Hari ini untuk pertama kalinya aku mengikuti pentas Fashion Show. Teruja, berdebar semua ada. Minggu yang sepatutnya aku join hari itu aku tarik diri. Yalah aku dengan luka dan sakit badan begitu mana boleh ikuti. Nasib baik en Fahim faham.
Seramai 10 orang model sahaja terlibat hari ini. Setiap model akan mengayakan 2 pasang baju. Selama ini aku tengok tv sahaja. Bila terlibat begini barulah aku tau bertapa kelam kabutnya krew di belakang termasuk model. Bayangkan beberapa saat tu kami kena tukar dengan kadar segera baju seterusnya. Kata salah seorang model disini, ini nasib dua , kadang mereka sampai 3 pasang seorang. Terkejut aku. Memang kena pantas bergerak. Aku harap aku dapat lakukan dengan baik.
Ini pelancaran baru oleh sebuah butik. Mereka menghasilkan 20 koleksi terbaru dari butik mereka. Suka aku tengok. Tak lepas peluang aku menilik setiap baju yang aku akan peragakan. Aku jadi bertambah semangat untuk mengejar cita-citaku. Pemilik butik pengantin ini muda orangnya. Ini merupakan show pertamanya sebagai mempromosikan dan pelancaran butik mereka yang baru beroperasi.
Beberapa keping gambar aku rakamkan. Aku send kepada group watsup keluargaku. Sempat aku beritahu mereka keterujaan aku ingin memiliki butik sendiri akan datang.
En Fahim tidak terlibat malam ini. Dengar katanya ada hal yang dia tak boleh elakkan. Lagipun En Fahim jarang terlibat dengan Fashion Show kecil. Jadi Lizzy yang ada memantau kami para model di belakang pentas.
Bertungkus lumus para jurumakeup menyiapkan kami. Suasana riuh rendah dengan jeritan krew. Memasing melakukan tugasan mereka dengan teliti.
Jam menunjukkan 830 malam. Pengerusi majlis telah umumkan akan bermulalah majlis ini.
Aku terasa berdebar-debar.
Setelah muzik dimainkan, seorang demi seorang keluar dan kini giliran aku. Aku melangkah dengan penuh keyakinan. Mata aku lurus ke hadapan. Lanser kamera menambahkan lagi debaran aku. Aku tahu semua mata tumpu kearah aku. Sedaya upaya aku kawal diri. Alhamdullah baju pertama aku bawa dengan baik. Tiba di belakang pentas cepat-cepat aku salin baju kedua. Memang tanggalkan terus je di situ. Nasib aku pakai tight dan tube. Terus berlari dalam barisan. Krew membetul-betulkan pakaian aku supaya nampak kemas.
Alhamdulillah tamat sudah majlis hari ini. Aku benar-benar gembira hari ini. Ini kali pertama aku lakukan runway di hadapan tetamu yang bukan calang-calang. Ada beberapa tetamu vvip dan designer hadir. Selesai menjamu selera aku terus gerak ke kereta. Aku nak pulang ke rumah dan tidur. Penat mula terasa. Mereka yang lain mengajak aku melepak dahulu. Aku menolak dengan baik. Aku ni perjalanan jauh. Mau lewat pagi baru sampai rumah.
Tiba di tempat letak kereta, aku mencari kunci kereta di dalam beg. Setelah menjumpai aku terus membuka. Sunyi kawasan tempat letak kereta ini. Sedikit sebanyak membuatkan aku gementar. Yalah sekarangkan jenayah banyak. Takut juga aku. Dahlah kereta aku parking jauh dari pintu utama.
Baru sahaja aku nak masuk kereta, mata aku tertacap pada tayar belakang kereta. Bulat mata aku. Tayar kempis. Bila pula kena ni! Tadi elok je. Masa ni pulalah nak buat hal. Aku melihat jam di tangan. Dah jam 11 malam. Aku mana reti tukar tayar. Aku mula panik. Nak call siapa. Nak call Warda atau Hana bukan mereka tahu nak buat apa pun. Ya Allah. Dugaan apa pula ni.
Aku memandang sekeliling. Tiada siapa pun. Ada beberapa buah kereta sahaja di situ. Aku dah mula takut. Apa nak buat ni?!
Dalam pada aku panik tetiba ada suara menegur menyebabkan aku Menjerit dan terkejut sangat. Aku memalingkan wajah aku memandang susuk tubuh di hadapan aku.
Dia....
"Kenapa?" Soalnya.
"Ah .." Pertama kali aku mendegar suaranya
"Aku tanya kau kenapa? Jawablah" Mak aik kasar betul menyoal.
"Ni tayar kereta saya.." Aku menunjukkan arah tayar kereta aku dengan jari.
Dia menoleh dan memandang. Langkahnya di aturkan ke arah tayar. Setelah memahami masalah aku dia menoleh kearah aku.
"Ada tayar tak kat bonet?" Aku mengangguk.
Tanpa soal lagi dia menuju ke bonet . aku terus membuka bonet kereta. Aku lihat dia mengeluarkan tayar dan sebuah kotak dari bonet aku. Alatan tukar gnti kot. Aku ni bukan tahu pun apa yang ada kat bonet tu selain dari barang aku.
Si Dia tanpa banyak bicara terus mengantikan tayar kereta aku. Aku memerhatikan kelincahannya menukar tayar kereta. Macam mudah je. Dalam pada itu sempat juga aku memerhatikan wajahnya. Wajahnya serius tanpa segaris senyuman. Pakaian yang tersarung di tubuhnya begitu ringkas. Sesuai dengan susuk tubuhnya. Beberapa minit kemudian selesai si dia menukar ganti tayar kereta aku. Aku pula yang ralit memerhatinya terkejut bila mana dia menghampiri aku.
"Aku dah tukarkan. Balik elok-elok" tanpa menunggu aku membalas katanya dia terus berlalu.
"Awak." Aku memanggilnya dan dia menoleh kearah aku.
"Berapa?" Soal aku. Yalah. Dah tolong kenalah bayarkan.
Dia tak menjawab dan terus berlalu. Eh dia ni.
" awak" aku memanggil dan terus berlari anak kearah dia. Dia menoleh dengan wajah masih seperti tadi. Wajah beku.
"Berapa saya tanya ni?" Soal aku sekali lagi.
Dia mengeluh.
"Tak payah. Aku ikhlas tolong kau." Langkahnya terus di atur.
"Tapi awak dah tolong saya. Takkan percuma pula. Awak cakaplah berapa." Aku cuba sekali lagi. Aku tak suka terhutang budi begini dengan orang.
Dia memalingkan tubuhnya dan menghampiri aku. Berdebar aku terus.wajahnya serius. Ish!
"Banyak ke duit kau nak bayar aku ni?!" Tercengang aku dengan soalan dia. Terus rasa panas hati.
"Saya tanya elok-elok ni. Awak kasar dengan saya kenapa? Awak tolong saya mestilah saya tanya berapa nak bayar." Geram betul aku.
"Upah aku mahal!" Jawabnya dengan wajah tanpa riak tapi matanya masih merenung mata aku.
"Cakaplah berapa awak." Aku cuba kawal nada aku. Ikutkan hati aku nak bla aje. Tapi fikir semula ego aku ni, mana boleh aku calarkan sendiri.
"Rm 500" jawabnya dengan kedua tangannya di masukkan dalam poket.
Bulat mata aku. Gila rm 500. Wei cekik darah punya manusia. Ingat aku bodoh sangat ke?! Sampai rm 500. Aku membuka dompet aku. Dalam dompet aku ada berapa je. Kerana tak mahu kalah dengan si sombong ni, Aku keluarkan juga rm 200 yang ada dalam dompet dan menghulurkan kepadanya.
"Saya ada rm200 je sekarang. Nanti saya bagi lagi rm300 dekat studio." Wajahnya kelihatan terkejut. Matanya memandang duit yang aku hulur. Dia menunduk dan menarik nafas. Wajahnya kembali memandang aku.
"Aku tak makan duit perempuan lagi-lagi budak sekolah macam kau." Dia terus memalingkan badannya dan berlalu.
Aku tak salah dengarkan. Dia cakap aku budak sekolah! Wei aku dah umur nak cecah 19 tahun. Sekolah apanya.
"Hey, saya bukan budak sekolahlah Ilham Zayyan! Suka hati je tau!" Langkahnya terhenti.Dia terus memusing badannya. Wajahnya kelihatan terkejut sebab aku menyebut nama penuhnya kot atau sebab jeritan aku. Eleh ingat aku tak tahulah tu nama dia.ceh!
"Simpan duit kau. Aku ikhlas tolong kau. Balik elok-elok. Dah lewat ni Sheena Batrisya." Aku pula yang terkedu dengan nadanya yang kendur itu. Lebih terkejut lagi ,dia tahu nama aku.
Terkebil-kebil mata aku memandang pemergian dia.
P/s:- terima kasih baca.
ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
Roman d'amourIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...
