APA yang paling Kayla aneh akan lukisan potret itu, wanita di dalam lukisan itu dari zaman mana? Mengapakah pakaiannya seperti wanita di zaman dahulu?
Lukisan itu malah tiada sebarang label. Hanya bingkai sahaja menjadi pelindung lukisan itu. Bagaimana wanita itu serupa dengannya? Adakah ini adalah satu kebetulan?
Atau adakah inilah Mawar yang Imran maksudkan? Bermakna wanita itu adalah arwah isterinya? Tetapi di masa bila?
Atau mungkin wanita itu hanya berpakaian seperti zaman dahulu untuk menampakkan diri seperti di zaman silam? Mungkin boleh jadi begitu.
Isy, Kayla sudah penat berteori sendiri. Apa-apapun, ada baiknya dia mengambil gambar potret itu. Mungkin ada masa nanti dia akan tunjukkan kepada Imran. Tentu dia akan beri jawapan. Tetapi boleh jadi dia diamkan diri ataupun menukar topik lain.
Akhirnya, masa Kayla untuk satu jam sudah tamat. Cukuplah sampai di sini dia ke sini. Lain hari dia akan kembali untuk membongkar misteri berkenaan lukisan 'Mawar' ini.
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
DI dalam bangunan TidH, Kayla sengaja lepak di kaunter bersama Nisa. Semuanya kerana Syanis tidak datang untuk makan bersama Kayla. Ada urusan penting katanya. Jadi Nisa menjadi pengganti Syanis.
"Ewah-ewah kau. Bestie kau tak datang, kau cari aku. Bila ada, tinggalkan aku sorang-sorang. Merajuklah gini" Nisa memuncungkan bibir.
Kayla mencebik.
"Banyak songeh lah kau ni, Nisa. Bukannya aku tak pernah lepak dengan kau. Waktu pagi tadi itu kan dikira lepak? ".
"Itu bukan lepak, itu tegur-menegur. Eh, daripada kau berdiri kat luar kaunter, meh lah masuk sat ! Aku nak habaq ni ! " balas Nisa.
Kayla pun akur. Sebenarnya dia tidak tahu adakah pekerja dibenarkan lepak di dalam kaunter penyambut tetamu. Tetapi apalah sangat kalau buat sekali-sekala.
"Haa.. Kau nak habaq apo, Nisa? Ada gossip ke? " soal Kayla yang sememangnya gemar bergosip.
"Ini, nah untuk kau" Nisa menghulurkan sekeping kad yang cantik.
Kayla pun ambil dan baca. Kemudian, matanya terbeliak.
"Weh ! Seriuslah kau nak tunang ! Dengan Faiq? PA Tuan Imran ?????!!!!! ".
"Iyelahh wehhh. Ahahahha" balas Nisa dengan gembira dan teruja.
Kayla membelek-belek kad itu.
"Sejak bila korang bercinta ni? Asal aku baru tahu! Entah-entah, korang memang dah lama kan ! ".
"Isy, tak adalah. Aku senanya dah lama crush kat Faiq. Sejak aku kerja sini. Ehehheeh" Nisa tersipu-sipu nampaknya.
"Weh ceritalah macam mana boleh 'tersangkut' ni ! ".
"Okey.. Sat Kayla.. Biaq aku tarik napas japp... "
Imbas kembali selepas majlis iftar di Midnight Nostalgic Hall....
Selepas Nisa memberitahu Kayla bahawa beg telekungnya tertinggal di dewan, Nisa pun berpatah balik semula ke sana.
Sebaik sahaja kaki terpacak di dalam dewan, semua orang di situ hendak keluar. Sungguh Nisa berasa kecewa kerana dia terdengar bahawa pintu tingkat dua telah dikunci. Dan pemegang kunci tersebut hilang entah ke mana. Dia pun pulang semula. Nampaknya dia harus membeli yang baharu.
"Nisa ! ".
Nisa pun menoleh ke belakang. Kelihatan Faiq dan Imran berjalan ke arahnya.
"Ni beg telekung awak kan ? " soal Faiq sambil menghulurkan totebag berwarna putih kepadanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...