Imran's POV
AKU masih berada di dalam kegelapan yang sama. Bezanya kini aku berada di hutan belantara. Cukup sunyi dan sepi. Malah bunyi-bunyi serangga juga tidak kedengaran. Hanya daun kering yang ku pijak menemani kesuraman.
Di sekeliling ku semuanya pokok-pokok yang tinggi dan mati. Yang paling aneh tiada satu pun daun yang tersisa. Semuanya tinggal batang dan ranting. Tidak lupa juga kabus di serata tempat.
Aku berjalan dengan lurus. Sekalipun tidak aku terkapai-kapai mencari petunjuk jalan. Kakiku seolah-olah tahu di mana harus ku tuju. Kaki ini setia berjalan, sehingga terjumpa satu susuk di hadapan.
Aku tergamam. Kali ini aku terjumpa lagi seseorang yang aku cukup kenal. Dia bukan sahabat-sahabatku, tetapi musuh ketatku. Setelah sekian lama berpisah, tidak ku sangka dia muncul di alam ini.
Dia ialah Hazril. Orang yang menyebabkan aku kehilangan semua insan yang aku sayang.
Hazril masih sama seperti dahulu. Daripada pakaiannya seperti seorang bangsawan, sehinggalah senyuman sinisnya kepadaku.
Aku tidak hairan dengan penampilannya yang serba hitam. Daripada tanjak, baju Melayu, keris yang tersisip,samping bercorak sehingga capal kulitnya. Malah bibirnya gelap. Tidak ubah seperti syaitan.
Ya, dia memang syaitan.
Aku hanya tajam menatap anak matanya yang berbentuk seperti anak mata kucing. Dia bukan lagi Hazril yang selalu ku lihat beratus-ratus tahun yang lepas. Tetapi dialah Hazril versi seram yang pernah ku bayangkan.
Dia masih tersenyum menyeringai. Menampakkan barisan gigi taringnya seperti jin harimaunya. Itulah susuk yang aku lihat sebelum aku bertempur dengannya dan terjadi peristiwa aku di gua Tuan Masdur. Susuk itulah yang bertukar menjadi harimau.
Malah susuk itu juga yang aku terlihat di sebalik semak belukar. Ketika aku baru sahaja kehilangan Mawar dalam hujan yang lebat. Aku ternampak ia tersenyum menyeringai. Seperti wajahnya sekarang.
"Heeeee..... " halus dan garau suaranya menyapa telinga.
Aku sedikitpun tidak berasa gementar. Malah amarah yang pernah aku pendam muncul kembali. Kalau di alam nyata, sudah lama aku memancungnya lagi.
"Sepatutnya kau mati dibaham jin aku. Sama seperti isteri kesayangan kau.. " dia mula membakar amarah aku.
Mataku masih tajam menatapnya. Tidak pernah beralih walau sesaat.
"Tapi... Nasib kau sangat baik. Umur kau masih dipanjangkan, bukan? ".
"Sekurang-kurangnya, aku tidak perlu melihat kau lagi ! " nafasku turun naik setelah berkata.
"HAHAHAHAH " bergema hilaian tawanya di dalam hutan ini. Nampak seperti senang menyindirku.
Tanganku mengepal penumbuk. Tipulah kalau aku sudah memaafkan insan terkotor itu. Aku masih bencikan dia !
"Apa kau yakin hidupmu bahagia selepas aku pergi? " dia menyoal dengan sinis.
Sedikit demi sedikit dia menghampiriku yang bersedia untuk menumbuknya.
Kemudian, mata kami berlaga.
"Aku tahu hidup kau lebih menderita setelahnya" halus suaranya berbisik.
"DIAM ! " aku menumbuk pipinya. Namun apa yang terjadi adalah dia menghilang seperti debu.
Aku berpusing depan dan belakang. Mencari kelibat bedebah itu. Namun semuanya kelam. Apatah lagi kehadiran kabus menyukarkan pandanganku.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...