SHEE ITU AKU!-80-

2.7K 94 63
                                    

Aku terus merebahkan tubuh aku di atas katil. Kepala terasa begitu berat memikirkan hal siang tadi. Rasa macam nak meletop sahaja kepala ini. Sampai sahaja di rumah tadi terus aku khabarkan kepada ibu aku tak mahu di ganggu malam ini dan makan malam tidak perlu menunggu aku. Bersoal jawab juga aku dan ibu. Setelah aku yakinkan padanya yang aku dalam keadaan baik cuma sedikit keletihan, barulah ibu membenarkan aku naik ke atas.

Berkali – kali aku mengeleng kepala. Sukar untuk aku percaya dengan apa yang terjadi. Keluhan berat aku lepaskan. Mata aku cuba pejamkan agar aku dapat lenakan diri tetapi rasanya hampir setengah jam juga aku berpulas. Tetap tak berjaya.

Tension!!

Tangan aku naik mengurut dahi yang semakin perit rasanya. Dah serupa cerita dongeng pula aku rasa kisah hidup aku ini. Otak kembali merewang memikirkan hal di rumah Taufiq tadi atau sekarang aku perlu kembali memanggilnya dengan nama sebenarnya, Aidil.

*******

"apa semua ni Taufiq..errk Aidil!?"

Dia tak membalas kata-kata aku tapi mengisyaratkan aku mengikutnya ke hadapan ruang tamu. Aidil melabuhkan punggungnya di atas sofa dan mengisyaratkan tangan meminta aku duduk. Aku duduk berhadapan dengannya. Aku perlukan segala penjelasan darinya.

Kenapa dengan wajahnya?

Kenapa dia tidak mengunakan identitinya sebenar?

Dan lebih penting, betulkah dia Aidil yang aku kenal?

Aku memerhatikan Aidil meraup wajahnya berkali-kali dan keluhan berat di lepaskan.

"Aidil, please explain to me! What happened with you and why ..." aku tak tahu nak cakap apa. Aku rasa Aidil faham kekeliruan yang aku alami kini.

"ya saya Aidil. Lelaki pertama yang awak kenal di politeknik. Lelaki pertama yang awak jatuh cinta dan lelaki pertama juga yang buat awak kecewa. Saya lelaki yang sama Sheena Batrisya." Aidil mengangkat wajahnya memandang kea rah aku. Patutlah pertama kali aku jumpa dia dengan raut wajah ' Taufiq' ni aku terasa sesuatu seolah aku mengenali dia dan setiap pertuturan dan gerak geri dia seoalah aku amat mengenali. Betul kata orang, cinta pertama sukar di lupai. Walaupun aku menafikan ketika itu rupanya 'sesuatu' yang aku rasa selama ini adalah benar.

"kenapa dengan wajah awak?" aku benar- benar nak mengetahui. Adakah ini kerana kemalangan yang di alaminya ketika itu.

" awak tahukan saya dan keluarga kemalangan? " aku mengangguk.

" wajah saya berparut teruk akibat luka parah dan doctor terpaksa melakukan plastic surgery ke atas wajah saya ketika itu. Entah bagaimana saya nak gambarkan wajah saya ketika itu Shee. Dengan perasaan saya yang kosong ketika itu. Saya kehilangan semua, semua Shee. Saya tiada sesiapa dah! Ikutkan hati saya nak mati sahaja tapi hanya satu nama sahaja ketika itu yang benar-benar memberi semangat pada saya. Satu nama itulah yang buat saya kuatkan diri untuk harungi semua ketika itu dan satu nama itu jugalah membuatkan saya yakin yang saya boleh memulakan hidup baru. Sheena Batrisyalah nama yang memberi kekuatan pada saya untuk harungi hidup bersendirian di muka bumi ini" aku merenung wajah Aidil dan sememangnya aku terkejut mendengar. Tak sangka dia jadikan aku pemangkin semangat untuk dia terus berjuang hidup setelah dia kehilangan semua.

"Aidil, I'm sorry" Aidil tersenyum tipis.

"awak tak bersalah sayang." Perkataan sayang itu kurang enak di telinga aku.

"tapi kenapa awak tak mengaku diri awak dan kenapa perlu mengunakan identity lain. " Aidil mengeluh dan mengeleng kepala berkali.

" hanya denga awak sahaja saya mengunakan panggilan Taufiq termasuk pekerja di butik. Tapi mereka tahu nama sebenar saya cuma saya minta mereka memanggil saya dengan nama Taufiq."

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now