DIA tersedar dari lenanya. Pemandangan pertama adalah siling putih. Kedua, matanya terbuka luas apabila berpaling ke kiri. Rupanya Kayla yang terbangun dari duduknya.
"Alhamdulillah, sedar pun awak ! " ujar Kayla dengan gembira. Dalam hati berasa lega kerana insan yang tertidur sudah bangun dari malam yang memenatkan.
Imran yang tersedar pun bingkas bangun. Dia melihat sekeliling. Ternyata dia telah beradu di atas katil hospital. Patutlah empuk semacam. Pakaiannya yang basah lencun bertukar pakaian hospital.
Imran mengerutkan dahi. Bila masa dia jadi pesakit pula ini?
"Ermm... Doktor yang tukarkan baju awak. Katanya tak elok tidur dengan baju yang lembap. So, dia guna baju tu jelah. Sebab itu je yang ada " terang Kayla selepas melihat Imran kehairanan.
Imran memandang Kayla.
"Kalau macam tu, kenapa tak kejutkan saya? ".
Kayla hanya tersenyum melihat wajah Imran seperti anak kecil yang tidak tahu apa-apa.
"Doktor kata awak terlalu lemah lepas derma darah semalam. Sampai tertidur pulak tu. Doktor dah check. Badan awak lemah teruk. Jadi mereka biarkan saja awak tidur di sini".
"Tapi seingat saya , saya bukan baring atas katil ni".
Kayla tergelak kecil. Imran pula mengerutkan kening.
"Kenapa awak ketawa? ".
"Hihi.. Comellah awak ni.. Mestilah jururawat yang angkatkan. Tapi, awak tak perlu risau sebab yang angkat tu lelaki. Yang tukarkan baju pun doktor lelaki. Kalau nak tahu, semuanya orang lelaki yang uruskan awak".
Imran pun menghembus nafas lega.
Kayla pula duduk semula setelah melihat kelegaan Imran.
"Imran ".
"Hm ? " Imran menoleh.
"Terima kasih tau selamatkan mereka berdua. Kalau awak bukan darah O-, tak tahulah keadaan mereka macam mana" lembut Kayla bertutur.
"Dan saya juga minta maaf sebab marahkan awak semalam. Saya memang kecewa juga dengan awak. Tapi, sebab awak dah dermakan darah kepada mereka, saya dah maafkan salah silap awak ".
Imran pula terkedu. Lalu satu senyuman kecil terukir di bibir.
"No need to apologize, Kayla. Saya yang patut minta maaf dan berterima kasih. Disebabkan saya, mereka hampir hilang nyawa. Tetapi, terima kasih sebab awak maafkan saya. Saya tahu mereka adalah orang yang awak sayang. Kalau saya jadi awak, saya pun tak sanggup hilang mereka.. ".
Kayla pula tersenyum mendengar balasan Imran.
"Sepertimana saya kehilangan mereka semua.. " sambung Imran lagi.
Kayla pula mengendurkan senyumannya.
"Please don't say that. Masih ada yang sayangkan awak, Imran... You're not alone.. ".
Imran pula menggeleng kepala.
"Saya pernah lukakan hati mereka. Sebab itu mereka tinggalkan saya. Dan saya pula hampir menyebabkan mereka tinggalkan awak.. I'm so sorry, Kayla.. " perlahan Imran berkata. Perkataan 'mereka' merujuk kepada Fayyad dan Budin.
"Saya dah maafkan awak, Imran. Saya dah maafkan awak. Saya sedar setiap apa yang berlaku pasti berhikmah... ".
"Boleh tak saya nak air? " Imran menukar topik. Tetapi, dia sebenarnya memang kehausan.
Kayla pun akur. Sebotol air mineral yang dibeli semalam dikeluarkan dari plastik. Kemudian dia memberinya kepada Imran.
Imran pun meneguk air itu dengan sopan walaupun seharian tidak meminum air. Sambil itu, Kayla sempat menyumbang kata.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Narrativa generaleIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
