SHEE ITU AKU!-33-

2.6K 77 2
                                    

Mikaiel membawa aku singgah sebentar di sebuah restoran berhampiran. Katanya dia lapar. Aku yang menumpangnya terpaksa akur mengikutnya. Kesian pula dia.
Aku sekadar mengoder minuman. Tak rasa lapar. Kalau lapar pun mesti tak selera. Otak masih ligat mengingatkan situasi tadi.
Adoi!

"Mikaiel I lupa nak tanya, tadi tu photoshoot untuk apa?" Aku baru teringat. Masa setuju tadi aku tak terfikir, bila dah beraksi luar kotak fikiran aku tadi baru terasa berdebar.

"Untuk laman web rasmi butik Datin tak silap I. Standardlah promosi new collection. Why?"

" tak masuk majalahkan.?"

"Nolah. Kalau magazine biasa di tempat mereka and krew merekalah yang terlibat."

Aku menarik nafas lega tapi tiga saat kemudian aku terfikir sesuatu lagi.

"Cop Mikaiel, mean web rasmi tu termasuk Facebook and Instagram?" Mikaiel yang sedang menyuap kueh teaw hailam sekadar mengangguk.

Aku menepuk dahi. Mikaiel terus mengangkat wajahnya memandang aku pelik.

"You ni kenapa Sheena?"

"Kantoilah I"

"Kantoi apa?"

"Adoi Mekaiel, kalau dah masuk Facebook atau Instagram, nanti rakan-rakan I mesti boleh nampak aksi luar alam I dengan..." Terkelu terus aku nak sebut nama Ilham.

"Apa yang nak malu, banggalah you jadi model untuk butik terkenal di Johor ni" Mikaiel meneruskan suapan dia.
Bangga apanya , dah rupa aku nak tempah maut!

"You, I paling risau abang-abang I yang tengok nanti!!!. Oh my ,yau tak tahu abang-abang I macam mana. Mati I !!!" Punggung aku terasa panas terus.

Tanpa dapat di kawal aku terus menceritakan pada Mikaiel. Berkerut-kerut dahi Mikaiel.

"Kalau setakat pakaian I tu, I tak kisah lagi. Tapi aksi I tadi dengan ...adoi Mikaiel, kalau I tahu tadi I tak setuju tau!."

Sumpah aku rasa mengigil semula tubuh aku. Kalau ada yang menyampaikan pada Abang Asyraf dan abang Amsyar aku, mahu patah riuk aku di belasah mereka. Aku dah rasa nak menangis sekarang ni. Ibu dengan ayah boleh lagi berlembut, tapi dua orang kembar tu.... Masak aku!

"Garang sangat ke abang-abang you tu? Kalau kantoi dengan mereka yau cakaplah elok-elok yang photografer minta you beraksi macam tu. Takpun you cakaplah tu sekadar ....mmmm...superimpose Edit ke?"

"Abang - abang I lebih cerdik bab begini!, ingat mudah ke nak tipu mereka berdua. Macam mana ni."  Aku terus menongkat dagu sendiri. Mikaiel ni  ingat abang-abang aku bodoh IT ke? Bukan mudah aku nak tipu mereka. Mudah sangat kantoi kalau berhadapan mereka berdua tu.

Sesak dada aku!

"Youkan dah besar panjang, takkan hal macam ni abang-abang you nak kecoh pula. Dunia glamor, standard lah kalau sentuh-sentuh macam tu. Lagipun bukan Ilham kiss you betul-betul. One more things, kalau I tawarkan pada model lain sure berebut nak gantikan tempat Juwita tadi tau!" waaaa si Mikaiel ni aku tengah runsing dia lagi nak didihkan hati aku. Aku sumbat juga gelas ni dalam mulut dia kang!

"I ni satu-satunya anak perempuan dan I lah sorang je adik yang mereka ada. Walaupun I rimas kadang kala tapi I still hormat mereka abang-abang I atau lebih tepat lagi ,I memang takut bab yang boleh buat mereka naik angin. Mau bersepai pipi I you tahu! And you kalau dah tahu tadi,asal you tak ambil je orang lain. Pilih I buat apa?!" 

"Eh bukan I tau, tu kekasih hati you yang pilih"
Aku mengerut dahi. Kekasih hati?

"Siapa?"

"Fahim Irfan"

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now