"TERIMA kasih tuan sebab tolong kami masa terlantar sakit " ujar Fayyad kepada Imran di dalam pejabat. Budin pun tersenyum tanda terharu.
Oleh kerana Imran adalah majikan, maka serta-merta panggilan ditukar kepada formal. Bukan lagi kau-aku.
"Eh, apa pula cakap macam tu? Saya yang patut minta maaf sebab langgar korang. Waktu tu saya tak pandang depan. Tak pasal-pasal buat awak berdua hampir hilang nyawa. Saya rasa bersalah sangat.. Sebab tu saya dermakan darah.. Alah.. Bukannya susah.. " balas Imran dengan prihatin.
"Tapi, tuan bukan setakat dermakan, tuan juga bayar semua bil hospital kami.. Kami hargai sangat pemberian tuan.. ".
Budin pula memberi isyarat, 'Betul-tu-Tuan'.
Imran tersenyum melihat Budin membuat isyarat. Rasa rindu itu masih tersisa walau sudah beberapa kali dia menatap.
"Ya.. ya.. Saya terima apa yang awak berdua kata.. Korang pun.. Macam mana? Kaki dah okey? ".
"Mestilah ok.. Kalau tak macam mana kami sampai sini. Kan Budin? " kening Fayyad terjongket.
Budin pun mengangguk.
Imran terkesima. Gayanya sama seperti Udin dan Fananni. Membuatkan kadang-kala Imran menganggap bahawa mereka dilahirkan semula.
"Ya tak ya, jugak? Lagipun tiga hari kamu cuti. Mestilah dah banyak rehat? Tapi saya nak tanya, awak berdua nak ke mana sebelum dilanggar tu? " Imran ingin tahu.
"Oh.. Saya, Budin dan Kayla nak pergi makan sama-sama. Tapi kedai tu tutup. Kitorang tak jadilah nak pergi. Tiba-tiba, ada peragut ambil telefon saya. Budin pun kejar, saya yang gelabah. Haa.. Kami pun berlari sampai ke tengah jalan ".
"Lepas tu? ".
"Lepas tu, Budin pun terkam peragut tu dari belakang. Kitorang tak perasan ada kereta tuan menghala ke sini. Itulah pelik bila peragut tu lepaskan macam tu je. Lepas Budin dapat balik telefon tu, baru saya perasan ada kereta tuan. Kitorang yang tak sempat elak pun.... dilanggar" terang Fayyad.
Muncul semula rasa bersalahnya. Kalau Imran tidak menyembamkan muka ke stereng, pasti dia sempat menekan brek.
"Alah, tuan jangan serba salah pulak. Kitorang dah selamat pun lah. Siap datang kerja lagi" Fayyad sengih.
Imran kembali senyum. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Imran pun meminta diri untuk menjawab. Selepas itu, Fayyad dan Budin pun mengambil ruang untuk melilau sekeliling pejabat.
"Psst.. Budin, cantik kan bilik tuan ni? Macam eco-friendly " bisik Fayyad kepada sahabatnya itu.
Budin turut mengiyakan pendapat Fayyad. Benar, memang cantik. Pejabat ini ada dua bahagian.
Bahagian kanan, tempat mereka duduk. Ada meja kerja, tiga kerusi dan sebuah rak di belakang. Namun, pokok bunga mawar kecil berwarna putih menarik perhatian mereka.
"Eh, baru aku perasan ada bunga cute kat atas meja. Tak sangka pulak tuan suka bunga mawar. Hik hik" Fayyad bisik lagi.
Bahagian kiri, tempat Imran sedang menjawab panggilan. Di situ lebih kepada ruang untuk bersantai. Ada dua buah sofa kecil dan sebuah sofa sederhana berwarna hijau. Ada juga beberapa pokok hiasan dan meja bulat yang kecil. Juga tingkap sebesar dinding.
Sedang Imran sibuk dengan panggilannya, Budin tidak melepaskan peluang untuk menikmati suasana sederhana di bilik yang dingin ini. Ruangnya cukup elegen. Tiba-tiba, matanya tertancap pada salah satu ruang di rak tersebut.
Di sebalik fail yang tersusun, ada sesuatu yang menarik perhatian Budin. Ada gambar seseorang di sebaliknya.
Budin menoleh ke Fayyad. Kelihatan jejaka itu sedang sibuk termenung di sebelah kiri. Agaknya masih belum puas menatap ruang kiri yang serba hijau itu. Manakan tidak kerana Fayyad sendiri pencinta alam sekitar.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Ficção GeralIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...