Episod 134

35 6 0
                                        

HARI itu, Kayla melawat Imran lagi di hospital di minggu yang berikutnya. Memandangkan dia cuti dan keluarga Faiq juga merancang untuk ke sana, lebih selesa Kayla di situ kerana dia akan ditemani.

Sudah seminggu Imran dalam koma. Rawatan pembedahan telah pun dilakukan. Namun, masih tiada tanda-tanda perkembangan. Imran masih terlantar sakit dan kaku di atas katil.

Ketika itu, Kayla sedang tenangkan diri di sebuah taman di hospital. Dia yang sedang duduk di bangku itu hanya termenung melihat seorang jururawat yang sedang menolak kerusi roda pesakit.

Keluarga Faiq pula sedang menjamu selera di kafeteria. Sengaja Kayla datang ke sini dengan alasan untuk berjalan-jalan. Walhal, dia masih memikirkan tentang Imran. Jujur, banyak soalan yang mahu dia kemukakan.

Pada kala mengelamun seorang diri, Mak Nab datang menemani.

"Kayla, kamu termenung pasal tu apa tu? Pasal Tuan Imran ya? " lembut sahaja wanita tua itu bertutur.

Kayla yang tersentak lantas tersengih.

"Eh, tak adalah. Terpukau tengok pemandangan di sini. Cantik je dengan warna hijau. Memang sesuailah kalau pesakit tenangkan diri di sini".

"Jadi, kamu jadi pesakit lah sekarang ni? " Mak Nab sengaja memberi gurauan.

"Orang tak sakit pun boleh jadi tenang, Mak Nab. Mak Nab pun mesti sukakan taman ni kan? ".

"Apa pula tak suka. Mestilah suka ! Dah lah luas, cantik, sama macam halaman rumah Mak Nab ".

"Wah.. Siapa yang design halaman rumah tu? " sengaja gadis 24 tahun itu ingin tahu.

"Tuan Imran" jawab Mak Nab perlahan.

Kayla terkedu.

"Dia suka dengan taman bunga. Lagi-lagi bunga mawar. Kamu pun tahu bunga tu ingatkan dia pada isteri dia. Dulu, dia pernah buat taman bunga kecil di belakang rumahnya dulu. Dia gembira sangat bila isteri dia suka. Tapi, sejak dia tinggalkan Melaka, taman bunga dia dah terbiar. Sekarang, semuanya jadi kenangan ".

Dalam hati, Kayla berasa terkilan. Tiba-tiba, dia teringat riak wajah Imran yang sangat sedih ketika itu. Pasti lelaki itu kecewa dengannya.

"Masa Pak Afi beli rumah ni, dia bagi keizinan untuk Imran hiaskan halaman rumahnya. Imran ni memang mahir tau dalam bab mereka-reka ni. Dia buat memang cantik. Dan akhirnya, tempat dijadikan sebagai tempatnya untuk tenangkan diri. Malah, tempatnya untuk berbual-bual dengan Pak Afi" terang Mak Nab lagi.

Kayla tersenyum. Padanlah Imran tidak memerlukan pereka landskap. Dia hanya ada pembantu dan penasihat sahaja.

"Imran ni, ada banyak bakat kan? " soal Kayla sekadar berbasa-basi.

"Banyak sangat, Kayla. Setakat ini yang Mak Nab tahu, dia pandai melukis, menyanyi, bermain muzik, memasak, berpuisi, berniaga, merawat orang pun dia pandai. Tak tahulah dia ada lagi bakat yang kami tidak tahu. Sebab, dia pernah mengembara selama 550 tahun. Hah.. Cuba kamu bayangkan... ".

Begitu tinggi Kayla mengaguminya. Tidak sangka ada lagi bakatnya yang Kayla tidak tahu.

"Jadi, semua perkara yang dia boleh buat hasil daripada pengalaman dia? ".

"Eh, mestilah. Macam-macam negara yang dia pergi, macam-macam benda yang dia hadapi. Mak Nab dia pernah bercerita semasa Mak Nab dan Pak Afi muda. Gaya dia cerita memang benar. Banyak barang-barang yang dia ada daripada pelbagai negara. Sampaikan kami pun rasa nak mengembara lama macam dia juga. Itulah untungnya orang yang ada umur panjang".

"Tapi, mesti dia juga banyak kali rasa kehilangan, kan? ".

Mak Nab tersenyum pahit.

"Betul, Kayla. Kawan-kawan dia sangat ramai. Tapi sayang, semuanya mendahului Tuan Imran. Sekarang ni kawan lama yang dia ada boleh kira dengan jari. Jadi, sebab itu dia semakin rasa sunyi. Dunianya tidak semeriah dahulu. Dia rasa yang seolah-olah... dunianya mati ".

550 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang