IMRAN'S POV
Dulu aku pernah berbahagia...
Dulu aku disayangi semua...
Dulu aku punya segalanya...
Dulu hidupku sempurna...
Kini, aku hilang semuanya...Tapi itu dulu
Di dunia ini,
Aku diberi peluang kedua...
Aku menemui orang yang sama...
Aku juga merasai kasih sayangnya...
Yang sudah lama aku merinduinya...
Aku juga ditakdirkan bersemuka...
Bersama insan yang aku suka...
Bahkan aku juga mencintainya...
Seperti mana aku mencintai si dia...
Yang sudah meninggal lama...Tapi kini tidak lagi
Hati ini bagai dihiris...
Disiat-siat seperti daging...
Dirobek seperti bangkai...
Ditikam seperti mangsa...
Diratah begitu sahaja...
Bahkan aku juga dihina...
Seperti akulah insan durjana...Benarkah aku durjana ?
Air mata ini tidak henti-henti menumpah seperti air terjun. Dari Kuala Lumpur sehinggalah ke Bandar Hilir, titisan jernih ini tidak jemu meluncur ke wajahku. Mataku kemerahan, akibat terlampau kecewa...
Aku akhirnya sampai ke rumah agamku, kediamanku sendiri, yang penuh dengan memori. Keretaku berhenti tepat di hadapan pintu rumah. Aku pun keluar. Pintu pagar automatik ditutup sendiri.
Aku masuk ke rumah yang seakan istana. Rumah itu kosong tidak berpenghuni. Edward dan Edmond menginap di kolej kediaman mereka. Jadi, aku di sini keseorangan.
Rumah itu gelap. Hanya disinari oleh cahaya kecil. Lampu-lampu yang berbentuk seperti obor dipasang di merata-rata tempat. Jadi, aku tidak akan tersesat.
Aku masih berpakaian kemas. Aku langsung tidak menukar pakaian sejak aku meninggalkan TidH. Aku terlalu kecewa. Aku membiarkan sahaja dengan berpakaian sebegini.
Aku berjalan melintasi ruang tamu. Lalu aku naik ke tingkat dua. Rumah ini sebenarnya ada tingkat bawah iaitu di bawah tanah. Aku jarang ke situ. Jadi, aku selalu menganggap rumah ini hanya ada tiga tingkat. Ruang bawah hanyalah stor simpanan.
Aku terus berjalan melintasi pintu dari bilik ke bilik, sehinggalah aku terjumpa sebuah bilik yang paling aku gemari. Bilik muzik. Aku membuka pintu bilik itu.
Susunan alat-alat muzik itu masih tersusun rapi. Aku berjalan lagi sehingga berhenti di hadapan piano. Lalu, aku duduk. Aku mengusap papan kekunci piano itu lalu menekan satu-satu. Aku tersenyum pahit. Aku memang sukakan piano sejak aku mengembara di Barat. Aku begitu tertarik dengan alat muzik yang sering memberi melodi yang syahdu. Seperti diriku.
Aku masih ingat cara untuk bermain. Lantas, jari-jemari mula menari. Aku memainkan lagu Kenangan Terindah. Lagu yang sangat memberi makna buat diriku. Malah, aku juga menyanyi.
"Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku"."Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu"."Darimu...kutemukan hidupku
Bagiku....kaulah cinta sejati
Yeah, huu....
Bagiku....engkaulah cinta sejati.. "."Bila.. yang tertulis untukmu
Adalah yang terbaik untukku
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku.."Namun.. takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupmu
Yang t'lah terukir abadi..
Sebagai kenangan yang terindah~Haaa~ huuu~ ".
Tangan masih setia memainkan piano yang berusia separuh abad.
Masihku teringat momenku tatkala aku dan Mawar menyanyikan lagu Itulah Cinta semasa aku mendayung sampan di Pahang. Kami sangat bahagia walaupun keadaannya cukup sunyi. Tapi, aku sangat gembira jika bersamanya.
YOU ARE READING
550 Tahun
Ficção GeralIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...