Episod 133

27 6 0
                                        

"APA maksud Pak Afi? Boleh saya tahu siapa dia sebenarnya? " soal Kayla yang sekian lama ingin tahu.

Semua di situ hanya terdiam. Menunggu Pak Afi untuk meneruskan kata. Entah kenapa suasana menjadi sepi kembali.

"Sebenarnya, Imran yang kamu kenal dah lama hidup. Umur dia bukan 25 tahun ".

Kening Kayla terangkat.

"Tetapi dah 572 tahun.. " sambung Pak Afi lagi.

Mata Kayla terbeliak.

"Dia bukan lahir pada tahun 1997, tetapi pada tahun 1447. Bermaksud, dia dah lama hidup. Bahkan, lebih tua daripada kita semua ".

"Tetapi, kenapa dia nampak muda? ".

"Sebab dia tak boleh tua. Umurnya dipanjangkan " balas Mak Nab dengan lembut.

Kayla ternganga.

"Memang susah untuk awak percaya, tetapi itulah hakikatnya, Kayla. Tuan Imran dah lahir sebelum ayah dan ibu saya lahir lagi " sampuk Faiq pula.

"Jadi, dia bukan adik awak? ".

Faiq menggeleng.

"Ma...macam mana boleh jadi macam ni, Pak Afi? ".

"Panjang kisahnya, Kayla. Kalau nak cerita, seminggu pun tak cukup. Tapi kalau dipendekkan cerita, dia berlawan dengan jin harimau. Kemudian, dia tercedera lalu berteduh dalam gua sebab hujan ".

"Kenapa dia berlawan dengan jin ha.. harimau tu? " soal Kayla dengan teragak-agak. Bohonglah kalau dia tidak rasa ini seperti cerita dongeng.

"Sebab jin harimau itu yang bunuh isteri dia" celah Edmond pula.

"Apa? " Kayla terlopong.

"Dalam gua tu, dia ditakdirkan untuk bertemu dengan seekor jin gua. Jin itu dikatakan serupa dengan kita. Dia berpakaian seperti orang Melayu tetapi dia menetap dalam gua. Dialah yang memberi air penawar kepada Imran untuk mengubati lukanya" sambung Pak Afi.

Kayla hanya dengar. Tipulah kalau dia percaya.

"Penawar itu sangat ajaib. Penawar itu bukan sahaja menghilangkan segala luka Imran, tetapi juga memanjangkan umur dia. Waktu itu dia berusia 25 tahun. Jadi, sampai sekarang dia kelihatan seperti 25. Walhal, dia dah tua. Sejak daripada itu, Imran tinggalkan tempat tinggal dia ".

Jujur, perasaan Kayla bercampur-baur. Sukar baginya untuk mencerna maklumat ini.

"Saya tahu awak susah nak percaya. Tapi kami semua tak tipu. Dia memang dah tua. Cuma wajahnya yang kekal muda. Sebab itu kami semua sangat beruntung sebab dapat kenal dengan orang seperti Tuan Imran " celah Edward pula.

Kayla masih membisu. Tidak tahu mahu percaya atau tidak.

"Kayla, sebab itu awak nampak Tuan Imran ni macam orang-orang zaman dahulu. Sebab kehidupan dia berasal daripada sana. Kalau awak nak tahu, sebenarnya dia daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi" Faiq pula berkata.

Kayla tertelan liur. Lagi lah dia tidak percaya.

"Kami memang tak ada bukti kukuh untuk katakan Imran berasal daripada zaman itu. Tapi, kami ada bukti yang boleh tunjukkan yang Imran dah lama lahir" kata Mak Nab.

Kayla mengerutkan dahi. Tidak lama itu, Pak Afi mengeluarkan telefonnya dan Mak Nab mengambil. Kemudian, dia menunjukkan suatu gambar yang terpampang pada skrin.

"Kayla, lelaki yang pakai baju Melayu biru ni Imran. Cuba tengok, sama kan? Budak kecil yang dia dukung tu Pak Afi. Sama tak? " kata Mak Nab lagi.

Kayla mengambil telefon itu untuk melihat dengan teliti. Matanya terbeliak menatap gambar hitam putih itu. Sangat sukar untuk percaya !

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang