DALAM sebuah bilik yang malap, dua orang lelaki sedang bertemu. Seorang sedang berdiri, manakala seorang lagi duduk menghadap komputer.
Di sebelahnya, ada sebuah kerusi. Namun lelaki yang berdiri tetap memilih untuk berdiri kerana dia tidak senang duduk. Mana mungkin dia bisa tenang tatkala jiwa sekali lagi diasak kerunsingan.
"Hadi, kau periksa laman web syarikat aku. Cuba kau cari puncanya".
"Kejap, saya cuba cari" jari-jemari Hadi laju menekan papan kekunci. Matanya dikecilkan supaya fokusnya dikekalkan.
Imran pula semakin gusar. Entah makhluk mana yang datang nak buat kacau. Kalau berjumpa, siaplah Imran kerjakan. Lagipun, dia sudah lama tidak membelasah orang.
Hadi pula tekun mencari maklumat penting mengenai isi ini. Sebelum Imran datang berjumpa dengannya lagi dia sudah maklum daripada rakan setugasnya.
Masa yang diambil sangat lama sehinggakan Imran penat berdiri. Dia pun duduk dan menatap skrin komputer Hadi. Di situ terdapat banyak kod-kod nombor untuk mengakses maklumat sulit. Itulah asas untuk menggodam.
Badan Hadi pula sudah berpeluh. Pelaku itu terlalu licik sehingga Hadi tidak sempat menangkap. Segalanya berlaku dengan pantas.
"Maafkan saya, tuan.. Hacker ni terlalu licik. Saya rasa saya bukan lawannya.. " ujar Hadi dengan nada kesal.
Imran mengerutkan dahi. Takkanlah Hadi penggodam terhebat juga tidak mampu menumpaskan penggodam lain?
"Tak apa, tuan. Saya cuba lagi. Mungkin ada tersilap langkah sewaktu isi kod nombor. Takpun.. ada langkah yang saya terlepas. Saya cuba lagi.. ".
"Cuba sampai dapat " pesan Imran sambil menatap skrin komputer Hadi.
Hadi menurut. Dia pun mencuba lagi mengesan jejak pelaku yang menyebarkan video tidak senonoh itu.
Dalam hati, Imran mengesyaki bahawa ada seseorang yang menjatuhkan kedudukan Imran. Mungkin pesaing daripada syarikat lain? Entah bagaimana wajah Hazarol yang Imran bayangkan.
Dengar khabar, lelaki itu masih diburu oleh pihak berkuasa. Semua pihak seperti polis, JPJ, pertahanan awam, tentera dan lain-lain sudah berpakat untuk memburu Hazarol. Agaknya di mana lelaki itu sedang menyorok.
Gudang mereka pula dikatakan telah digeledah dan malangnya semuanya kosong. Seolah-olah tidak berpenghuni. Dalam hati Imran mahu menjerit. Dengan begitu mudah lelaki itu melarikan diri dengan orang lain yang terlibat.
Zarif pula masih tidak dapat dihubungi. Itulah yang paling mereka risaukan sekarang. Harapnya nasib lelaki itu baik-baik sahaja.
"Tuan, saya dah tahu kat mana pelaku tu ! "
"Hah, mana ? " Imran tersedar dari lamunan.
"Daripada syarikat tuan sendiri. Cumanya, saya tak pasti siapa orangnya.. ".
"Apa ?! Dalam syarikat aku? Kau ni biar betul, Hadi ? Kalau tak, dah lama aku boleh detect " Imran sungguh tidak percaya.
"Betul tuan, saya dah tengok sistem TidH. Tanda merah ditunjukkan di sini. Nampaknya, memang ada musuh dalam selimut. Tuan pun pernah terfikir kan ada musuh dalam TidH? ".
Imran meneguk liur. Ternyata sangkaannya benar-benar berlaku. Malah, dia tidak sangka ada di dalam kalangan pekerjanya yang sanggup mencemar imej dirinya.
Lantas Imran mendengus, "Hadi, sekarang ni kau cuba pula cari siapa orangnya. Kalau dah dapat, periksa latar belakang dia. Lepas kau dah selesai, hantarkan maklumat penting tu pada aku ! ".
"Baik, tuan" Hadi menurut. Nampaknya angin Imran menjadi buruk. Tentu dia sangat marah.
🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰
YOU ARE READING
550 Tahun
Fiksi UmumIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...