"HOI, apahal kau kacau anak dara orang hah! Tak ada otak ke?! ".
Pergerakan Hazarol termati di situ apabila seorang lelaki berseragam putih dan hitam berlari ke arahnya. Lebih mengejutkan lelaki itu memegang taser stick !
Apabila Hazarol tidak bergerak, Kayla pun mengambil kesempatan dengan menyembur air lada ke mata Hazarol. Biar pedih mata mamat tu!
"Arghhh!!! " jerit Hazarol sambil mengesat matanya yang sakit. Dia mengundur setapak ke belakang.
Lelaki yang berseragam putih itu semakin menghampiri. Meskipun lariannya laju, Hazarol sempat melarikan diri walaupun mata kepedihan.
Lelaki tadi berhenti di hadapan Kayla. Belum sempat nak pukul, lari dah jantan tu. Cis !
"Kamu ok tak ni? " soal lelaki itu kepada Kayla.
Kayla mengangguk sambil melepaskan lelah. Sebentar tadi dia baru sahaja bergelut dengan Hazarol.
"Lepas ni jangan parking lagi kat tempat macam ni. Bahaya ! Banyak dah kes perempuan kena ragut kat sini. Nasib baiklah pak cik perasan. Kalau tak, naya kamu".
Kayla sedar akan kecuaiannya itu. Seharusnya dia tidak boleh bersendirian di belakang rumah kedai. Dahlah senja. Orang pun jarang lalu. Di hadapannya pula hutan.
Semuanya disebabkan dia tidak dapat parking di hadapan kedai. Entah kenapa banyak pula kereta. Kalau dia tahu begini jadinya, lebih rela dia parkir di tempat yang sedikit jauh dari deretan kedai. Asalkan selamat.
"Baiklah pak guard. In sha Allah, tak parkir lagi kat tempat macam ni. Terima kasih selamatkan saya tadi" balas Kayla.
"Yalah, lepas ni baik kamu jangan jalan seorang diri. Er.. tapi, kamu kenal ke lelaki tadi? ".
Kayla terdiam. Seingat dia, Hazarol sepatunya meringkuk dalam penjara. Tetapi mengapa dia dilepaskan? Siapa pula yang berani lepaskan babun itu?
Kejap, adakah dia seekor babun yang memang terlepas daripada zoo? Isy, ini bahaya!
"Entahlah, pak guard. Tiba-tiba lelaki itu datang nak tarik saya bawa pergi. Tak tahulah pula apa niat dia. Tapi, saya bersyukur sangat pak guard lalu sini" terang Kayla.
"Isy, ini kes culik ni! Rasanya belum pernah lagi orang culik di sini. Kamu kena hati-hati lah lepas ni. Pak cik rasa orang itu mungkin tak puas hati dengan kamu. Biasalah.. Orang jahat kan? ".
Kayla berkerut dahi. Hazarol ada yang tak puas hati ke dengannya?
"Sebenarnya, lelaki tu ex boyfriend saya. Dari hari tu lagi dia cuba pujuk saya. Tapi saya tolak sebab saya tak suka dengan perangai dia. Tiba-tiba, dia nak berkasar pula! Tak fahamlah dia tu! ".
"Hmm.. Kebetulan, cerita kamu ni sama dengan cerita anak buah pak cik. Tapi dia lagi muda daripada kamu. Bekas kekasih dia pun tak pernah berhenti pujuk dia. Satu hari tu, dia culik adik pak cik iaitu ayahnya. Dia ugut bunuh ayahnya kalau anak buah pak cik tak nak kahwin dengannya " pak guard itu tiba-tiba hendak bercerita.
"Lepastu apa jadi? " Kayla ingin tahu.
"Anak buah pak cik terpaksalah kahwin dengan lelaki tu. Tapi, tak lama kemudian, lelaki tu kena tangkap sebab dia disahkan gila. Lepas seminggu ditangkap, nasib baiklah mereka bercerai".
Kayla menghela nafas lega.
"Anak buah pak cik macam mana sekarang?".
"Alhamdulillah, bahagia. Sekarang ni baru tamat pengajian. Lepas ni dia rancang nak berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya. Baik lelaki tu".

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Fiction généraleIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...