Episod 89

33 3 0
                                    

TIGA hari kemudian, Kayla perlu menghadiri mesyuarat mengenai pelan bangunan hotel. Oleh itu, dalam perjalanannya ke bilik mesyuarat yang tersedia di hotel lagi Kayla memeriksa setiap helaian kertas. Semuanya mengandungi lukisan pelan bangunan dan beberapa maklumat terperinci mengenai ciri-ciri binaannya.

Dalam perjalanannya juga, jantung Kayla berdetak kencang. Dialah satu-satunya manusia dari TidH yang menghadiri mesyuarat. Ahli yang lain semuanya klien yang terdiri daripada lapan orang. Kayla bimbang sekiranya hasil rekaannya dikritik.

Namun, setelah dua hari Imran memberitahu Kayla tentang maklumat tradisi Minangkabau itu, Kayla menjadi yakin. Mesyuarat itu hanya membincangkan gambaran awal hotel. Oleh itu, hanya Kayla satu-satunya arkitek di syarikatnya yang perlu ke situ.

Imran pula ada kerja penting yang harus dilakukan.

Daun pintu pun dipulas perlahan oleh Kayla. Dengan lafaz bismillah, Kayla masuk. Eh, sejuk benar suhu di bilik ini. Negatif berapa ya agak-agak?

Kayla terkaku sebentar melihat mata-mata yang memandangnya. Kayla hanya tersenyum kecil.

"Err, maaf lambat" ujar Kayla.

"It's okay, miss. You may sit here" balas seorang wanita yang berambut merah. Dia menyuruh Kayla supaya duduk di sebelahnya.

Kayla pun menurut. Meja itu bujur. Di kiri Kayla ialah wanita berambut merah tadi dan Kayla berada paling tepi. Di kanan Kayla ialah seorang pengurus. Rambutnya beralun dan berwarna kuning.

Tak faham Kayla. Kenapalah perlu diwarnakan rambut. Warna-warni pula tu. Buatnya, Kayla sahaja yang memakai tudung.

Lapan orang itu terdiri daripada empat orang wanita dan empat orang lelaki. Baru Kayla perasan ada seorang wanita yang mengenakan hijab. Nampak seperti ada gaya penyanyi Yuna. Hmm, sekurang-kurangnya adalah juga wanita yang berhijab.

"So, shall we start our meeting? " kata perempuan yang berambut kuning tadi.

Mereka semua termasuk Kayla mengangguk.

"Jadi, you guys tahu kan hari ini kita akan lihat gambaran awal bagi bangunan bakal hotel kita daripada Miss Kayla. Seterusnya, kita semua akan mendengar penerangan Kayla tentang rekaannya. Kemudian, I nak korang beri pendapat tentang design Kayla. And the last one, I akan putuskan adakah design Kayla boleh diguna atau tidak. Setuju semua? " ujar perempuan tadi.

Mereka pun bersetuju.

"Oh, I lupa nak kenalkan kita semua kepada ".

Ye, itulah yang Kayla tertanya dari tadi.

"So Kayla, My name is Salsabila. You can call me Cik Ella " ujar wanita berambut kuning tadi.

Kayla mengangguk. Kemain dia punya panggilan.

"Di sebelah kiri you, namanya Jamilah. You can call her Cik Amy " ujar Cik Ella kepada wanita berambut merah tadi.

Kayla menoleh lalu memberikan senyuman. Amboi dia punya nama. Mujurlah Kayla sudah pandai menahan gelak. Wajahnya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda nak tergelak.

"Di depan you, Kayla. Namanya Fakhri dan sebelahnya Saleem ".

Senyuman yang sama Kayla berikan. Nama lelaki elok pula.

" Dua perempuan di sebelah Saleem tu Saodah and you call her Miss Sya. Dan yang berturban tu namanya Junaidah and you can call her Madam Yuna. Yeah, dia satu-satunya ahli yang sudah berkahwin ".

Kayla hanya tersenyum lagi. Sabar Kayla, nak gelak kat dalam bilik. Bukan kat sini. Tetapi bagaimana Madam Junaidah boleh dipanggil Yuna? Hm, mungkin dia rasa gayanya seperti Yuna.

550 TahunWhere stories live. Discover now