Episod 124

20 4 0
                                    

SELEPAS bersengkang mata dengan polis, kini dia terpaksa berhadapan pula dengan 10 orang wartawan.

Imran dan Faiq berpandangan sambil mengerutkan kening. Siapa punya angkara ini?

"Encik, encik, encik. Encik ni CEO TidH kan? Boleh tak saya tahu cerita ni betul ke tak? " soal seorang wanita yang bertudung kuning.

Hati Imran terasa serabut dan menyampah. Sakit matanya melihat wajah wartawan itu satu-persatu. Masing-masing menghalakan telefon kepadanya. Malah, ada juga yang menggunakan kamera. Tidak pasal-pasal dia menjadi selebriti pada hari ini.

"Berita tu fitnah ! " jawab Imran dengan tegas dan ringkas. Lagikan padat.

"Tapi, macam mana muka encik ada dalam video tu? Cuba cerita sikit? " soal pula wartawan lelaki botak.

"Benda tu fitnah. Tak faham ke? " Imran cuba bersabar.

"Tapi muka encik sama dalam video tu. Betul ke encik orangnya? " soal pula lelaki bercermin mata.

Imran cuba bertenang. Dah kata benda itu fitnah, tanya juga soalan yang sama.

"Tak, benda tu palsu ! ".

"Bagaimana pula pakaian encik? Pakaian suit tu sama seperti pakaian encik sekarang " seorang lelaki berjerawat pula bertanya.

"Macamlah suit tu saya seorang je yang pakai" Imran sedaya upaya menahan sabar.

"Macam mana dengan rambut encik yang macam artis Korea? " soal lelaki berjerawat tadi.

Imran mendengus. Kali ini dia menjeling tajam kepada lelaki itu. Faiq pula mencelah.

"Minta maaf, semua. Polis tengah siasat kes ini. Apa yang korang perlu tahu bos saya tak bersalah. Titik ! ".

"Tapi, muka encik betul-betul sama. Macam mana encik kata itu fitnah ? " soal pula wanita berambut perang.

"Betul, encik. Boleh tolong jelaskan untuk media? " sampuk pula lelaki botak tadi.

"Ya, encik. Jelaskan juga apa perasaan encik bila merogo---".

"Benda tu tak betul ! Benda tu fitnah ! " bidas Imran. Amarahnya sudah mula berputik.

"Tapi encik, macam mana orang yang mendakwa encik boleh tuduh perkara sedemikian? Adakah encik dituduh? " datang pula lelaki yang muka berminyak yang menyoal.

Imran menghela nafas panjang. Faiq pula pasrah. Perasaan kacau-bilau mula bising dalam minda. Lebih menyakitkan, wartawan itu saling bertolak antara satu lain demi mendapatkan maklumat.

"Encik, encik, encik. Boleh jelaskan kenapa orang itu menuduh encik? " soal lagi wanita berambut keriting.

"Encik ada bukti yang yang encik difitnah? " soal lelaki bercermin mata lagi.

"Bagilah penjelasan itu supaya kami dapat sampaikan kepada pihak media " pujuk pula lelaki berambut panjang.

"Bagi kerjasama, please? Saya tak suka tunggu " celah pula seorang wanita berambut merah jambu.

"KALAU TAK SUKA, PERGI BALIK !!! " jerkah Imran.

Terdiam segala hiruk-pikuk di hadapan balai polis itu. Para wartawan berasa gentar dengan kemarahan Imran secara tiba-tiba.

Imran menghela nafas. Faiq pula mencerlung satu-persatu wartawan di hadapannya. Tanpa membuang masa, dia pun mengajak Imran supaya pergi. Apabila wartawan itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bergerak, Faiq pula yang menjerkah.

"KE TEPILAH ! ".

Barulah mereka beransur-ansur ke tepi. Masing-masing menunjukkan riak wajah yang takut. Imran dan Faiq pula berjaya keluar daripada sarang kemelut itu. Mereka pun masuk ke dalam kereta Faiq.

550 TahunWhere stories live. Discover now