Episod 34

48 5 0
                                    

Pada waktu pagi tepat padanya pukul 6. 50, Kayla membuat keputusan untuk bersarapan di sebuah kafe kerana dia kehabisan makanan. Tambahan pula dia tidak pandai memasak. Sebelum bergerak, dia memberikan Royal Conon kepada Melly.

Memandangkan lebuhraya yang dilaluinya tidak berapa sesak, dia pun tiba di sana dengan lebih awal. Di kafe itu dia memesan nasi lemak telur dan teh-o panas.

Setelah pelayan itu beredar, Kayla pun menggeliat bagi menyelesakan diri. Langit yang dihiasi dengan matahari terbit ditatapnya dengan penuh senyuman. Segarnya pagi ini.

Oh ya, tempat Kayla berada di rooftop. Meja hanya disediakan sekaki payung yang terpasang di atasnya. Akan dibuka sekiranya perlu.

Sedang dia khusyuk menatap langit, tiba-tiba dia teringat peristiwa bersarapan bersama majikannya di Kampung Baru pada bulan yang lepas. Kerana itulah pertama kali dia bercakap tentang langit dan udara yang segar pada waktu pagi bersamanya selain daripada ayahnya.

Selain itu, Imran juga sememangnya cintakan segala benda yang semula jadi. Buktinya, di dalam pejabatnya yang sedikit luas terdapat sebuah pokok fiddle fig dan pokok skybird yang diletakkan di tepi tingkap kaca sebesar dinding sebagai hiasan. Ada suatu masa juga,dia ternampak Imran mengusap lembut kelopak bunga mawar putih yang elok terletak di atas meja kerjanya. Warna pasu bunga itu juga putih.

" Kadang tu nampak je macam aisberg, tapi sukakan alam. Istilah apa ye yang kita panggil ? ", gumamnya sendiri.

" Hah, Nemophile ! ".

Bahagia Kayla apabila dia ingat akan istilah itu.

Kemudian dia teringat lagi semasa bersarapan, banyak perkara menarik yang dibualkan. Dan Kayla merasakan bahawa dia terus selesa bersembang dengan Tuan Imran tempoh hari walaupun pada masa itu kali pertama dia berbual panjang.

" Perghh, kemainnya aku. Cakap dengan dia macam dah lama kenal. Tapi, aku pernah kenal ke dia dulu ? ".

Kayla cuba mengorek ingatannya sebentar. Kuat hatinya menyatakan bahawa dia sudah lama mengenali Imran. Apabila dikorek dalam-dalam, habuk pun tiada.

" Orang lain kot ".

Kemudian lagi, fikirannya boleh pula terlajak sampai ke bentuk bibir Imran yang kononnya seperti kucing. Dia pun tergelak kecil.

" Tak boleh move on lah tengok bibir dia. Eppp, bahaya... bahaya... ".

Dia pun mengeluarkan telefon Opahnya untuk mencari gambar Imran. Aplikasi pertama yang dikunjungi semestinya WhatsApp.

" Alah, aku lupa profile picture dia kosong ! ".

Dia pergi galeri pula, mencari gambar. Tiba-tiba, mindanya teringat yang mana kelmarin itu, selepas membuat tinjauan di Homestay Pak Haji, mereka sempat bergambar.

" Hah, nasib ada ! ".

Dalam gambar itu, terdapat Imran yang bersebelahan dengan Pak Haji. Sebelah Imran pula Faiq dan Kayla. Mereka bergambar di hadapan homestay yang bakal siap.

Kayla pun mengamati wajah Imran yang begitu tegang. Apabila ditenung lama, Kayla merasakan bahawa dia memang pernah lihat wajah itu. Dan wajah itu pernah ditemuinya 17 tahun yang lepas.

" Oh man, takkanlah dia kot ! Tuan Imran tu muda lagi. Habis, lelaki tu siapa ? ".

Sebiji, memang seiras ! Kayla masih ingat wajah lelaki yang menolongnya dahulu. Dan wajah itu serupa dengan Tuan Imran. Cuma bezanya lelaki itu lebih peramah.

Akhirnya, fikirkannya itu pun lenyap tatkala hidangan sudah mendarat di hadapan mata.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

550 TahunWhere stories live. Discover now