PAK JEFRI bergegas ke hospital apabila mendapat khabar buruk Imran daripada Salwa semalam. Wajah lelaki 70-an itu kelihatan berkerut kerana risau yang teramat. Peluh pula merecik di dahi sepanjang perjalanan.
Dia yang sudah mendapat keizinan melawat itu terus menerjah masuk ke dalam bilik Imran. Pak Afi dan Doktor Zaidi agak terkejut dengan kehadiran lelaki tua yang memakai flat cap.
"Ya Allah, Ikhwan ! " Pak Jefri menyebut antara nama lama Imran.
Pak Afi dan Doktor Zaidi berdiri dan mendekati Pak Jefri.
"Abang Jefri? Macam mana abang tahu? " soal Pak Afi.
"Anak angkat aku dapat tahu daripada Kayla. Aku dah lama tak tengok Ikhwan. Aku tak sangka dia sanggup buat macam ni.. " mata Pak Jefri kelihatan berkaca.
"Abang ada anak angkat? " Doktor Zaidi mengerutkan dahi.
"Ya, aku ada anak angkat perempuan. Sekarang, dia tengah tunggu di luar dengan kawan lelaki dia. Aku punyalah risau bila dapat berita ni. Aku tak boleh tidur semalam. Kenapalah korang tak beritahu aku ! ".
"Maafkan aku, bang. Aku tak ada nombor telefon kau. Aku pun tak nak kau risau sebenarnya.. " balas Pak Afi sambil mengusap lengan Pak Jefri.
"Kawan manalah tak risau bila dapat tahu dia cuba bunuh diri. Hari tu, dia dah hantukkan kepala kat rumah aku. Apa dah jadi sebenarnya ni? " Pak Jefri menjadi resah.
"Abang Jef, kita duduk dulu. Nanti kami berdua beritahu" pinta Doktor Zaidi.
Pak Jefri lalu duduk di kerusi bersebelahan katil Imran. Dia mengusap jari-jemari lelaki yang sedang koma itu. Doktor Zaidi dan Pak Afi pula mengambil tempat duduk masing-masing.
Dua lelaki itu menceritakan segala apa yang telah berlaku pada Imran. Bermula dengan penyakit mental Imran, fitnah yang tersebar ke atasnya dan cubaab Imran mengakhiri hidupnya dengan cara yang tragis.
Sepanjang penceritaan mereka, tidak henti-henti lelaki 70-an itu menitiskan air mata jantannya. Dia begitu sedih dengan nasib Imran.
"Aku paling rindukan dia. Dia dah selamatkan nyawa aku dulu. Aku juga pernah jadi antara peminat dia. Tapi, kenapa dia rasa semua orang tak sayangkan dia? " keluh Pak Jefri.
"Sabarlah bang. Jiwa Imran memang dah tak kuat. Hatinya dah rapuh. Dia dah dikecewakan. Bukan setahun dua, tapi dah beratus-ratus tahun, bang. Tengoklah betapa kuatnya Imran. Kalau kita yang jadi dia, belum tentu kita dapat bertahan selama itu " balas Pak Afi.
"Sewaktu saya beritahu jenis penyakit dia, dia tidak boleh terima. Menangis saya tengok. Dia kata dia pernah cuba untuk dapatkan rawatan, tapi dia sendiri yang selalu batalkan temujanji saya dengan dia. Saya sebenarnya dah boleh agak akan jadi macam ni. Hari pun saya baru dapat tahu daripada rakan doktor yang Imran tengah dirawat" ujar Doktor Zaidi pula.
Mereka bertiga merenung tubuh yang terlantar sakit. Luluh hati mereka melihat keadaan Imran yang sangat menyedihkan. Di antara mereka, Pak Jefri yang paling sedih. Dia khuatir insan yang dia kagumi itu akan pergi buat selama-lamanya. Dia sangat takut.
"In sha Allah, saya tahu Imran kuat. Dia pasti akan sedar. Saya yakin sangat" kata Pak Afi.
"Macam mana abang tahu? " soal Doktor Zaidi.
"Separuh hatinya masih ada di dunia ni. Walaupun dia selalu kata dia lebih rindukan zaman silam, tapi di zaman ini juga dia diberi peluang kedua ".
"Peluang kedua untuk apa? " soal Pak Jefri pula.
"Dia dapat berjumpa dengan tiga orang yang serupa dengan tiga sahabatnya dahulu. Mawar, Udin dan Fannani. Tiga wajah itu, ada di zaman sekarang" balas Pak Afi.
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...