SHEE ITU AKU!-45-

2.4K 69 7
                                    

Aku menyandarkan kepala aku di dinding. Nafas yang tadinya tidak teratur kini kembali berirama dengan tempoh yang baik. Phone di tangan aku pandang. Aku terlalu mengharap Ilham jumpa aku. Otak masih celaru lagi dengan kesilapan aku mendail. Yelah. Otak hanya ingat nama Aidil tetapi jari scroll nama Ilham. Walahal jauh tu huruf pertama nama mereka.

Bagaimana aku ada nombor Ilham. Sengaja aku simpan hari itu bila mana aku yang sedang berbual dengan Erieqa dan sorang dari model di agensi meminta nombor Ilham dari Mona kebetulan hampir dengan aku. Aku curi-curi mendengar dan terus sahaja aku menangkap digit yang disebut Mona ketika itu lalu aku savekan didalam phone yang berada di tangan aku. Sebab apa aku ambil, aku sendiri tak pasti dan sekarang aku rasa aku patut bersyukur sebab dia mahu tolong aku.

Saat ini juga air mata kembali mengalir. Dada aku pegang dan wajah keluarga aku silih berganti di kotak fikiran aku.

Ibu...
ayah..
adik takut...

Abang Asyraf..
Abang Amsyar..
Tolong selamatkan adik.

Jika mereka berdua ada pasti aku akan dilindungi.

Esakkan aku kembali kedengaran.

Aku tak sangka,Mikaiel sanggup menyentuh aku tanpa kerelaan aku. Aku tak mampu berfikir kenapa dia tegar lakukan begitu pada aku.

Ya Allah kenapa denga Mikaiel!?

Aku masih menunggu Ilham. Kenapa lama sangat. Ilham please cepat Ilham. Tolong saya....saya takut...

Terkejut  aku phone di tangan berbunyi dan nombor Ilham terpamer di screen phone aku. Segera aku angkat.

" Ilham"

"Saya dah sampai tapi awak di bangunan mana sekarang ni?"

"Saya tak tahu"

"Awak sembunyi di mana? Awak keluar saya akan cari awak. Jangan kemana-mana. Tunggu di situ"

Aku terus bangkit dan keluar. Aku menoleh kiri kanan memerhatikan Ilham. Dada aku kencang.
Bahu aku di sentuh seseorang dari belakang buat aku terjerit.  Tubuh aku pusing dan lebih buat aku terperanjat, bukan Ilham tapi Mikaiel di hadapan aku.

Tak sempat aku nak lari ,tangan aku di tarik Mikaiel dan aku terus di tolak ke dinding. Panik kembali menguasai aku..

Ilham....

"I dah lama idamkan you Shee. I want you.."

" Mikaiel please.. Jangan buat macam ni.!" Terketar-ketar suara aku. Sedaya upaya aku menolak dadanya dengak kedua tanganku.

Ilham.....

"Kenapa you tolak I Shee.. !? Apa lebihnya Fahim dari I!? I boleh buat you bahagia"  aku betul- betul tak faham dengan kata-kata Mikaiel. Aku mana ada hubungan dengan en Fahim. Kenapa dia perlu cemburu dan dia juga tidak pernah meluah isi hati pada aku. Bila masa pula aku menolak dia?

"Mikaiel .. I tak faham maksud you. You tak pernah cakap apa-apa dengan I dan I tak pernah terima apa-apa luahan dari Fahim. Kenapa you...." Terus sahaja Mikaiel menarik aku rapat dengan tubuhnya.
Rangkulannya semakin kejap di pinggang aku. Lagi aku meronta lagi kuat genggamannya.Wajah aku dan wajah Mikaiel begitu rapat sehingga bibir kami bertemu. Aku memukul-mukul bahu dan wajahnya. Mata Mikaiel tajam menikam aku. Dapat aku lihat dalam samar cahaya dari tiang lampu tidak jauh dari kami. Semakin terketar tubuh aku.

"Kau sama je dengan perempuan lain.Fahim!! Fahim!! Fahim!!"

"Apa kena dengan you ni Mikaiel! Lepaskanlah!!!"

Mikaiel  menolak aku dengan kasar ke dinding.

"Arrghh" aku terjerit bila tubuh belakangku terhentak di dinding.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now