SUNGGUH Kayla terkejut dengan apa yang dilihat sekarang.
PANTAI MORIB
Imran berhenti di hadapan pantai?
" Kita nak buat apa di sini? ", Kayla menoleh ke arah Imran.
" Nak bagi awak healing ", balas Imran sambil memberi senyuman.
" What ? ", Kayla tidak faham.
" Jomlah keluar. Awak duduklah kat mana-mana. Tapi jangan jauh sangat. Dekat-dekat sini je ", Imran sudah membuka pintu kereta.
Meskipun keliru, Kayla tetap keluar dengan terkebil-kebil. Setelah pintu ditutup rapat, dia terpukau seketika dengan pemandangan pantai di hadapannya itu.
' Masyaallah, cantiknya.. '.
Tanpa menghiraukan Imran yang sedang mengambil sesuatu di tempat penumpang, dia terus sahaja meluru ke pesisiran pantai dengan perlahan-lahan. Pandangannya kini tertumpu pada matahari yang hampir terbenam di hujung sana.
Selangkah demi selangkah dia berjalan. Tapak kaki yang memijak pasir langsung tidak didengarinya. Dirinya kekal menuju ke tepi pantai itu. Dan akhirnya sampai. Betul-betul berdekatan dengan air laut yang ingin mencium kasutnya.
Kayla mengundur tiga tapak lalu duduk di atas batu yang berdekatan. Dia memandang sekeliling. Di kanannya banyak batu-batu yang besar di situ. Di kirinya pula kawasan lapang. Terdapat beberapa orang yang berkelah di situ. Ada juga yang bermandi-manda di laut. Tersenyum Kayla sesaat.
Perhatian kini pada matahari terbenam pula. Kenapalah matahari ini terasa indah di depan mata? Sejuk hatinya merasai suasana yang begitu estetik ini. Suara orang yang bersuka ria kedengaran meriah tetapi masih menenangkan.
Kayla pun mengambil beberapa gambar sunset dan langit yang serba jingga bercampur merah jambu. Dua warna itu sangat sesuai digandingkan bersama di atas kanvas langit senja.
Tiba-tiba Imran muncul di hadapan lalu mengambil tempat duduk di atas batu berdekatan dengan Kayla. Hanya selang satu batu arah tenggaranya.
" Eh, kenapa bawa gitar? ", tanya Kayla kehairanan melihat Imran membawa sebuah gitar biasa. Blazer yang dipakainya tadi sudah ditanggalkan. Paling tak masuk akal apabila lengan kemeja putihnya dilipat. Dua butang di kolar dibuka. Astaghfirullah halazim...
" Awak ni panas sangat ke sampai terdedah macam tu ? ", berkerut dahi Kayla melihat Imran sebegitu.
" Eh mana ada ! ", Imran membutang bajunya. Tapi satu butang aje lah.
Kayla menggeleng kepala.
" Yang awak gitar tu dah kenapa? ".
" Nak dengar tak saya nyanyi? ", tanya Imran dengan penuh harapan.
" Awak... pandai nyanyi ke? ", agak pelik bagi Kayla apabila seorang CEO TidH yang kadang-kadang sedingin aisberg dan sentiasa sibuk dalam bekerja, tiba-tiba pandai menyanyi pula.
" Belum dengar, belum tahu... ", Imran sudah membetulkan posisi gitarnya.
Walaupun masih dalam fasa kehairanan dan kejanggalan kerana baru tahu antara bakat Imran, dia tetap mengangguk macam burung belatuk. Dia kini menadah telinga untuk mendengar bagaimanakah ais ketum bersuara merdu.
" Nyanyi jelah. Dah lama tak dengar orang menyanyi depan mata ", pinta Kayla sambil tersenyum.
Imran pun turut membalas senyumannya. Semestinya seiras dengan Mawar.
Apabila dirinya sudah bersedia, tali gitar pun dipetik.
Instrumental lagu mula kedengaran. Muzik dari akustik gitar membuatkan secara automatik kepala Kayla bergoyang perlahan. Lagi senang Kayla apabila disapa pula oleh deruan ombak laut.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...