KAYLA ke TidH seperti biasa di awal pagi. Alhmdulillah, semenjak dua menjak ini Kayla selalu hadir awal. Tidaklah seperti di awal pekerjaannya.
Seperti biasa juga disapa Nisa menjadi rutin harian. Tetapi, kegembiraan Nisa bukan main. Itu adalah satu keanehan bagi Kayla. Biasanya mesranya tidaklah setinggi ini.
"Engkau ni apahal jadi happy go lucky ni? Dah nak berlaki ke, Nisa? " soal Kayla.
"Hahahah, calon pun takde. Ada hati aku nak kahwin. Ahahahaha... " mengekek Nisa ketawa.
"Habistu, yang kau dok senyum sampai mata jadi sepet ni apahal? ".
"Tahniah, Kayla ! Aku tak sangka kau dapat! ".
Buatnya, Kayla mengerutkan dahi.
"Dapat apo ni? Aku ada buat apa-apa ke? ".
"Alah kau ni, buat tak tahu pula.. Tahulah tengah tahan hidung dari mengembang... Kann??? ".
"Kau ni minum air masak ke air longkang pagi tadi? " soal Kayla untuk kepastian. Manalah tahu minah ni salah minum ke? Itu yang jadi sewel pagi-pagi ini.
"Aku minum air Nescapcai je.. Air longkang tu low class lah... Mamat yang cari kau haritu je yang minum air longkang.. ".
Kayla menjuihkan bibir. Menyampah apabila nama babun itu diseru.
"Si budak Hazarol tu bukan takat air longkang, air dalam lopak air pun dia sapu! Sudahlah kau Nisa! Aku tahulah aku dah rajin datang hari-hari. Tak yah cakap congrats pun takpe kot ? Dahlah aku gerak dulu" tutur Kayla sebelum berlalu pergi ke lif.
Semasa berjalan, dia terserempak pula dengan Faiq. Jejaka ala-ala Korea yang tinggi lampai. Dia tersenyum memandang Kayla.
"Eh Kayla, congrats tau ! ".
Kayla terlopong. Hah, ni lagi sorang.
"Apa yang congrats ni? Awak dengan Nisa berpakat ke apa? ".
"Takde apa lah. Bye, Kayla ! " Faiq pun berlalu pergi ke kaunter.
"Hai Nisa ! " ucap Faiq kepada Nisa pula.
"Eh hai Faiq! Kemain eh kau pagi ni ! " balas Nisa dengan senyuman.
Kayla terlihat mereka berbual. Amboi, mesra nampak.
"Faiq, bila tarikh majlis tu eh? " soal Nisa sambil memandang Kayla.
"Hmm, entahlah Nisa.. " balas pula Faiq sambil memandang Kayla juga.
Kedua-dua insan itu tersengih memandang Kayla. Manakala Kayla pula menggeleng kepala. Apa hal dua orang ni lain macam sangat?
Tanpa membuang masa, Kayla pergi ke lif dan menekan butang ke tingkat 20.
Setibanya di tingkat teratas, dirinya disapa pula oleh Kak Ju, rakan sekerja Kayla yang lebih tua daripadanya.
"Eh Mikayla... Lawanya Kayla hari ni. Mesti Kayla happy kan? " sapa Kak Ju.
Kayla hanya tersengih kambing. Pakaiannya biasa-biasa sahaja. Bertudung bawal, pakai blouse, pakai kain hitam, kasut tumit rendah.
"Kak Ju pun nampak berseri-seri. Macam Mimi Perit ".
Mereka pun ketawa berdekah-dekah.
"Amboi Kayla, takde insurans betul mulut kau eh? Takdelah, akak nak ucapkan tahniah! Haih, tak sangka muda-muda lagi dah dapat".
"Ehhhh.. " sekali lagi diri Kayla diserbu rasa keanehan. Kak Ju pun?
"Eh dahlah, akak nak buat kerja. Jumpa lunch nanti tau ! ".
YOU ARE READING
550 Tahun
قصص عامةIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...