SHEE ITU AKU!-43-

2.6K 71 3
                                    

Jangan tak tahu. Rumah sewa aku ni di wajibkan setiap malam jumaat solat dan baca yasin bersama. Kami berempat akan berjemaah. Jika ada yang tidak solat, wajib juga duduk sekali. Ini semua arahan Gee. Gee seorang yang tegas dalam urusan ibadah solat. Sebenar Gee ada juga tegur aku berkali. Kurang gemar melihat pemakaian aku yang katanya menjolok matanya. Part solat tu aku tak ada masalah nak ikut. Tapi part tutup aurat ni yang aku berat. Kata-kata Gee aku anggap angin lalu je di telinga aku. Sudah tiga kali dia tegur aku dan aku masih begini, akhirnya dia mengalah dari menegur aku.

Belum masa untuk aku fikir hal berlitup. Nantilah. Aku masih muda lagi. Bila tiba masa, sendiri pasti tutup. Aku pun tak amik port pemakaian orang lain, jadi aku rasa aku pakai aje apa aku suka jadi orang tak perlu tegur aku. Kalau tanya keluarga aku, memanglah ada ibu suruh aku pakai tapi aku begini juga. Cuma sekarang abang-abang aku dah tak berapa bekenan  pakaiaan terlalu terdedah seperti aku zaman sekolah. Pernah juga diorang cakap elok bertudung sekarang. Tapi aku tak berapa endahkan lagi- lagi di sini. Tak adalah aku kisah sangat. Bukan mereka tahu pun aku pakai apa. Kalau di rumah pun sejak hari itu, mereka dah suarakan keluar jangan pakai short skirt atau short pants. Di sini aku belasah je. Kadang ke kedai depan aku pakai je hot pants. Tapi ke kelas aku pakai baju kurung dan sewaktu dengannya. Sebab wajib bertudung. Kalau pakai seluar ketat- ketat dan baju pun sendat tak ada beza dengan aku free hair nikan. Aku ni walaupun begini tapi tak adalah nak trend bagai macam sekarang. Bertudung tapi serupa tak bertudung. Jadi aku hormat pada pakaian yang aku pakai seperti baju kurung dan sewaktu dengannya. Bila bertudung aku pastikan pakaian aku tidak ketat dan menonjol. Aku geli tengok mereka begitu. Dada terjojol, lurah kelangkang nampak. Baik tak payah pakai terus. Cubalah hormat pakaian tu sikit.

Ceh bercakap macam ustazah!! Sendiri tak mahu berubah...

**************

Bunga pagi tadi yang aku dapat sudah aku buangkan. Nasiblah siapa yang bagi tu. Dah siapa suruh tak letak nama. Lepas tu ayat macam mengugut aku pula. Dari semakkan kepala baik aku buang je. Lagipun hati tak sedih mana dah. Bunga tu tak penting sepenting hadiah dari Aidil.

Aidil lagi!

Entahlah macam mana aku lepas ni kalau betul kami berkawan.

Sedang aku menbuat tugasan untuk kelas art and design, phone aku berbunyi. Nama yang tertera buat aku tersenyum. Selepas menjawab salamnya..

"Sheena..."

"Ya en Fahim"

"Tomorrow .. mmm are you free?"

"Mmm... well not exactly. Cuma ada sedikit assigment jelah. Why?"

" Dinner with me"

"Tomorrow?"

"Yalah sweeties... Tomorrow.. Takkan next month pula" terdengar gelakkan kecil En Fahim.. Pandai pula nk melawak ke aku.

"Ok . kat mana? Saya datang nanti" Amboi mulut ok je. Tak bekerjasama langsung dengan pemikiran.

"No. You be ready at eight tomorrow. I picking you up"

"Eh.. Tak apalah En Fahim. Just bagitahu di mana saya datang sendiri."

"Sheena... You tunggu je di rumah. I ambil you. Lagipun I yang ajak you. Takkan nak biar you datang sendiri pula."

Akhirnya aku setuju. Dinner bersama. Fuh!!

Hati berbunga..
Jiwa bahagia..
Gedik sentiasa..
Lalalalala....

Bengong!!

*******************

Malam ini aku menyarung black cold shoulder dress yang aku beli dari sebuah butik di Pavilion semasa aku cuti semesta tempoh hari. Baju yang sempat aku paw kedua abang aku masa tu. Sepasang ankle strap heels Guess dan frame bag jenama Chanel sebagai pelengkap aku malam ini.
Nasib tergerak hati nak hangkut persalinan malam ini bawa balik Johor. Tak sangka encik Fahim mengajak aku makan malam untuk kali kedua. Tapi tak di beritahu pula sebab apa ajak aku keluar makan malam hari ini.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now