SHEE ITU AKU!-26-

2.6K 73 2
                                    

Seawal pagi aku sudah keluar untuk hadir ke studio en Fahim. Nasib ada waze. Susah nak cari studio ni.

Alhamdulillah ibu dan ayah izinkan aku buat kerja part time di agensi en Fahim. Percayalah bukan senang aku nak pujuk. Macam-macam ayat aku gunakan untuk yakinkan mereka.

********

"Bolehlah ibu. Adik bukan nak pergi berenjoy ke apa. Adik pun bukan nak kerja sangat. Tapi adik memang nak join model ini untuk tambah ilmu adik je"

"Ilmu apa pula?. Kata nak jadi designer. Ni tetiba nak jadi model pula. Ibu tak sukalah macam ni adik" suara ibu di talian kedengaran resah.

"Memanglah adik nak jadi designer. Tu cita- cita adik. Ni kira adik nak ambil peluanglah nak dekati dunia yang adik minat.Adik ni nak jadi model runway. Adik buat part time je. Adik dah bagitahu bos tu. Nanti dalam perjanjian adik cakaplah partime je. Waktu belajar adik tak boleh ganggu" aku cuba yakinkan ibu.

"Adik, ayah dan ibu masih mampu tanggung kamu, buat apa nak kerja bagainya sayang."

"Laaa... Kesitu pula ibu. Adik bukan nak kerja tu pun. Adik cuma nak join sebab  boleh adik dekati designer Malaysia. Adik boleh tengok macam mana mereka bekerja di balik tabir fashion show. Adik boleh tengok macam mana hasil-hasil kerja designer dan macam-macam lagi. Kira peluanglah nikan. Bukan senang nak dekati designer terkenal Malaysia. Mana tahu rezeki adik kemudian hari.Adik sukalah ibu .Tolonglah ibu. Please.. Adik janji adik tak abaikan tugasan adik pun. Belajar still no 1. Boleh ya ibu." Aku cuba memancing ibu lagi.

"Nanti ibu berbincang dengan ayah dulu. Kamu ni macam-macam adik. Dah tanya abang-abang kamu?"  fuh!! ibu pun aku belum dapat yakinkan. Nak cal Asyraf dan Amsyar. Aku percaya lagi macam-macam mereka soal. Boleh terbalik dunia aku.

"Ala kalau ibu dan ayah setuju mesti abang-abang mesti setuju tanpa membangkang."

"Pandai kamu cari ibu ya dik. Ah pasal abang-abang kamu tu pandailah kamu selesaikan sendiri. Nak sangat jadi model. Cakap dengan mereka sendiri. Ibu tak nak tolong" adoi ibu ni. Aku rasa boleh pitam aku nak hadap diorang.

"Ala ibu..please... Sekali je. Tolonglah adik. Kalau ibu dan ayah izinkan, ibu cakaplah dengan diaorang. Mesti diorang setuju. Please ibu.."

"Pandailah kamu. Nantilah ibu tanya ayah dulu" aku tersenyum.

"Terima kasih ibu. Sayang ibu sangat-sangat"

Pada malam esoknya pula...

Aku melihat panggilan dari abang Asyraf. Ters dada aku berdebar kencang.

"Assalammualaikum abang."

"Waalaikummussalam. Adik buat apa tu?" Soal abang Asyraf.

"Adik tengah buat assignment dengan budak rumah ni"

"Ni abang nak tanya ni. Ibu cakap adik nak kerja partime model. Betul?" Terus tak tenteram hati aku. Ala kenapalah aku ada abang-abang yang menakutkan.

"Ya abang."

"Sebab?!"

"Saja je abang. Adik dapat tawaran dari sem 1. Pemilik agensi tu salah seorang juri masa fashion show tahun lepas. Tapi masa tu adik tolak."

"Kenapa tolak?" Adoi.. Kan aku dah cakap abang-abang aku akan soal dengan 1001 soalan. Takkan nak cakap Aidil tak bagi
Gila!

"Adik malu masa tu. Lagipun adik ingat sekadar ajak-ajak ayam je. Tapi baru ini adik ada terjumpa di bandar, dia tawarkan lagi sekali. Lepas tu adik tengok Fashion show kat bandar. Seronok tengok model mengayakan baju-baju designer tu." Tipu.! Tak tertelan air liur ni rasa bila cuba menipu abang Asyraf.

"Adik tahukan runway tu bukannya pakaian yang sesuai untuk adik. Abang tak suka. Adik kena ingat tu. Abang tak nak adik beraksi dan tubuh adik jadi tatapan lelaki lain. Walaupun abang tak paksa adik bertudung tapi tak bermaksud adik boleh berpakaian sesuka hati adik!" Aku garu kepala tak gatal. Idea.. Idea.. Marilah...

"Adik dah tanya pakaian macam mana. Adik cakap dah adik student dan tak nak pakaian yang menjolok mata. Nanti adik di ambil tindakkan pusat pengajian adik. Mereka setuju" Tipu lagi. Adoi. Macam aku telan pasir pula nak teruskan perbualan ini.

"Adik, kami sayang adik. Kami nak yang terbaik untuk adik"

"Adik tahu, tu sebab adik minta izin ibu dan ayah. Abang boleh ya. Adik janji adik jaga diri adik dan adik janji adik tak abaikan pembelajaran adik" aku mencuba lagi untuk yakinkan abang Asyraf walaupun aku terasa sukar untuk mendapatkan keizinan abang Asyraf.

"Abang tak setuju.!" Nak menangis aku rasa sekarang. Kenapalah abang aku susah nak faham aku. Abang Asyraf terus menamatkan perbualan kami. Aku terus menangis. Tak sampai 10 minit, phonr aku berbunyi sekali lagi. Nama abang Amsyar pula tertera.

Aku menjawab dan abang Amsyar mendengar perubahan suara aku. Kami berbual seketika sebelum perbualan mengenai aku nak jadi model di tanya.

"Abang, tolonglah izinkan. Adik cuma nak tahu macam mana dunia Fesyen. Masa ni adik ada peluang adik nak rebut. Adik bukan kerja tetap pun. Part time sahaja. Bila ada masa adik boleh pergi. Tolonglah abang." Aku menangis.

"Kenapa abang rasa adik bukan bersungguh pun nak jadi model tu tapi adik ada agenda lain. Betul tak!?" Aku terus memegang dadaku. Abang Amsyar tahu ke tujuan sebenar aku. Ya aku cuma nak lakukan perkara yang bertentangan dengan Aidil. Aidil tak setuju dulu jadi sekarang aku nak.

"Adik tak ada agenda. Cuma nak join sebab adik nak mengenali pereka tempatan. Adik nak tengok diorang bekerja dan adik nak tahu dunia Fesyen sebenar macam mana. Itu je" aku harap abang Amsyar percaya dengan kata-kata aku dengan nada yang sudah lari temponya.

"Nanti abang bincang dengan abang Asyraf dan ibu ayah sekali" tetiba aku rasa semangat semula. Harap abang Amsyar berjaya pujuk abang Amsyar.

"Terima kasih abang."

"Sama-sama."

Sehari kemudian ibu call aku dan memberitahu seluruh keluargaku mengizinkan. Ayah izinkan jadi semua terpaksa setuju. Aku melompat kegirangan walaupun aku tak tahu macam mana ayah boleh setuju. Tapi setuju ayah bersyarat.

Jika pointers aku tak naik untuk sem 2, ayah suruh aku berhenti. Aku akan cuba sedaya upaya menaikkan pointers aku tahun ini untuk buktikan pada mereka.

Syarat kedua. Pakaian tak boleh menjolok mata atau menayangkan aset. Mmm nanti aku suarakan pada En Fahim. Harap dia faham.

Syarat ketiga. Tiada pergaulan bebas. Kalau sesuatu terjadi. Ayah tak teragak-agak hukum aku.

Ada lagi beberapa syarat tapi bagi aku itu tiada masalah untuk aku terima.
Sekarang perasaan aku,
Lega!!

*******

"Susah cari?" Soal en Fahim ketika dia tiba di studio dan membawa aku masuk kedalam biliknya.

"Susah juga. Nasib ada waze." Aku senyum dan dia ketawa.

Kami berbual kosong sementara tunggu semua model hadir untuk menjalani rutin latihan mereka.. Aku tak mampu mengalihkan mata dari merenung matanya. Mata dia sangat memikat.
Alhamdullah. Apa aku suarakan en Fahim bersetuju dan memahami situasi aku. Surat perjanjian aku tanda tangani.

"Selamat datang dalam dunia modeling Sheena. Saya yakin awak pasti akak popular dengan cepat dan pasti ramai designer berebut awak nanti"

Aku sekadar ketawa. Yakin sangat en Fahim ni. Sekali jalan tergolek. Mesti menyesal dengan keyakinan diri tu.

Kini tiba masa berkenalan dengan model-model lain. Aku melihat cara mereka menjalani latihan. Berdebar aku tengok. Langkah mereka penuh bergaya, penuh keyakinan dengan kasut tinggi masing-masing.

Sedang aku melihat mereka cat walk, mata aku tertacap pada satu susuk tubuh yang sedang bersembang dengan en Fahim. Seperti sedar aku memerhatinya, wajahnya menoleh ke arah aku. Mata kami bertembung beberapa saat sebelum dia kembali memandang en Fahim semula.

Siapa dia?
Kacak!

P/s:- terima kasih membaca..

Shee ni semua kacak ya. Heheheh biasalah anak kecil umur nak menginjak 19 tahun kan.. Lepas tu hati sedang kecewa kn knkn.. Heheh siapa dia pandang kacak tu.
Jeng..jeng...

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now