HARI itu sepatutnya adalah hari terakhirnya berkhidmat sebagai CEO TidH. Namun, beberapa kekangan yang melandanya sekarang terpaksa diselesaikan. Membuatkan niatnya itu terbantut.
Kekurangan pekerja juga lebih menjerat dirinya untuk terus bertahan di sini. Walhal, Imran mahukan rehat. Dia sudah letih. Tetapi, jiwanya lagi pedih apabila menonton satu video di komputer.
Ternyata pertengkaran antara Imran dan Young Woo sudah tersebar di platform media sosial. Video yang memaparkan aksinya yang menampar, menumbuk dan menendang Young Woo dikecam teruk oleh warganet.
Ikutkan hati, ingin sahaja dia menumbuk skrin komputer itu pula. Tidak semena-mena namanya meningkat naik sebagai orang yang dipandang serong oleh masyarakat. Masalah fitnahnya belum selesai lagi. Ditambahkan pula dengan kisah semalam. Sangat menyeksakan jiwa.
Hari itu sudah malam. Tepat pada pukul 10. Sengaja Imran mahu pulang lewat. Dia pun mematikan komputer kerja dan mengutip fail yang bertaburan di atas meja. Dia bingkas bangun dan menyusun fail-fail tersebut di dalam rak buku.
Selepas berkemas, Imran pun keluar dari bilik. Ruang di tingkat 20 kelihatan lenggang. Bermaksud semua sudah pulang. Tinggal dirinya sahaja di situ. Imran segera masuk ke dalam perut lif untuk turun ke lobi.
Semasa dia di dalam lif, macam-macam perkara yang Imran fikirkan. Semuanya mengenai cara untuk menghadapi masalahnya. Soal MDD terpaksa diketepikan. Lagipula sudah berkali-kali dia membatalkan temujanji dengan Dr Zaidi.
'Maafkan aku, Zaidi. Aku terpaksa... '.
Setelah pintu lif terbuka, Imran pun keluar. Langkah terhenti apabila ekor matanya menangkap satu figura di sebelah kiri. Imran segera menoleh dan dia mengecilkan mata.
Apa yang membuatkan Imran mengerutkan dahi adalah figura itu terbaring di atas lantai berdekatan dengan tangga belakang. Dia tidak salah nampak kan? Dia terus berjalan menghampiri figura itu di hujung sana. Matanya asyik melilau kiri kanan.
Di situ dia sangat terperanjat apabila terlihat sekujur tubuh manusia yang tidak sedarkan diri. Dia terbaring menelentang. Wajahnya pucat, mulutnya berbuih. Seperti baru menelan racun. Dan dia ialah seorang wanita.
Imran pun memeriksa keadaan wanita itu. Wanita itu memakai blazer dan skirt berwarna hitam. Dia juga berkemeja dan kasut tumit tinggi berwarna putih. Rambut ikal mayangnya kelihatan serabut.
"Hei, bangun ! " Imran mencuit bahu wanita itu.
Namun, wanita itu tidak memberi respons.
Imran melilau sekeliling. Namun, keadaan di lobi kelihatan gelap. Malah, Nisa juga tidak kelihatan. Mana perginya semua orang? Takkanlah semua sudah pulang?
Peluh merecik di dahi. Dia menjadi buntu. Imran yang panik terpaksa mencempung wanita itu ke ruang tetamu. Satu-satunya tempat yang terdekat.
Perlahan-lahan, tubuh yang tidak bermaya itu dibaringkan di atas sofa yang empuk. Imran pun melepaskan nafasnya yang tercungap-cungap.
"Boleh tahan berat perempuan ni" Imran bercekak pinggang.
Dalam kegelapan itu dia dapat melihat badan wanita itu terketar-ketar seperti terkena sawan.
"Eh, awak ok tak ni? " soal Imran dengan penuh risau.
"Ttt.. tolonggg.... " ujar wanita itu dengan halus.
"Apa? Tak dengarlah ! " Imran mendekatkan diri dengan wanita itu. Dia berteleku di hadapan sofa itu.
Baru sahaja wanita itu mahu bersuara, matanya terpejam semula.
Imran pula semakin bingung.
"OOO... INI KERJA KAU RUPANYA ! ".
Imran yang terkejut terus menoleh. Beberapa orang pekerja menyerbu masuk ke dalam. Lampu serta-merta terbuka. Semua mata memandangnya dengan penuh tajam.
![](https://img.wattpad.com/cover/315851591-288-k451614.jpg)
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...