Episod 126

21 6 0
                                    

KEESOKAN harinya, Imran terus bergegas ke Restoran Ijo Shokuji sebaik sahaja pukul lima petang. Kerjanya pun tidak banyak, jadi dia ada banyak masa untuk 'menyelesaikan' Lim Young Woo.

Dengan selambanya Imran menaiki tangga lalu menuju ke tingkat 10. Dia terus mendaki tanpa sedikitpun rasa lelah kerana amarahnya diutamakan.

Di situ adalah tempat memasak. Tukang-tukang masak di sana begitu terkejut dengan kehadiran Imran secara tiba-tiba dengan berpakaian kemas. Tanpa menoleh, Imran hanya fokus memandang ke arah langsir hitam yang berada di hujung.

Langsir hitam diselak dengan kuat. Di situ ada ruangan yang gelap membawanya ke satu lagi tangga. Imran menaiki tangga itu dan tiba di hadapan pintu yang dikawal dengan Retina Scanner.

Alat canggih itu terus mengesan identiti Imran melalui anak matanya. Automatik pintu itu terbuka dan Imran meluru masuk ke dalam mencari kelibat Young Woo.

"YOUNG WOO ! MANA KAU ?! " tempik Imran apabila didapati lelaki itu tiada di dalam bilik.

Imran terus mencari di bawah meja dan di tepi rak. Bilik hitam itu sangatlah sempit. Mana mungkin lelaki Cina itu ada di situ.

Imran yang terlalu geram terus menendang meja kerja Young Woo. Mujur sahaja meja itu kebal.

"Kau tengah bersuka-ria kan sekarang ni ? " Imran mendengus geram. Kalau budak itu ada di depan mata, Imran tidak akan teragak-agak untuk membunuh lelaki itu.

Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang berpakaian cef muncul di muka pintu. Riak wajahnya menunjukkan rasa tenang walaupun hatinya gerun. Gerun dengan amukan Imran.

"Tuan Imran.. " panggil lelaki yang berusia 40-an itu.

Imran terus menoleh. Lelaki itu adalah pengintip yang diupah untuk memerhatikan tingkah laku Young Woo. Daripada dialah Imran tahu berkenaan niat Young Woo untuk menjual restoran ini.

"Ada apa maklumat tak ? " soal Imran yang cuba bersabar.

"Young Woo sudah lima hari tak datang sini" balas lelaki itu.

Imran meraupkan wajah lalu berpaling. Kau dah buat salah, lepas tu lari !

"Dia pergi mana? " soal Imran sambil memandang ke hadapan semula.

"Err.. Saya syak Young Woo tengah bergembira sekarang. Kemungkinan tempat yang dia akan pergi adalah kelab malam ".

Imran hanya terdiam. Di sekitar Kuala Lumpur ini berlambak-lambak kelab malam yang dibuka. Mungkin pencarian akan menjadi lebih sukar.

"Tahu tak tempat mana yang lebih spesifik untuk Young Woo ke sana? " Imran menyoal lagi.

"Err.. Kalau tak silap saya, mungkin dekat Carlsbekkk. Sebab saya pernah ternampak Young Woo bawa masuk botol alkohol jenama itu".

"Lagi? Ada apa-apa maklumat? ".

"Hmm mungkin juga dekat dengan sekitar Carlsbekkk. Tapi, sebenarnya saya pernah pasang GPS kecil yang tuan bagi pada kereta Young Woo ".

"Oh, baru teringat " Imran memicit dahi. Sepatutnya, tidak perlu dia membazir masa datang ke sini.

"Terima kasih. Gaji awak saya akan masukkan dalam akaun awak".

Lelaki itu tersenyum kecil.

🕰 ♦ 🕰 ♦ 🕰

YOUNG WOO sibuk dengan kenikmatannya sambil meneguk minuman keras yang dibelinya sendiri. Malah hampir separuh daripada botol dia habiskan. Lalu, dia meletakkan semula botol kaca itu dan berdiri dalam lemah-longlai.

550 TahunWhere stories live. Discover now