"MACAM mana laporan untuk Hotel Minangkabau? Dah ada perkembangan? " soal Imran kepada ketua jurutera.
"Setakat ni baru buat tingkat tiga. Minggu depan baru tingkat empat. Bahan-bahan untuk pembinaan pun masih cukup. Perkara yang lain tuan boleh tengok dalam fail kuning ni".
"Semua buruh masih selamat? ".
"Alhamdulillah selamat. Tak ada yang cedera lagi".
"Good. Pastikan keselamatan mereka kekal dijaga".
"Baiklah tuan".
"Okey, sekarang mesyuarat kita dah tamat. Esok tengahari kita sambung lagi. So, kalau tak ada apa-apa, dah boleh bersurai" ujar Imran selaku majikan.
Semua yang berada di meja bujur itu pun bangun. Bilik mesyuarat itu bingit dengan bunyi kerusi ditarik. Satu-persatu pekerja keluar disertai dengan perbualan kecil mereka. Hanya Imran dan Faiq masih kekal dalam kedudukan masing-masing.
Kayla juga mula keluar. Apabila matanya bertentang dengan Imran, dia tersenyum. Lalu dia pun beredar.
Tidak lama itu, telefon Imran berdering. Nama Edward tertera di situ. Imran pun menjawab panggilannya.
"Hello Edward? Ada apa? ".
"..... ".
"Hah, ada orang datang? Dia cari siapa? ".
"..... ".
"Aku kenal dia? Cuba kau jelaskan siapa orang yang kau maksudkan? Ini bukan cerita saspens tau! ".
"..... ".
"Apa, orang tu rupanya? Kau ni biar betul? ".
"..... ".
"Kau ambil gambar dia kejap".
Perbualan mereka tergendala buat seketika. Setelah Edward menghantar gambar pak cik tua itu, Imran meneliti wajahnya. Kemudian, matanya terbeliak besar.
"Kau jangan bagi orang tu keluar. Suruh dia duduk di situ sampailah aku datang sana. Ok bye".
Imran pun bingkas bangun dan mengemas semua fail-fail yang ada di hadapan. Faiq pula terkebil-kebil dengan kelakuan Imran yang berubah secara tiba-tiba.
"Tuan ni nak pergi mana? Kalut nampak?".
"Orang tu muncul balik lepas 550 Tahun beri aku penawar" jawab Imran ringkas.
Faiq pula mengambil sedikit masa untuk mengingati semula. Akhirnya, matanya juga terbeliak kerana baru teringat.
"Faiq, buat masa ni aku nak kau gantikan aku dalam uruskan projek ni. Tak lama. Mungkin seminggu".
"Tapi, seminggu pun kira lamalah juga".
"Ah, bukannya sebulan pun. Sebelum ni kau handle dua bulan okey je. Dahlah, aku nak gerak ke Melaka. Cakap kat ayah kau sekali".
"Tuan tak nak balik dulu ke untuk ambil benda penting? ".
"Ya ada, aku singgahlah kejap. Tapi kau pun tahu parents kau pergi keluar waktu macam ni? Nanti kau beritahu mereka tau! ".
"Baiklah tuan. Selamat memandu ".
Imran mengangguk lalu beredar.
Tinggallah Faiq bersendirian. Wajahnya kelihatan sedih selepas Imran pergi.
"Haihh, baru nak dating dengan Nisa petang ni" keluhnya sendiri.
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
KAYLA menyusun segala fail lalu meletakkannya pada rak fail. Dia sempat mengerling ke tingkap. Cuaca nampak cerah. Sesuai untuk makan tengahari.
Dia pun mengambil fail laporan dan beg tangannya lalu keluar dari bilik. Sebelum beredar, Kayla sempat mengunci pintu.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...