Seminggu dah berlalu. Bermakna minggu orentasi dah tamat. Sumpah bosan! Aku tak tahulah orang lain. Tapi bagi aku bosan. Dah serupa macam anak itik je aku rasa. Bagun tidur seawal boleh. Nak mandi beratur. Nk pergi toilet ikut masa di beri. Bab bila makan nak tercekik aku rasa, tak sempat aku nk bersikap ayu langsung. Lelaju makan. Dah la masa nak beratur ambil makanan tu agaklah lama. Kena yang si gedik yang mengeletis pada abang-abang fasi tu lagi buat spoil mood aku beratur nak ambil makanan. Masa nilah korang nak terpintal-pintal tudung., gelak nak cover tutup mulut n main jeling mata.. Wei tak juling ke!?. Rasa nk bagi penampar je pada mereka. Masa nilah nak main jual minyak senyonyoh korang tu. Yang Fasi pun boleh lak melayan. Dua kali lima.Ceh!!! Fasi ada ok ada aku rasa nk bagi pelempang sebiji gak. Kau fikir kanak-kanak tadika melawat zoo negara apa. Dia punya pekik macam semua student ni pekak. Fuhh!!! Yang terjerit ni semua kaum sejenis aku. Kalau dapat kat ibu mau dia tarik mulut tu. Biasalah minggu orentasi minggu suai kenal gitulah kaedahnya. Selain duk melawat seluruh kawasan Politeknik ni, ada juga ceramah seperti ceramah keselamatan, ceramah library, ceramah PTPTN , ceramah itu ini dan bla bla bla .
Waktu penerangan tentang latar belakang tempat aku belajar ni. Kami dimaklumkan bahawa nama asal telah di tukar. Disini ada 6 jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan Jabatan Pengajian Am. Politeknik ini juga menawarkan 11 kursus diploma .
Aku teruja kot bila sampai di jabatan yang di kenali Jabatan Reka bentuk dan Komunikasi Visual dimana khusus Rekaan Fesyen dan Pakaian aku terletak. Dua lagi khusus yang ada bawah jabatan tu Rekaan Grafik dan Rekaan Industri. Bab khusus-khusus lain tu tak minat aku nak amik port, tak ada kena mengena dengan aku lagi pun. Yang aku nampak aku punya bahagian jelah.
Masa sesi orentasi tu, ada gak aku bertemu dengan bakal-bakal pesaing aku nanti. Tapi macam biasalah aku ni tak reti nak mulakan salam perkenalan. Aku tengok je diorang ni bertegur sapa. Macam dah lama kenal kot. Kalau orang tak tegur aku, tak adalah aku tegur mereka. Tunggu sahajalah mereka tegur aku. Cuma tak nak di copkan sombong, aku senyum je bila ada mata bertentang dengan aku. Nanti-nantilah fikir soal nak bermesra dengan rakan sekelas. Tak lari mana pun diorang ni kan. Tiga tahun nak hadap muka sama.
Bunyi macam aku sombongkan. Sebenar aku ni pemalu. Pemalu dalam versi akulah. Malu awal-awal je. Dah rasa macam orang tu boleh sekepala memang gamat suasana jadinya.
*********
Hari ini hari pertama aku pergi kelas. Dengan semangat pukul 530 pagi aku dah melanguk dekat depan bilik mandi. Aku ingat dah cukup awal aku bangun. Sekali.... Ada 5 orang tengah tunggu giliran. Cis kol berapa diorang ni bangun.
"Hai." Orang depan aku tegur.
"Hai" orang tegur aku, aku mestilah balas semulakan. Tak kan nak tayang muke selenge.
"Bilik mana!"
"38"
"Aku 44... Aku Hana"
"Sheena"
"Budak Fesyenkan. Sebab masa orentasi aku perasan kau."
Ok fakta yang ni aku tak tahu sebab aku memang tak cam muka sorang pun budak kelas. So aku sekadar senyum je dengan dia.
"Jup lagi kau pergi kelas dengan sape?"
"Sendirilah"
"Aku ikut kaulah. Aku tak ada geng lagi nak pergi. Kang sesat pula"
Sesat apa bendanya dia ni. Bukan dalam hutan pun. Tapi aku angguk jelah. Dah ada geng nak pergi. Tak mahulah aku sombong."Wei Sheena. Asal kau tak kejut aku" aku menoleh belakang pandang arah empunya suara.
Oh roomate aku.
"Kau cakap malam tadi kelas kau pukul 9. Dah buat apa aku kejut kau awal-awal"
"Subuh la wei."
Opps aku lupa bab tu pula. Aku ni period. Tapi masalahnya mana aku pernah kejut orang bangun tidur. Selama ni aku orang yang kejut. Lagipun tengok macam kena bom je. Malas aku nak kacau.
"Sorry Ama"
"Tak apa. Dah lama ke yang dalam ni" soal Amalina yang kini aku hanya panggil Ama.
"Boleh tahan jugalah"jawab Hana
Tanpa amaran..
"Wei korang dalam tu mandi ke berkubang. Ni kat luar dah beratur sampai ke tangga dah ni. " Amalina memekik. Bergema bilik mandi.
Aku berkerut dahi. Minah ni nampak macam lembut gaya dia tapi bila buka mulut...mak aik suara suara.. fuhh boleh bangkit semua budak kat hostel ni.Dasyat!! Tang mana yang beratur sampai tangga ni pun aku tak tahu.
Ceh drama betul!Tak boleh bla betul tengok muka yang keluar dari bilik mandi. Tunduk je jalan. Malu kena sound ngan si Ama ni kot. Nasib aku xde mood nk gelakkan orang. Kalau ada geng ni memang meletus dah tawa aku. Si Ama pun satu hal. Jerit macam hilang laki. Sekampung boleh dengar. Giliran aku mandi. Mak datuk sejuk kau aku cakap air sini. Gigil aku dibuat. Macam nak suruh ibu beli water heater sangkut sini. Selaju boleh aku mandi.
Memandangkan hari ini hari pertama kelas. Aku pun dengan bangga diri menyarung baju kurung dari fabrik dull satin bewarna biru firus dan mempunyai sedikit perincian manik bewarna kuning di hujung lengan dan bawah baju.Tudung pula aku memakai tudung bawal satin bewarna kuning air. Aku ni dah la jarang pakai tudung, leceh juga. Selama ni aku sarung selendang je ketika kenduri dan hari-hari biasa aku mana ada tudung. Pergi sekolah pun mana pakai tudung . Solat dan mengaji pakai telekung je. Esok-esok jelah aku belajar dengan mr you tube untuk pelbagai fesyen lagi supaya aku tak bosan tengok muka sendiri. Wajah aku pula aku oleskan dengan makeup yang tipis. Aku apply toner terlebih dahulu kemudian aku sapukan makeup based. Selepas itu aku sapukan fondution tipis dan akhir sekali sapu loose powder. Guna loose powder boleh tahan memandangkan kelas aku sampai petang. Untuk bahagian mata pula, Eye shadow aku gunakan neutral color dan aku gunakan pula eyeliner bewarna hitam untuk buat doubleup. Terakhir untuk mata aku gunakan maskara. Wajib bagi aku menggunakan eyeliner dan maskara. Aku tak ada eyeshadow tak apa tapi dua yang itu wajib untuk mata aku ni. Untuk pipi aku oleskan blusher berwarna pink dan bibir pula lipstik berwarna caramel. Cun sudah! Ringkas dan sesuai dengan penampilan aku sebagai student. Aku memandang semula cermin besar yang aku beli khas tempoh hari. Untuk kali terakhir melihat penampilan aku sebelum aku melangkah ke keluar dari bilik. Kalau ibu tengok pasti ibu bangga anak dia comel hari ini. Ok poyo!!
Aku menyarung kasut ballet plat dan terus keluar untuk menunggu Hana di tangga seperti yang di janjikan.P/s:- bab ini untuk kita warm up dulu ya ...
Heehehe selamat membaca dan teruskan membaca nanti. Insyallah cerita ni akan 50-80 part. Dah 'hero' sampai 4 orang. Ok tak ada cerita cinta segi-segi ok.. Setiap watak hero lain kisahnya..
Insyallah.
![](https://img.wattpad.com/cover/53117585-288-k66769.jpg)
YOU ARE READING
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...