertalu-talu soalan dilontarkan.

Dalam hati, Imran semakin rasa bersalah.

"Jawablah Imran !!! " Kayla menghentakkan kaki kerana terlalu geram. Sejak bila Imran jadi bisu ni?

"Ssaya.. minta maaf, Kayla. Saya memang tak sengaja.. Saya yang bersalah sebab... " lidah Imran menjadi kelu.

Kening Kayla terangkat.

"Sebab apa, Imran ? Awak main telefon ke? Ke awak mengelamun sampai tak tengok depan? ".

Imran hanya menggeleng. Entah kenapa matanya berkaca kembali.

"I am so sorry, Kayla. Saya memang bersalah.. ".

"Memanglah awak bersalah, sebab awak yang langgar diorang ! Tak, sekarang ni kenapa awak tak tolong terus ? Kalau saya tak ada tadi, diorang boleh mati tau ! Diorang bukan kena langgar dengan basikal tau, tapi dengan kereta !!! Kenapa awak lambat bertindak hah? Kenapa tiba-tiba awak jadi macam ni? ".

Kata-kata Kayla itu seakan perlahan di telinga Imran. Pendengarannya seolah-olah tidak berfungsi. Adakah itu kesan sampingan penyakitnya?

Imran memang tidak tahu perubahan apa yang terjadi kepadanya sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia mengundur setapak lalu bersandar pada dinding. Dia jatuh terduduk.

Kayla pula semakin geram dengan Imran. Dia pun mendekati Imran.

"Imran, kenapa awak jadi macam ni?? Awak sakit ke, Imran ? Awak perginya Imran yang saya kenal ? Kenapa malam ni tiba-tiba awak berubah ??! Tolonglah jawab !!! Dari tadi lagi saya tanya !!! " bentak Kayla.

550 TahunWhere stories live. Discover now