SHEE ITU AKU!-28-

2.7K 69 0
                                    

Cuti sehari aku dapat untuk keesokkan harinya. Sakit mula terasa di seluruh tubuh aku. Kesakitan di badan menyebabkan aku tidur seharian. Sehingga rakan rumah pulang dari kelas. Aku tak hiraukan perut yang kosong. Nasib malamnya mereka masak. Bertambah aku makan apabila seharian tidak menjamah makanan. Membebel mereka bila tahu aku tak makan tengahari. Malas bertekak aku biarkan sahaja telinga aku ni mendengar bebelan dua orang mak cik dalam rumah ini.

Aidil dari malam tu tak sudah-sudah menghantar masej pada aku. Ingat aku nak layan apa lepas apa isteri dia buat pada aku. Malang betul nasib aku. Memalukan aku dengan jiran tetangga. Dahlah lorong aku tinggal ni hanya rumah sewa aku dan jiran sebelah je pelajar. Yang lain rumah persendirian. Malu mengunung rasanya nak berhadapan dengan jiran tetangga lepas ni . Mesti fikir aku mengganggu rumah tangga orang.
Sakit hati aku!

Hari ini dah 3 hari peristiwa itu berlalu.
Di ingatkan semula geram betul aku dengan pasangan suami isteri itu. Lagi geram Hana dan Warda tak berhenti membebel. Sampai aku nak pergi kedai pun mereka ikut. Risau kalau Rania ganggu aku.

"Tak apalah, aku pergi kedai sekejap je"

"Aku ikut. Kau tu kalau sendiri nanti Aidil ganggu. Tak pun singa betina tu belasah kau lagi"

"Tak kot"

"Tak kot.. Tak kot.. Kau ni cubalah bersyukur sikit kami ni nak teman kau. Kami ni sayang kau tau!" Warda dan membebel memang dilahirkan bersama.

"Yelah. Jom!" Akhirnya aku mengalah.

Hana dan Warda benar- benar sahabat yang baik. Begitu juga Gee. Cuma Gee kurang masanya di rumah sebab dia lebih kepada rakan kelasnya. Yalah dia sibuk nak buat assignment dengan rakan kelasnya. Tapi mereka bertiga sangat baik pada aku. Sentiasa di sisi aku. Kadang-kadang buat aku terasa terharu.

Ada juga mereka bertiga menyoal aku hal tersebut. Tapi aku mengambil pendekatan mendiamkan diri. Aku tak mahu mereka salah faham jika mereka tahu aku dan Aidil pernah berjumpa. Lagipun bukan aku cari Aidil. Dia cari aku. Sememangnya hal ciuman itu menjadi rahsia aku. Aku tak nak sesiapa tahu. Hal satu ini selalu menghantui aku. Kadang rasa aku bagai perempuan murahan yang mudah menyerah diri kepada lelaki. Nasiblah ciuman aku sahaja yang Aidil ragut. Jika kesucian daraku turut di ragut,mana aku nak letak muka aku.

"Aku rasa Aidil tu bohong bini singa dia tu. Tu sebab bini dia meroyan!"

"Aku pun rasa macam kau Hana. Kalau ikut cerita si Shee ni memang ketara Aidil ni mesti entah apa di alasankan ke singa betina tu. Meluat aku tengok diorang!"

"Kalau datang lagi sini, tak teragak-agak aku bawa penyapu hambat mereka"

Aku malas nak ikut dalam perbualan mereka berdua. Bertambah serabut kepala aku memikirnya. Aku diamkan sahaja dengan apa yang di bincangkan.

Syukurlah hal ni diorang tak mengadu ke keluarga aku. Kalaulah abang- abang aku tahu. Masaklah si Aidil di kerjakan. Abang- abang aku tu kalau melibatkan aku dah bergabung berdua tu serupa gangster. Tak nak aku bayangkan.

Tapi naik cuti sakit aku dipanggil PA aku. Hal ini rupanya tersebar. Entah siapalah bawa mulut. Hampir sejam juga aku kena menghadap PA aku. Malu bertingkat-tingkat bila mana aku dinasihati jangan menganggu rumahtangga orang. Nak membersihkan nama aku terpaksa jugalah aku berterus terang yang aku di tipu Aidil.
Aku meminta PA aku tidak menghubungi keluarga aku. Aku tak nak mereka tahu. Alhamdullah PA aku bersetuju dengan syarat perkara itu tak berulang lagi

Aku juga berharap Aidil dan Rania tidak mengganggu aku lagi. Marah memang aku marah juga si Aidil ni. Tapi rindu tu boleh tahan mengunungnya juga. Seksanya rasa di hati bila perasaan kecewa tu menyelubungi jiwa aku. Kenapa sukar benar aku nak buang perasaan cinta dia dari hati ini? Bak kata orang sakit hati mencintainya, tapi lebih sakit hati untuk membencinya. Kenapalah aku dipertemukan dengan dia dan dia menjadi lelaki pertama yang aku cintai?  Ingatkan duduk jauh dari keluarga aku dapat bergembira dan bergaul bebas dengan kawan-kawan yang sekepala tanpa risaukan halangan dari kedua abang aku tapi lain pula jadi. Bukan menyenangkan aku, malah menyeksakan aku sahaja.  Yang lebih seksa cinta yang aku hulurkan, kekecewaan yang dibalaskan.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now