SHEE ITU AKU!-13-

2.7K 79 6
                                    

Pulang sahaja dari menonton wayang terus aku masuk ke bilik. Panggilan dari Aidil aku tidak jawab satu pun. Gila nak jawab. Mati aku dikerjakan nanti.

46 miss call dan 15 masej. Kesemuanya dari Adil. Tanpa menuggu aku mendail nombor Aidil. Beberapa saat phone diangkat.

"Kenapa awak tak angkat langsung panggilan saya" suara Aidil keras di sana. Tak sempat aku beri salam dia dah terjah dulu.

"Sorry.. Saya keluar dengan abang-abang saya tadi"

"Masej pun tak boleh reply!?"

"Dalam panggung tadi." Aku cuba bersuara lembut tapi sebenar hati aku terguris sedikit dengan nadanya. Sebak!

"Alasan! Saya cal dari tengahari tadi Sheena. Bukan malam ni. Takkan satu panggilan saya pun tak boleh angkat. Saya ni siapa pada awak ah!?"

"Aidil jangan marah saya. Saya tak berani nak angkat dan balas masej awak. Saya takut kantoi dengan mereka"

"Alasan!"

Phone dimatikan.

Aku melepaskan keluhan. Aku cuba mendail beberapa kali tapi tidak dijawab. Balas dendam nampak. Aku menghantar masej.

To: Aidil(my Heart)
05/09/2015 2100pm

Aidil. I'm sorry. Saya bukan tak nak pick up tadi tapi saya dengan abang-abang saya. Saya tak nak mereka tahu hubungan kita. Pagi tadi baru mereka soal saya kes Amalina. P.A saya call mereka. Saya penat menangis pagi tadi. Saya tak nak sambung petang pula. Kalau mereka tahu saya ada hubungan dengan awak. Habislah saya Aidil. Saya harap awak faham Aidil. Saya cuma tak nak hubungan kita bermasalah. I love you Aidil. I hope you understand. Sorry again. I miss you.
please forgive me.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now