"WEH Syanis, suami kau bagi ke lepak dekat mall ni? " soal Kayla dengan ragu-ragu apabila Syanis menyuarakan hasrat untuk ke sini selepas mereka makan tengahari tadi.
"Aku dah call dah masa kat luar tandas tadi. Dia kata ok kalau kau teman. Dah, jomlah kita pergi kedai yang jual syampu. Syampu kat rumah dah habis ni" Syanis sengih.
Kayla pun menurut. Sudahlah dia takut diperhatikan seseorang. Dia pun berdoa agar tidak diperhatikan sesiapa.
"Jom masuk kedai Watsenah. Aku dengar banyak brand yang bagus " cadang Syanis apabila mereka berhenti di hadapan kedai tersebut.
"Kau nak cari syampu brand apa? Jenama Reject ke? " soal Kayla.
"Bukan Reject lah. Rechoice kot. Alah, carilah yang local brand punya. Selamat sikit".
"Hah, jomlah. Aku tak nak lama-lama ".
Mereka berdua pun masuk ke dalam. Ramai juga orang yang datang. Mujurlah Watsenah ini luas. Kayla hanya mengikuti jejak Syanis kerana dia tidak tahu mahu beli apa di sini.
Mereka pergi dari satu rak ke satu rak yang lain. Tetapi kaki mereka tidak pernah letih. Sambil memilih barang, sempat juga berbual berkenaan produk yang dilihat.
"Weh Syanis, Safi Select tak nak ke? " soal Kayla apabila merasakan Syanis ini agak cerewet. Macam-macam jenama yang dikutuk. Mujurlah pekerja Watsenah tidak perasan.
"Eeii.. Tak nak lah. Sepupu aku pernah try tau. Sekali rambut dia gugur lebat. Nasib baik tak botak weh! Doktor ada suggest beli satu produk ni. Itulah yang aku nak cari " balas Syanis sambil membelek-belek botol syampu kelas pertama.
Kayla meletakkan kembali syampu Safi Select itu. Haih, dah 10 produk dia cadangkan tetapi semua kena tolak.
"Hah! Jumpa pun !!!!! " tempik Syanis. Orang-orang yang berdekatan memandang mereka.
"Bisinglah mak cik! " Kayla separa berbisik. Isy, kat sini pun nak jerit.
Kayla pun melihat syampu yang dipegang Syanis. Hmm.. Penutup botolnya berwarna biru. Manakala badan syampu itu berwarna putih.
"Itu bukan syampu Head and Shoulders ke? Aku dengar jenama ni pun tak elok. Kata boleh hilangkan kelemumur. Tapi makin parah adalah.. " tegur Kayla.
"Isy, bukan Head and Shoulders lah! Ini jenama tempatan. Kepala dan Bahu! Inilah jenama paling baik tau tak? Syampu ni bukan setakat melebatkan rambut, tapi buat rambut kau wangi je sampai tiga hari " balas Syanis.
"Oh haahlah. Brand lokal. Tapi syampu aku belum habis lagi. Nantilah aku beli. Kalau kau dah cuba syampu ni cerita lah kat aku".
"Ye.. Nanti semua produk yang aku pakai akanku review pada kau. Okey, aku bayar dulu lah ".
"Hah, jom".
Mereka berdua pun ke kaunter bayaran. Semuanya ada empat barisan. Tetapi keempat-empat barisan itu penuh dengan pelanggan. Bukan main panjang mereka beratur. Hal ini menyebabkan Kayla tidak jadi teman Syanis membayar.
"Err.. Syanis. Aku nak tengok minyak wangi jap. Bau aku ni kepam lah" Kayla sengih.
"Alah, tak nak teman tu cakap jelah. Bukannya aku beli 10 barang" Syanis mencebik.
"Hehe.. Gerak dulu" bersama sengihan, Kayla pergi.
Kayla pun berjalan dan mencari rak untuk minyak wangi. Padahal dia bukan hendak membeli. Hanya melihat-lihat sahaja. Akhirnya dia berhenti pada rak berkenaan khas untuk jenama Sukma.
Wah, ini jenama terkemuka dan tempatan! Kayla mengambil sebotol minyak wangi yang berbentuk jam pasir. Malah ada juga untuk saiz poket.
Kayla menghidu baunya. Wah, bau bunga cempaka. Macam bau sebenar. Langsung tidak rasa pening.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
Fiksyen UmumIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...