Keesokannya harinya, Indra pun mulalah berkerja sebagai tabib diraja. Dia menetapkan hari minggu sahaja untuk berniaga memandangkan hari itu dia berehat. Selepas bersalaman dengan Mawar, dia pun menunggang kudanya untuk ke istana.
Kehadirannya di situ disenangi oleh orang-orang istana. Para pengawal dan dayang sangat mesra dengan Indra. Mereka dengan senang hati menunjukkan di mana tempat Indra.
Sesampainya di balairong, muncullah Badrul di hadapannya.
"Assalamualaikum, Indra" sapa Badrul dengan sopan.
"Waalaikumussalam, Badrul. Kau hendak berjaga kah? ".
"Iya. Selepas ini aku harus mencari peniaga herba yang lain " Badrul tersengih.
Indra pun tersenyum.
"Hujung minggu nanti aku berniaga, Badrul. Yalah, orang kampung masih memerlukan khidmatku untuk merawat mereka ".
"Wah, kau masih rajin walaupun sudah mendapat kerja yang lumayan ini ! " puji Badrul.
"Eh, biasa saja aku. Lagipun, aku buat kerana Allah".
Sekali lagi Badrul kagum dengan semangat Indra.
"Baiklah kalau begitu. Buat dengan sehabis baik ya. Sebentar tadi sultan menitahkan kepadaku bahawa kau perlu merawat penyakit ulama diraja kita. Kata baginda, beliau batuk kering. Segeralah kau ke sana ya? ".
"Allahuakbar, baiklah. Aku ke sana ! ".
Setelah bergebang, Badrul pun membawa haluannya sendiri manakala Indra pun masuk ke balairong.
⏳ 🔸 ⏳ 🔸 ⏳
Di pagi yang masih cerah, Mawar sibuk mencuci pakaian di tepi sungai bersama seorang wanita. Namanya Kak Tipah dan berusia 40 tahun.
"Aku dengar suami kau kerja kat istana. Macam mana boleh jadi seperti itu? " soal Kak Tipah yang ingin tahu.
"Dia berjaya merawat penyakit anak lelaki sultan, kak. Suami saya bilang anaknya disihir. Mujurlah dia tahu sedikit berkenaan ilmu-ilmu seperti itu" balas Mawar seraya memerah pakainnya lalu diletakkan ke dalam bakul rotan.
"Ishh, boleh tahan hebat juga ya suami kau itu. Muda-muda lagi dah berkebolehan ".
"Inilah namanya rezeki, kak. Tak semua orang ada.
Tidak lama kemudian, mereka terdengar satu bunyi di dalam semak. Berdekatan dengan sungai yang mereka duduk di situ.
"Mawar, kau dengar kan apa yang aku dengar? " soal Kak Tipah seraya meninjau sekeliling.
"Ya, kak. Mungkinkah itu kucing ? Alah, kak. Usahlah khuatir".
"Usah apanya. Kau tak dengarkah seperti ada tapak kaki yang berjalan ke arah kita? " kata Kak Tipah separa berbisik.
"Ish, mana ada kak. Saya tak dengar seperti itu pun" Mawar cuba menyedapkan hati Kak Tipah yang sentiasa bersangka buruk.
Kak Tipah menoleh lagi kiri dan kanan. Namun, badannya yang montel menyukarkan dia untuk menoleh sepenuhnya. Kak Tipah pun mengeluh.
"Sudahlah kak. Usah difikarkan lagi. Ada baiknya jika kita fikirkan lauk apa nak dimasak untuk suami ki--".
"Mawar, JAGA-JAGA!!!!! ".
Dengan sepantas kilat, Mawar pusing ke belakang lalu menendang perut si gerangan yang cuba mengganggunya.
Mawar dan Kak Tipah pun berpegangan tangan. Rupanya ada seorang lelaki yang berpakaian hitam yang menutup separuh wajahnya. Mereka sungguh tak sangka ada manusia yang berani merompak pada waktu siang.
YOU ARE READING
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...