FIKIRAN Kayla semakin kusut memikirkan hal semalam. Benarkah apa yang dikatakan remaja perempuan itu? Tak mungkin Imran seorang yang tergamak menodai perempuan. Walhal Imran sendiri jarang mendekati perempuan.
Kecuali Kayla. Itupun bukan selalu. Imran masih menjaga batasnya terhadap Kayla. Walaupun pernah sekali tersilap langkah.
Paparan skrin komputer direnung bagai nak tembus. Nampaknya dia semakin bosan melakukan pekerjaan. Tetapi, apa boleh buat kalau ini adalah sumber pendapatannya?
Semalam, mereka bertiga betul-betul tercenang saat nama majikan diseru remaja yang tidak dikenali. Masing-masing tertanya-tanya bagaimana budak tidak cukup umur itu boleh mengenali Imran ?
Dia juga malah menunjukkan mukanya di telefon pintar. Itu pun sukar untuk dipercayai lagi.
Hampir lebih satu jam mereka berada di kafe. Sambil menikmati makanan malam, otak mereka bertiga ligat berfikir bagaimana hendak selesaikan masalah ini.
Sudahnya, Kayla menghantarnya pulang ke rumah. Kayla dan dua sahabatnya berjanji yang mereka akan menyiasat.
Dah jadi arkitek, jadi penyiasat pula. Oh lupa pula Kayla juga sedang menyiasat identiti Imran yang mungkin tidak masuk akal. Tiba-tiba, ada khabar angin lain pula. Isy.
Tiba-tiba, telefon Opahnya bergetar. Menandakan ada notifikasi yang baru masuk. Kayla yang tidak tahu mahu lakukan apa terus membukanya.
Rupa-rupanya daripada grup whatsapp. Daripada Imran sendiri dalam grup rasmi TidH.
Imran
In one week, you guys will get the new CEO. So, don't ask and wonder why I won't show up after that one week.
Mata Kayla terbeliak.
"Biar betik bos aku nak pindah ???!!! ".
Kayla pasti pekerja lain juga akan memberi reaksi yang sama sepertinya berkenaan maklumat yang mustahil. Tak mungkinlah secepat itu ! Imran baru lima tahun di sini.
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
BAMMMMM !!!
Tanpa ribut, tanpa tsunami, tiba-tiba Faiq menyerbu pejabat Imran dengan begitu sahaja. Wajahnya seakan marah.
Imran yang berada di meja kerjanya kekal bereaksi seperti biasa walaupun hatinya sakit dengan tingkah laku Faiq secara tiba-tiba.
"Kau tak reti ketuk ke, Faiq ??? " jerkah Imran.
Namun Faiq langsung tidak gentar meskipun pundi kencingnya hampir longgar. Dia tidak berpuas hati dengan mesej Imran tadi.
"Are you serious, Imran ? Kenapa kata macam tu ? " soalan Imran dibiarkan tergantung.
"Jawab soalan aku dulu, Faiq ! " tegas Imran membalas sambil menyilangkan tangan ke dada. Terbantut kerjanya di komputer seketika.
"No, I don't care about it ! Soalan saya lagi penting. Kenapa nak adakan CEO baru? Tuan nak pergi ke mana lepas kerja sini? " bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Faiq.
Imran mendengus geram. Tangannya mengepal penumbuk pula. Ikutan hati sekarang juga mahu melakukan aksi bertumbuk ini. Faiq menyibuk sangat dah kenapa?
"Faiq, kau rasa aku ni handle TidH je ke? ".
"Kenapa tak pula? Ya, saya tahu company tuan banyak. Tapi, bukan ke semuanya dah diuruskan? Semuanya dah ada penjaga. Sekarang kenapa nak beralih pula? ".
Tanpa Imran, tak mungkin TidH boleh maju lagi ke hadapan. Kerana dia sememangnya pakar. Kemelut mungkin berlaku jika ketiadaan Imran. Sebab itu Faiq bertanya. Dia terlalu khuatir dengan masa hadapan TidH.
ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Ficção GeralIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...
