SHEE ITU AKU!-65-

2.6K 102 19
                                    


Sepanjang perjalanan dari Johor ke kuala Lumpur, aku tak mampu tidur. Selalu naik kereta mesti aku lena. Otak aku sarat dengan apa yang menimpa aku. Dari hari Mikaiel cuba merogol aku hinggalah hari kematian Erieqa. Apa salah aku sebenarnya. Kenapa mesti hal ini menimpa aku sedangkan aku masih muda untuk menerima segala apa yamg berlaku.  Tidak pernah terlintas di fikiran aku yang aku akan terima semua ini. Aku ingat aku datang Johor hidup akan bebas dari kongkongan keluarga aku. Aku fikir aku akan merasakan hidup berdikari itu apa? Tapi ternyata segalanya terpesong jauh.

Dimana silapnya!?

Belum selesai serabut kepala aku soal mereka, encik Fahim pula menambahkannya. Aku tak faham kenapa mesti aku yang di pilih. Di studio ramai sahaja model wanita yang masih single dan cantik serta cukup pakej. Kalau tak pandang yang seksi, yang muslimah turut ada. Kenapa aku yang masih muda dan tiada apa kelebihan ini yang perlu di cintai. Entah kenapa aku tak rasa encik Fahim cuba main- mainkan  perasaan aku. Kalau dia sekadar nak uji aku, masakan sampai di luahkan kepada kedua abang aku. Ya tak pernah aku nafikan akan kewujudan dia dalam hati aku. Aku suka dan minat tapi tak sampai serius untuk jatuh cinta. Masa tu aku beria teruja pun sebab hati ni sakit dengan sikap dan kelakuan Aidil kepada aku. Cuma lama kelamaan aku sedar, suka dan cinta itu sangat berbeza. Dan aku sedar aku hanya suka kehadiran dia dalam hidup aku dan bukan cinta.

Kenapa aku mesti tersepit dalam situasi begini?

Ilham pula entah kenapa aku rasa sikapnya jauh berbeza. Seolah dingin dengan aku. Tapi apa silap aku? Pandagannya sangat lain seolah bukan Ilham di hadapanku. Sejujurnya aku terasa dengan sikap pandangan tajamnya itu. Nak aku buang terasa hati ni tentu sekali tidak. Ini kerana aku sememangnya sangatlah terasa hati dengannya. Dari dia keluar bilik Encik Fahim sehinggalah aku pula Discharge dari Hospital, langsung tidak aku jumpanya. Nak tanya kepada kedua abang aku, segan pula. Mereka pula seolah tidak terkesan dengan sikap rakanya yang hilang begitu sahaja.

Awak kenapa Ilham!?

Yang hal ini lagi serabutkan aku. Terasa seperti urat kepala aku nak tercabut. Separuh hati aku yakin yang memang ada seorang lagi lelaki menghampiri aku.kata-katanya masih teringiang-ngiang di cuping telingaku.
Aku terus teringat hal yang di katakan Erieqa. Ramai lelaki yang inginkan aku. Tapi siapa. Tiada siapapun di studio yang menghampiri aku. Semuanya kelihatan professional sahaja.  Datang latihan sekadar -hai dan balik- bye. Itu sahaja. Tiada siapa pun luahkan apa-apa perasaan pada aku. Lagi aku pelik, Erieqa nak serahkan aku pada siapa dengan jumlah wang bayaran seperti itu. Apa yang aku ada sehingga sanggup membayar pada Erieqa sejumlah wang itu. Siapa yang sanggup bwrtindak bodoh sebegitu. Sungguh aku tak faham dunia ini. Ingatkan drama sahaja ada kisah macam ni. Alih-alih aku hadapinya.

Kalau betul ada lelaki lain malam itu, siapa dia. Adakah dia yang bantu aku. Tapi aku terdengar bunyi tapak kasut berlalu pergi. Tinggalkan kami di atas jalan raya begitu sahaja? Atau pergi mendapatkan bantuan. Tapi siapa yang benar-benar cintakan aku.

Yang aku tahu sekarang hanya encik Fahim yang luahkan, tapi bukan dia dah tak sedarkan diri sebelum aku ke. Ya Allah, serabut sangat aku rasa.

Takkan Aidil. Apa kena mengena Aidil dalam hal ini. Selama ini pun bukan dia tahu aku ke studio mana dan yang penting dia ada Rania.  Andaian  ini lagi tak masuk akal. Dah serupa orang hilang akal aku rasa.

Aku harap aku dapat jawapan dari semua soalan ini nanti.

****************

Sampai di rumah tepat jam 11 malam. Aku terus masuk ke bilik. Rindu pada ibu dan ayah. Rasa nak peluk ibu sekarang juga. Tapi takkan aku nak kejut mereka. Silap hari bulan mahu aku mengalir air mata dan sememangnya aku tak nak ibu risau melihat keadaan aku.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now