Hari ini hari rabu. Seperti yang dijanjikan, aku hadir malam ini di jabatan hospitality. Kak Marisa tak sudah-sudah mengingatkan aku tentang pertemuan malam ini.
Hana dan Warda menemani aku malam ini. Setiba kami di sana, ramai sudah hadir.
"Wow beb ..ramainya." Hana bersuara.
"Seram pula aku tengok diorang ni." Serius aku rasa seram pula. Macam mana nak catwalk!?
"Relax beb.. Kan kau dah praktis isnin dengan semalam. Lagipun malam ni perkenalan je kan. "
Isnin dan semalam tak pasal-pasal aku buat kajian pasal catwalk. Buka you tube dan terus aku buat latihan sedikit. Tergelak-gelak Hana dan Warda melihat aku. Siap perli-perli. Rasa nak tepuk je dahi sorang-sorang. Bukan nak bagi semangat pada aku.
"Shee..." Aku menoleh kearah suara yang memanggil aku. Kak Marisa.
"Lama ke sampai?"
"Baru je"
" ok jom kita ke sana. Akak kenalkan awak dengan model lelaki."
Aku,Hana dan Warda mengikut kak Marisa. Aku berkenalan dengan model lelaki. Boleh tahan juga muka. Muka laku ni.
"Faris"
"Shee.."
Kak Marisa menerangkan kepada aku dan Faris tentang rekaanya. Dengan detail kak Marisa menceritakan. Aku begitu teruja mendengar dan melihat rekaan dia. Sketchesnya begitu cantik di mata aku. Uit hasilnya pasti memikat.Hana dan Warda juga kelihatan teruja. Beberapa minit kemudian terdengar suara memberi arahan untuk berkumpul.
"Ok semua saya Jannah, pelajar sem 5 diploma rekaan Fesyen dan Pakaian. Saya merupakan ketua krew untuk bahagian model. Saya perkenalkan 4 orang rakan saya, dari hujung Sarah, Nirmala, Syakira dan Najman. Sebarang masalah boleh rujuk pada kami. Bagi yang baru join Model ni saya perkenalkan Disana tu pula yang kacak bergaya ni En Haikal. Lecture untuk jabatan kami dan En Haikal yang akan ajar dan pantau anda semua untuk runway nanti. Idea dan konsep runway adalah dari beliau nanti."
Aku memandang lecture itu. Biar betul dia ajar catwalk.
"Ok semua diminta pakai kasut masing-masing. Pelajat senior di minta ke hadapan. Anda akan memulakan terlebih dahulu. Pelajar baru diminta perhatikan senior kamu ini berjalan dengan cara betul. Sambil tu designer semua sila isi nama model anda di dalam borang yang di serahkan oleh rakan saya nanti."
Tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan berbaris mengambil posisi masing-masing.Apabila muzik di pasang mereka mulakan aksi mereka.
Ok sumpah aku nak pengsan!! Dengan kasut tinggi mereka begitu bersahaja berjalan. Aturan jalan yang cantik dan sungguh bergaya .
Bagi lelaki mereka kelihatan segak dan langkah mereka cukup kemas.. Aku memandang kak Marisa.
"Kak takutnya."
"Ish kamu ni. Nanti dah dua tiga kali kamu berlatih pandailah kamu."
"Saya takut saya berkawad je nanti kak"
Kak Marisa tergelak kecil.
"Ok sekarang diminta semua yang junior ke depan."
Aku terasa berpeluh sejuk. Adoi lemah lutut masa ni pula. Mengigil rasa. Malu,berdebar dan takut semua ada. Jangan aku tergolek sudah.
"As salam saya en Haikal. Ok hari ni kita belajar yang asal. Bagi pelajar lelaki, anda akan di ajar oleh Hairul. Hairul ni pelajar yang dah tiga kali memenangi best male model. So anda yang lelaki boleh pergi ke sebelah kiri saya dan yang perempuan sebelah kanan saya."
ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomantikIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...
