Episod 131

20 5 0
                                        

FAIQ terus bergegas ke TidH apabila Encik Azhar memaklumkan suatu perkara buruk yang terjadi tadi. Petang tadi dia terpaksa pulang awal kerana mahu membeli barang untuk majlis perkahwinan bersama Nisa. Selepas memarkir kereta, dia terus berlari ke lobi dan terlibat orang ramai berkumpul dan van ambulans di sana.

"Kenapa ni? Apa dah jadi, Azhar? " soal Faiq dengan panik kepada lelaki 40-an itu.

"Cik Zakiah.. " Encik Azhar melirik matanya ke arah seseorang yang terkulai diusung oleh petugas hospital.

"Kenapa ni? Katanya Cik Zakiah kena cabul. Siapa yang cabul dia? ".

"Tuan Imran" Encik Azhar menunduk ke bawah.

Terbeliak mata Faiq.

"Biar betul ?! Eh, mustahillah tuan buat ! Encik jangan merepek ! Mana tuan?! " suara Faiq naik satu oktaf.

Serentak itu juga Kayla mendekati mereka.

"Dia dah pergi".

"Apa ?! Dia pergi ke mana pula, Kayla ? " hati Faiq mula resah.

Kak Ju juga menghampiri mereka.

"Dia dah buat salah, lepas tu main lari je. Tak bertanggungjawab kan Tuan Imran tu ?".

"Tak, apa yang berlaku sekarang ni? Kenapa awak semua sampai tuduh dia yang bukan-bukan ! Berdosa tau tuduh orang !! ".

"Eh, mana ada! Kami semua dah tengok apa yang dah berlaku. Memang dah jelas tuan cuba ambil kesempatan ke atas Cik Zakiah dalam gelap. Nasib baik kami cepat-cepat datang tau ! " Kak Ju memintas.

Faiq menggeleng kepala.

"Azhar, panggil semua yang berkumpul kat sana tu ! " arah Faiq.

Encik Azhar menurut. Dalam beberapa saat, semua berkumpul di hadapan Faiq.

"Ceritakan saya apa yang awak semua buat kat Tuan Imran ! Jangan kata korang tuduh tuan eh !! ".

Semua pekerja di situ dengan yakin menjawab.

"Dah jelas dah dia buat salah. Takkanlah nak duduk diam aje? Mestilah kami kena buat sesuatu" balas Cik Kuntum.

"Kalau ikutkan kitorang nak bawa pergi balai. Tapi tu lah, dia lari pula ! " celah Azim.

"Entah ke manalah bos pergi ! Kitorang harap dia kena tangkap ! " cemuh seorang pekerja lelaki pula.

"Macam tu korang buat kat tuan ? Eh, korang ni dah tak ada otak ke hah?! Ke korang memang rancang nak buktikan dia bersalah?! " jerkah Faiq.

"Eh mana ada rancang ! Ada orang kata dia nampak sesuatu. Kami semua pun berkumpul di tingkat dua. Lepastu dia suruh datang sini dan kami nampak perbuatan tuan. Huh, dasar bos binatang ! " cemuh lagi pekerja lelaki berusia 34 tahun.

"Siapa? Siapa orang tu ?! " soal Faiq dengan nada yang marah.

Semua pekerja mencari-cari orang itu. Masing-masing melilau kiri kanan termasuk Kayla. Eh, dia dah hilang?

"Ooo.. Dah pandai menipu? Awak semua kata ada orang yang bagitahu lepas tu buat-buat cari? Padahal orang tu tak wujud kan? Korang yang pandai-pandai adakan pembohongan ! Korang memang tak sukakan Tuan Imran lagi ke ?! " tengking Faiq.

Semua pekerja kelihatan terkebil-kebil.

"Eh, mana ada.. Betullah. Tapi, dia dah tak ada pula" balas Kak Ju.

"Betul apanya kalau tuan punya badan pun tiada ! Entah-entah dia nak kenakan korang ! Dah tua-tua pun tak reti nak fikir ! " cemuh Faiq pula.

Tertunduk malu semua pekerja di situ. Kayla pula mula runsing.

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang