"APA benar kalian mahu menemani kami di sini? " soal Indra kepada Udin dan Fannani.
"Mengapa itu yang ditanya kau, Indra? Apa ada salah kami sebagai sahabat berbuat baik? " balas Udin dengan wajah mendatar.
Indra menelan liur. Sampai hari ini, kedinginan Udin masih belum terpadam. Fannani di sebelah menyuruh Udin supaya jangan berkasar.
"Baiklah, ayuhlah masuk ".
Mereka berdua pun masuk. Terlihat Mawar sedang bersila di antara ibu dan ayahnya. Kedua-duanya telah dilitupi kain putih.
Udin berasa terkilan apabila melihat wajah Mawar yang masih sugul. Sedari tadi dia berdiam diri. Udin pun mengambil buku surah Yasin kecil berwarna putih. Untuk diberi kepada Mawar.
"Bacalah surah ini, Mawar. Mereka lebih tenang mendengar ayat ini" ujar Udin seraya tersenyum kecil.
Mawar pun mengambilnya dengan lembut.
"Terima kasih ".
Indra sekadar memerhati dari jauh. Dia sedang bersandar di tiang, sedang berzikir buat kedua-dua arwah. Hatinya tersentuh melihat Mawar tersenyum.
'Apa benar mereka selayaknya dijodohkan? ' fikir Indra sendiri.
Sejak dia ditengking Mawar tadi, dia merasakan Mawar bukan untuknya lagi. Jadi, adakah dia bukan yang terbaik?
Tiba-tiba, ada sekeping kertas dihulur dari kanan. Rupanya Fannani yang beri. Indra pun membuka untuk melihat apa yang Fannani katakan.
اوسهله کاو تراس, اودين هاڽ منولوڠ . ميمڠ دي ڤرنه سوککن ماور تاڤي هاڽ سباݢاي کاون . دي تيدق ماهو مرمڤس حق اورڠ لاءين اڤاته لاݢي درڤد صحابتڽ سنديري .
Tersenyum Indra mendengar penjelasan Fannani. Akhirnya lenyaplah segala persoalan yang melibatkan soal jodoh Mawar. Lagipun, biarlah Allah tentukan.
Setelah itu, keempat-empat sahabat pun lena diulit mimpi. Masing-masing tidur berjauhan. Hanya Mawar yang sanggup tidur di sisi mayat orang tuanya.
Malam itu,
Fannani terjaga dari lena. Dia teringat sesuatu. Mereka bermalam di sini dan tidak membawa sebarang makanan. Malah air pun tiada.
Jadi, dia membuat keputusan untuk keluar senyap-senyap dan mengambil bekalan makanan di rumahnya.
Selepas dipastikan semuanya selamat, Fannani pun menaiki kudanya dan membawa diri ke rumah.
Dalam perjalannya menuju ke sana, dia terlihat seseorang yang sedang berlari ke hutan. Jantung Fannani hampir tercabut kerana menyangka itu adalah hantu. Rupa-rupanya seorang gadis kerana dia memakai kelubung. Fannani pun menghela nafas lega.
Tetapi dia hairan.
Apa yang dibuat gadis itu pada malam hari? Di dalam hutan pula. Tidakkah itu mengundang malapetaka?
Jejaka yang bisu pun menuju ke hutan juga. Dia berasa bimbang kalau-kalau gadis itu diapa-apakan.
Setelah menambat kudanya di sebuah pokok, Fannani pun mengikuti langkah gadid itu secara tersembunyi. Mujurlah gadis itu langsung tidak memandang belakang kerana syak wasangka.
Apabila tiba di suatu tempat, Fannani terkejut kerana adanya sebuah rumah yang usang di tengah-tengah hutan begini. Dia kekal memerhati di balik batang pokok.
Fannani mengecilkan mata. Dia cuba mengamati gadis yang sedang mengetuk pintu itu sekuat hati. Firasatnya mengatakan yang dia pernah melihat gadis kecil itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...