FAYYAD dan Budin terkaku di hadapan Kayla. Masing-masing mengunci mulut walaupun di hadapan mereka dihidangkan dengan nasi goreng pataya dan nasi goreng Cina yang masih panas. Dipadankan pula dengan air sirap limau ais dan jus tembikai.
"Apahal muka korang ni macam baru lepas telan tahi monyet ni? Jawablah cepat soalan aku ! " muka Kayla mendatar.
Fayyad dan Budin berpandangan. Perasaan bersalah semakin kuat berteriak dalam kalbu. Kemudian, kedua-dua jejaka itu membuat muka kelat.
"Kayla... Sorrylah berahsia dengan kau hari tu.. Kitorang tak nak kau... " lidah Fayyad terkelu.
"Tak nak apa? Tak nak aku mengamuk lepas tu serang Tuan Imran ? " kening Kayla terangkat.
"Eh, bukanlah ! " Fayyad menggeleng. Budin pula menelan liur.
Kayla memusingkan bebola matanya.
"Aku dah dengar penjelasan tu daripada Faiq lah. Tak payah nak takut-takut. Aku bukan makan orang pun " balas Kayla.
"Tapi kau makan stik daging.. ".
"Ini chicken chop ! Bukan stik daging ! Ada juga manusia yang jadi stik karang " Kayla mencucuk makanannya itu dengan garfu.
Jantung Fayyad berdebar kuat. Entah apa yang ditakutkan.
"Rileks lah. Aku cuma nak dengar penjelasan daripada korang je. Bukannya nak bagi kelas makian. Aku tahu korang berahsia sebab tak nak aku jadi paranoid. Kan? ".
Lambat-lambat dua jejaka tampan itu mengangguk.
"Yalah, kitorang risau je. Bila teringat kes kau dengan Hazarol tu, kitorang takut terjadi lagi. Risau bila gambar aib kau tersebar lagi. Nasib baik pekerja dalam Luxury Holdings je tahu. Kalau tak, mana nak sorok muka kau" balas Fayyad.
Kayla terkedu. Gambarnya yang tidak menutup aurat, tidur bersama jantan daripada entah mana, kemudian dia difitnah, kembali menerjah minda. Kayla menjadi trauma setiap kali teringat balik.
Fayyad dan Budin perasan perubahan air muka Kayla yang berubah.
"Kayla, janganlah nangis. Aku tak reti pujuk perempuan... " Fayyad menggaru kepalanya.
Budin pula menaip sesuatu di telefonnya. Kemudian gajet itu diberikan kepada Kayla untuk dibaca.
"Kitorang sebagai kawan tak nak kau sedih lagi. Kitorang juga nak lindungi kau macam superhero. Kitorang juga nak kau berhati-hati. Tapi, lepas Encik Faiq kata Tuan Imran tak bersalah, kitorang pun legalah ".
Kayla terkedu lalu tersentuh.
"Sweetnya korang ni... " Kayla tersenyum. Tiba-tiba tak jadi pula nak menangis.
Fayyad dan Budin tersengih-sengih.
"Alah, kitorang ada kau je, Kayla. Mana ada dah kawan lain. Semua dah jauh-jauh. Kita je yang dekat-dekat sekarang. Sebab itu kena hargai. Hah.... " balas Fayyad.
Budin pula mengangguk. Walaupun hari sedang malam, entah kenapa dia suka memakai cap.
"Wahhh... Untungnya aku dapat persahabatan macam ni... Kalau macam tu lah kan, tak payah kahwin pun takpe " balas Kayla lalu menyuap ayam ke dalam mulut.
"Mestilah... Kita kan geng singlet ! " Fayyad pula sempat menyuap nasi goreng pataya.
Budin pula tersenyum sambil menghirup jus tembikai.
"Anyway, thanks tau sebab caring ! Tapi, lain kali jangan simpan rahsia lagi tau ! Walaupun benda tu buat aku risau macam gambar-gambar aku tu, sekurang-kurangnya aku boleh berjaga-jaga " ujar Kayla lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
550 Tahun
General FictionIndra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping, tak ubah persis fakir miskin. Semuanya kerana pertempurannya dengan jin harimau. Umpama durian ru...