SHEE ITU AKU!-38-

2.7K 72 2
                                    

All sorry.. Bab 37 ada sedikit penambah di sana. Kalau nak bc boleh jengah semula ok.
*******

Ya ampun...
Geram..
Geram...
Geram....

1000 kali ungkapkan perkataan geram ini pun masih tak mampu meredakan angin aku! Kenapalah kau ni gatal sangat nak duduk atas riba anak teruna orang. Punggung aku tepuk sendiri. Sendiri tepuk sendiri terjerit sakit.
Fuh!!!

Keluar sahaja dari tempat kejadian yang dah buat aku malu bertingkat-tingkat tu, aku terus minta ke ladies sebentar pada encik Fahim. Puas aku menenangkan diri sendiri. Kalau tak fikir orang lain, nak je aku lepaskan jeritan sekuat hati aku dalam ni. Balik rumah nanti memang aku buang wadges ni. Kerana kau wadge, aku dapat malu tau! Kenapalah khianat pada tuan sendiri. Tak rasa bersalah ke?! Aku pun dh ting tong bercakap dengan kasut. Macam wadge ni ada telinga pula!

Benci!!!

Wajah Ilham yang terkedu itu masih terbayang lagi di benak fikiranku. Dalam keadaan begitu rapat aku rasa nak tercabut jantung tadi. Kalau aku pengsan masa itu jangan salahkan aku. Salahkan Ilham sebab renungan mata dia yang buat aku jatuh pengsan. Bibir merahnya itu rasa......

Aku tepuk dahi sendiri. Apa masalah aku ni teringatkan apek tu. Ya Allah. Tak sedar diri lagi tu. Dah terjatuh atas riba dia masih nak bayangkn yang bukan-bukan.

Tapi fikir- fikir semula, nasib juga aku jatuh atas riba dia. Kalau aku jatuh terduduk atas lantai tadi mahu aku terjun dari tingkat atas Pavilion ni.

Aku mengigit jari terlunjuk sendiri. Adoi.. hailah Sheena Batrisya,Imej comel kau tercalar juga dekat si apek tu. Jangan dia fikir kau sengaja sudah. Apahallah kejadian luar alam selalu berlaku depan mata dia. Tak 'Ong' betullah apek ni! Memang kena jauhkan diri dari dia.

Kini aku berada di meja makan menunggu pesanan yang di tempah sampai. Aku berkira-kira juga tadi kalau-kalau encik Fahim buka mulut nak tanya macam mana aku boleh tergedebuk atas riba Ilham . Nasiblah encik Fahim tak tanya lebih lanjut kejadian itu. Lega reaksi dia seolah-olah tiada apa pun berlaku pada aku tadi. Muka pun tak tunjuk terkejut atau cemburu.
Cemburu?!
Wei Sheena Batrisya tolong kembali ke dunia nyata.!!!!
Andailah dia buka mulut sebut hal memalukan itu, memang aku cabut lari!
Takkan aku tunggu lagi.

"Sheena, you tak payah suruh abang you ambillah. I send you back home. Ok." En Fahim bersuara ketika suapan pertamanya telah selamat di kunyah dan telan. Sedap pula aku tengok grilled salmon yang di pesan encik Fahim. Tertelan juga air liur aku. Tadi gatal konon tak selera sebab kejadian tak di undang tu. Itupun encik Fahim paksa juga. Jadinya aku hanya memesan Chealsea blueberry cheese cake. Sedap!!!

Errrkkk...Jup! Dia cakap apa tadi?!

"Encik cakap apa?"

" saya cakap saya hantar awak pulang selepas show ni nanti" encik Fahim tersenyum.

Nak terhenti jantung aku. Kenapalah mata yang cantik tu milik di seorang. Tak nak kongsi dengan aku ker?

Aku ni pantang lelaki mata yang seksi. Renungan tajam seorang lelaki tu bagi aku sangatlah seksi. Dahlah warna mata dia lebih kurang grey color la. Entah betul entah tidak kategori warna mata. Tapi serius, en Fahim ni aku rasa banyak mewarisi mak dia kot. Mak diakan org Asutralia. Waduh!!!!

"Sheena..."

"Eeerrkk... Ya ..ya.. Sorry, sorry"

"Nanti you bagitahu ok!"

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now