KAYLA duduk di antara dua katil. Sebentar tadi Imran baru sahaja meminta diri untuk pulang. Katanya ada hal lain yang perlu diselesaikan. Kayla pula setia menunggu dua sahabatnya sedar. Mujurlah Imran sudi memberinya cuti.
Sementara menunggu, Kayla sempat memikirkan kata-kata Imran. Banyak juga yang dia pesan. Semuanya berkaitan Hazarol.
Pertama, ada kemungkinan Hazarol ni tak berapa sihat. Bukan fizikal, tetapi mental. Kenapa babun tu beria sangat ya pada Kayla? Dia pernah jumpa ke dengan lelaki itu sebelum di universiti?
Setahu Kayla, dia tidak pernah lakukan apa-apa yang menyebabkan Hazarol berkelakuan sedemikian. Tiba-tiba, teringat pula kisah anak buah pak guard.
Bila terbayang, nampak seriau. Isy, sudahlah Kayla hidup bersendirian.
Kayla menyandarkan badan ke kerusi. Penat dengan ujian dunia. Semuanya buat Kayla semakin naik gila. Serabutnya !
Hazarol itu masalah pertama. Masalah kedua, Imran. Gambar-gambar lama Imran sering berlegar-legar dalam fikiran. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak di minda. Dia masih belum jumpa cara terbaik untuk mengorek rahsia lelaki itu.
Kayla sebenarnya masih tertunduk sambil memicit kepala. Dia terlalu letih dengan masalah itu. Setelah merasakan lenguh, dia kembali mendongak.
"ISY, TERKEJUT AKU ! " Kayla mengurutkan dada sambil berdiri.
"Hehe, tau takut ! Tu lah, sape suruh termenung macam ada masalah rumahtangga ! " balas Fayyad.
Rupa-rupanya Fayyad dan Budin sudah sedar semasa Kayla mengelamun. Lantas, Fayyad gunakan peluang ini untuk menyakatnya. Lama juga mereka merenung Kayla.
"Dah macam Annabelle korang tenung aku ! Terkejut tahu tak ?! " Kayla bercekak pinggang.
Ini masalah ketiga. Fayyad dan Budin. Nakal betul dua ekor ni. Baru lepas kena langgar pun jadi begini lagi.
Dua orang lelaki itu pun tergelak serentak. Kemudian, Budin membuat isyarat.
'Kau-termenung-apa ? '.
"Tak ada apalah ! Tengah tunggu korang bangunlah ! Ingatkan tak nak bangun terus ".
"Ewah kau... " ujar Fayyad.
Mereka bertiga pun tergelak besar. Itulah kebahagiaan kecil mereka. Dalam hati, Kayla gembira kerana mereka masih hidup. Merekalah antara orang yang Kayla anggap keluarga selepas Syanis.
"Eh ni.. Daripada gelak-gelak macam tengok Maharaja Lawak, aku nak tanya ni, Kayla? Dah berapa lama kitorang tidur ni? " soal Fayyad.
Budin pun mula memasang telinga.
"Dalam 13 jam lebih. Sekarang pukul 10:07. Tak sampai sehari pun.. Korang bukan kritikal sangat" bohong Kayla. Tidak mahu mereka risau.
"Lah.. Awat tak sampai seminggu? Aku baruu nak ponteng kerja ".
Kayla geram. Dia mengangkat kerusi lalu bersedia untuk memukul Fayyad. Automatik Fayyad jadi gerun.
"Eeiii.. Aku belasah juga kang ! Biar sampai sebulan terus !!! ".
"Ampun bang jago... Ampun bang !!! " tangan Fayyad bersedia melindunginya.
"Siapa bang jago ? Ini akak lah ! " Kayla meletakkan kembali kerusinya.
Budin pula ketawa mengekek.
"Isy, garanglah Kayla ni. Baik lagi Tuan Imran. Kan Budin, kan ? " Fayyad membuat muka manja. Pembetulan. Muka pelempang.
Budin turut mengiyakan.
Kayla menggeleng kepala.
"Eh kejap, baru aku ingat. Semalam kitorang kena langgar depan kafe yang tutup tu. Kau tahu siapa yang buat? " soal Fayyad.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...