IMRAN masih tidak percaya dia sedang berbual dengan Tuan Masdur di meja makan. Dalam rumahnya sendiri. Dia juga terbungkam apabila Tuan Masdur menyatakan bahawa dia sukakan makanan moden.
"Kalaulah kita kembali di zaman silam, pasti makanan ini sukar didapati. Hanya golongan berada yang dihidangkan makanan mewah ini! " ujar Tuan Masdur yang sedang menjamah asam pedas.
Imran hanya senyum.
"Sekarang makanan ini mudah didapati walau di hadapan rumah. Tuan hanya perlu membeli. Kalau dahulu, kitalah yang perlu mencari bahan-bahan sendiri. Malah ayam juga perlu disembelih sendiri" balas Imran.
"Ya, tepat sekali! Dunia moden ini terlalu senang. Segalanya boleh dicari dengan mudah" balas Tuan Masdur pula.
"Tetapi, satu benda je yang susah dicari pada zaman ini" celah Imran.
Tuan Masdur berkerut dahi.
"Akhlak mulia seseorang".
"Kenapa itu sukar dicari? ".
"Zaman sekarang ramai orang tiada akhlak. Tuan mungkin melihatnya seperti orang baik, tetapi dalam daging ada duri. Khianat pula dijulang tinggi. Ini mungkin menjadi pertanda kiamat mungkin menghampiri ".
Tuan Masdur terdiam mendengar kata-kata itu.
"Selama saya hidup di bumi ini, bermacam-macam perangai manusia yang saya temui. Seperti tuan juga, saya sudah arif dalam mengenali hati seseorang berdasarkan raut wajah. Pengalaman beratus-ratus tahun itu membuatkan saya terbiasa dengan manusia yang bersifat malaikat dan iblis " terang Imran.
"Wah, akhirnya kau berjaya menghabiskan waktumu dengan merantau! Aku kagum dengan kau, wahai Indra! Malah kau juga masih bersifat anak Melayu! " puji Tuan Masdur.
Imran tersenyum lagi. Sebenarnya, dia sedikitpun tidak berasa bangga.
"Seperti kata Laksamana Hang Tuah, tak Melayu hilang di dunia. Pergilah saya ke beribu-ribu tempat, Melaka juga yang saya ingat. Saya tidak pernah pun melupakan tanah air saya walaupun sekali".
Sekali lagi Tuan Masdur berasa kagum.
"Syabas, Indra! Adakah seluruh dunia telah kau kembara? ".
Imran mengangguk.
"Ya, tuan. Hampir ke setiap ceruk saya bermalam. Negara terakhir yang saya pergi ialah Indonesia. Ataupun dahulunya pernah dikenali sebagai kerajaan Majapahit. Tempat kelahiran saya dahulu".
"Oh, jadi kau bukan orang Melaka? ".
"Pada dasarnya bukan. Tetapi, disebabkan saya membesar di Melaka, saya merasakan bahawa saya lahir di sini. Malah, jiwa saya lebih dekat di sini".
Tuan Masdur mengangguk lagi.
"Aku cukup berbangga dengan pencapaian kau! Kau sudah berjaya menyahut cabaranku yang dahulu. Suatu hari nanti, akanku beri kau ganjaran" Tuan Masdur tersenyum.
"Ganjaran? Tuan tidak bercerita pun tentang ini? ".
"Ya, aku lebih ingin menilai dirimu. Sekarang kau sudah buktikan semua. Lihatlah rumah kau. Banyak sungguh hiasan. Aku rasa hiasan itu bukan dari Tanah Melayu. Itu, pasu itu seperti dari negara lain " Tuan Masdur menunjukkan pasu porselin putih yang berada di hadapan mereka di tepi peti sejuk.
"Oh, pasu porselin itu dari China. Ketika itu saya belajar cara untuk membuat pasu itu dari seseorang. Sangat seronok ketika belajar dengannya. Sebelum saya tinggalkan China untuk ke Jepun, saya tinggalkan pasu itu di rumah saya di sana. Saya minta seseorang untuk menjaga rumah itu sampailah keturunannya yang ke-10 " terang Imran.
YOU ARE READING
550 Tahun
Fiction généraleIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...