Baru je rasa daftar kelas dah cuti. Cuti semperna raya cina. Cuti tak panjang hanya 4 hari sahaja. Tiada perancangan bercuti kali ini sebab ayah dan ibu serta abang-abangku sibuk dengan pengurusan pembukaan restoran baru di Damansara. Kesian pula pada abang-abangku yang penat berulang alik mengambilku di Johor. Aku nak balik sendiri tak di izinkan pula.
Sepanjang cuti ini Aidil langsung tak dapat aku hubungi. Senyap begitu je. Geram betul aku.
Last aku jumpa Aidil sebelum abang sampai. Adakah sebab perkara itu dia menjauhkan diri dari aku....********
"Awak.. Ingat pesan saya ni. Apa berlaku sekalipun saya nak awak tahu dan percaya, saya teramat mencintai awak. Kadang kita terpaksa korbankan hati dan perasaan kita demi kebaikkan semua orang dan tak semestinya perkara yang berlaku itu sebab kehendak hati kita"
"Awak nak cakap apa ni Aidil, saya tak faham. Terus terang jelah.".
Aidil mengeleng kepala. Tangan aku di raih dan di genggam dan wajahnya kelihatan sayu.
Aidil kenapa.?"Sheena Batrisya, awak seorang gadis yang begitu sempurna di mata saya. Awak kena tahu saya terlalu mencintai awak. Bukan kehendak saya untuk jadi macam ni tapi keadaan terdesak. Saya tak mampu nak mengelak atau lari. Saya ...." Aidil terhenti bersuara dan mengeleng
"Aidil saya makin tak faham. Awak ni kenapa? Ada masalah ke atau apa?. Awak menakutkan saya Aidil."
Wajahnya diangkat dan ada air jernih di tubir matanya. Aidil menangis ?
"Aidil...."
Aku di peluk Aidil. Erat.
"I love you Sheena... I love you... Tolong jangan tinggalkan saya kelak nanti. Awak mesti percaya pada saya"
"Aidil...."
Aku membalas pelukkannya dalam keadaan teragak-agak. Kenapa Aidil ni.
Pelukkan dilepaskan. Tapak tanganya melekap di kedua belah pipiku. Dahi ku di kucup lama. Kucupan turun ke pipi kiri dan kekanan pula. Pada saat aku rasakan bibirnya ingin bertemu bibir aku. Aku menutup mulut aku dengan jari dari menghalang bibir kami bertaut.
"Sheena.... Please.... I love you.. I love you... Sheena.." Lembut setiap perkataan yang di lafazkan.
Aku memandang wajah Aidil. Dia memblas pandanganku dengan pandangan mengharap. Aku tak mampu untuk berfikir...
Seraya itu tanganku di tarik lembut. Aku memejamkan mata dan aku dengan rela hati membiarkan bibirku di kucup Aidil. Nafasku semakin berombak. Semakin tak keruahan. Tangan Aidil yang hangat terasa membuka butang bajuku. Desahanku semakin kedengaran. Ciumannya turun dari bibir ke leherku. Aku semakin lemas dengan ciuman Aidil. Dadaku turun naik tanpa mampu aku kawal lagi. Aku memegang kejap tangan Aidil.
Ciuman Aidil semakin memberahi. Aku semakin terasa lemas. Saat mataku terbuka wajah keluargaku kelihatan di rantai yang tergantung di dalam kereta berada di depan mataku. Bulat mataku. Fikiranku kembali ke realiti dan dengan tindakkan refleks aku menolak kuat tubuh Aidil yang semakin hanyut dengan nafsunya."Aidil!!!!"
Aidil tersentak. Wajahku di pandang tanpa berkelip mata.Dudukku dibetulkan. Aku pantas membutangkan bajuku yang terbuka sehingga menampakkan separuh dadaku.
Aku tidak mampu memandangnya.
Aku panik!
Perasaan bersalah menerjah di benak fikiranku.
Aku dengar keluhan Aidil."I'm sorry Sheena .. I'm sorry.... please forgive me"
Aku masih tak mampu menoleh ke arahnya. Aku tak tahu nak jawab apa dan aku tak mampu berfikir dengan baik.
Celaru...
Keliru...
Apa aku buat ni!!!!"Sheena please pandang saya sayang... Please..".
Aku masih tak mampu menoleh tapi suara merayunya untuk aku memandangnya begitu menjentik hati ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...