Episod 85 - H

29 2 0
                                    

Tahun 2022

IMRAN tersedar dari lamunan silamnya. Dia bangun ke alam realiti. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Baru dia teringat yang mana di hadapannya terdapat sepotong kek yang sederhana saiznya.

Kek itu berwarna hijau muda yang berperisa matcha. Isi kek itu berwarna putih. Bermakna luarnya rasa matcha, dalamannya rasa vanilla. Pasti rasanya manis.

Tapi tidak semanis wajah Imran. Wajahnya kosong.

Di dalam biliknya sendiri, keadaannya sangat gelap. Hanya dibekalkan cahaya bulan dari tingkap.

Gelap dan dingin. Hanya disinari cahaya dari sebatang lilin putih yang elok terpacak di atas sepotong kek matcha itu.

Tiba-tiba, Imran menyanyi.

"Allah selamatkan kamu... ".

"Allah selamatkan kamu... ".

"Allah selamatkan Indra Sujiwa.... ".

"Allah selamatkan kamu~.... ".

Sejurus selepas itu, lilin itu pun ditiup Imran. Kini, bilik Imran telah gelap sepenuhnya. Suasana pula masih sepi seperti di tanah perkuburan.

Dalam kegelapan pun, Imran mencapai remote control di atas meja bersebelahan dengan kek. Barulah biliknya menjadi terang-benderang.

Kelihatan Imran yang duduk di atas sofa coklat cerah dan masih menatap kosong ke arah kek tadi.

Tiba-tiba pula, mulutnya tersenyum. Namun, matanya menyimpan 1001 kesedihan. Dia terus termenung, entah apa lagi yang difikirkan. Kenapa dia perlu bersusah-payah membuat kek ini pada larut malam jika hanya untuk ditatap?

Setelah lama termenung, dia pun berkata.

"Sedar tak sedar, umur aku dah 572 tahun. Aku dah makin tua, tapi jasad aku masih muda... ".

"Tuan Masdur, mengapa begini tuan lakukan pada saya? Apa motif tuan? " soalnya sendiri merujuk kepada orang yang memberinya penawar luka bahkan dirinya menjadi abadi sehingga kini.

Tangan kanan Imran yang bersih, terus menggenggam kek matcha itu lalu disuakan ke mulut. Habis bibirnya comot, terkena tempiasnya.

Imran menyunyah kek itu seperti dipaksa. Ditelannya terus, seolah-olah sedang menelan kepahitan realiti hidup. Sambil itu, air mata jantannya turut gugur, mengenang memori yang lara.

Jika masa dapat diputarkan kembali, dia tidak akan pergi ke Pulau Besar itu semata-mata mencari tumbuhan yang dikatakan istimewa. Hakikatnya, usahanya sia-sia. Malah, itulah detik-detik terakhirnya sebelum kehilangan permatanya.

Dia sangat menyesal dengan keputusan itu.

Sehingga hari ini, tiada siapa pun yang tahu bila tiba hari lahirnya termasuk Pak Afi. Rahsia itu kekal rapi dalam diri Imran. Sejujurnya dia tidak suka dengan hari jadinya kerana pada 550 tahun yang lepas, itulah hari terakhirnya bergembira dengan sahabat-sahabatnya. Selepas itu, satu persatu badai yang melanda.

Sepatunya Fannani berkahwin dengan seorang perempuan yang kuat membebel supaya hidupnya tidak sunyi. Namun, dia meninggal pada usia muda kerana fitnah orang.

Sepatutnya Udin dapat membawa mereka bertiga menunaikan haji dan umrah di tanah suci selepas kepulangan ibu bapa Fannani. Kemudian selepas itu dia akan mencari calon isteri. Namun, Fannani meninggal selepas beberapa bulan itu. Bahkan hubungannya dengan Udin semakin berakhir.

Sepatutnya Mawar sudah dikurniakan seorang anak yang soleh atau solehah. Malangnya impian itu hancur kerana kebodohannya sendiri. Sejak dari itu, Mawar disahkan mandul.

550 TahunWhere stories live. Discover now